Bersempena bulan posa ni, aku nak dedicate entry khas day-4 nih untuk Bb. Dia rajin sangat nak baca blog aku kan. Tertunggu2 entry2 30 days of truth aku kan. Hehe.
Bb, Ling maafkan Bb sempena bulan posa ni sebab...
Bb tak balik bersama2 ngan Ling & Baby untuk sambut ramadhan, sama ada bersahur mahupun berbuka bersama. Sobs. Tapi kalu lepas baca entry ni tiba2 Bb tergerak nak balik mai KL, mai la..sangat2 la dialukan. Hiks!
Yer, Ling tawu bulan posa ni la bulan terbaik untuk Bb memberanakkan duit lebih2 lagi dalam time2 kita nak tunggu kehadiran Bb&Ling Jr. Kan? Harap2 rezeki kita bulan ni bertambah2 murah. InsyaAllah. Sedih tuh memang la sedih jugak. Semua orang yang dah berlaki semua kejar nak bukak posa sama2 ngan laki masing2 bulan posa ni. Ling pon nak sangat buat camtu, kalu boleh tiap2 hari. Tapi Ling kena paham keadaan kita sekarang. Takleh nak ikut perasaan sangat. Ling cuba ek Bb. Ling cuba untuk memahami, insyaAllah.
Lagipon, bukannya kita tadek can langsung nak sahur / bukak posa sama2 kan? Kan kita dah janji nak jumpa time cuti merdeka nanti. Bb tunggu Ling & Baby naa. Nanti kami balik sana. Bb jangan risau. Ling rasa, Baby kita pon paham. Sebab tu Baby kita behave ja setakat ni. Sangat bekerjasama. Dia tak susahkan ibu dia pon. Kan Baby kan? Baby behave kan? Baby sayang ibu ngan ayah kan? Baby tak marah ayah kan?
Ling doakan bisnes Bb bertambah2 maju Ramadhan kali ni. Dan insyaAllah untuk hari2 yang mendatang jugak. Allah itu maha adil & mengetahui. Mungkin tersirat 1001 hikmah di sebalik pengorbanan Ling ni. InsyaAllah. Cuma Ling harap, walaupun Ling tadek nak jaga makan / minum, sahur/ bukak posa Bb, Bb jaga diri ek!
Salam sayang dari Ling & Baby. Kami dua orang © kamu!
sadis weih aku!
ReplyDelete@Nurul Affendi
ReplyDeletehaa..baru hang taw! hang kira hang punya sadis..aku punya sadis nak simpan celah mana? sobs.. =(