Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 16, 2010

Day 06 → Something you hope you never have to do

Berada di tempat kerja ini, di bawah bosngok yang paling keji perangai pernah aku jumpa sepanjang aku hidup.

Terseksa jiwa raga mak, nyah! Dah lah sah² tawu bosngok adalah sedemikian rupa, ditambah dengan faktor² sampingan yang menyeksakan jiwa. Hasilnya, pergi kerja tiap hari dengan perasaan yang sangatlah tak best. Tiap hari mesti cakap dalam hati "Kan bagus kalau cuti tiap² hari. Tak payah nak pergi kerja!"

Kronik kan? Tadek motivasi langsung nak pergi kerja. Sekadar melaksanakan tugas seadanya supaya rezeki yang diperoleh mendapat keberkatan Allah.

Satu menda yang keeps me going, kemeluapan perasaan untuk membuktikan kepada donia bahawa apa yang dicanang² oleh bosngok itu adalah sesuatu yang berbeda sekali dengan kebenarannya. Alhamdulillah. Makin ramai yang mengerti mengapa itu dan mengapa ini. Terharu jugak bila mereka turut simpati. Sobs~

Dalam hati ni, tiap detik berdoa "Ya Allah, perkenankan lah doa hambaMu ini. Semoga masa depanku tidak kan pernah merasai menda yang sama lagik. Semoga tiap jejak langkahku yang ke depan, disulami rasa ikhlas untuk berkhidmat. Semoga rezeki yang kuperolehi mendapat keberkatan dan keredhaanMu, Ya Allah.."

Tapi, hari ni dan hari² yang terkebelakang di sini dah dipenuhi dengan rasa tak ikhlas pegi kerja. Agak² berkat tak? Macamana ni? Huhu.

0hearty-hearts:

Post a Comment