Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day!




Ammar is officially 6mos & I'm celebrating my 1st Mother's Day
I just loooooooove being a mummy! =)

Untuk Mak, Happy Mother's Day jugak. Mekasih millions millions and neverending millions sebab tak pernah penat nak membesarkan Kaklong selama ni. 
Kaklong sayang Mak! Mwahhhhhh~

Sunday, April 3, 2011

Senang hati..tralalalala

video

Apa punya turr..gelak sampai tersedu..haha!

Thursday, March 31, 2011

Dari 5 tahun, dah jadi 5 bulan

Fuh! Fuh!

Bersawang gila blog ni..haha! Entah kenapa memang aku dah jadi maaaaaaaaaaaalas gila nak update blog. Kerja sekarang memang beza gila dengan kerja dulu menyebabkan aku kena start from zero. Kena start dari yang se'basic²'nya. Banyak kerja oo. Sebab tu kadang² sampai tak terjawab sapaan kawan² kat YM. Ampun siap² la. Jangan pulak kata aku sombong sebab dah pindah tempat baru noh! ;P

Tapi bukan tu agenda utama aku update blog arini. La ni aku nak cerita pasal banjir. Gila la weh! Korang tak dengar berita ke Perlis banjir lagi. Sebelum ni orang dok kata 5 tahun sekali baru banjir.  La ni tak sampai setahun dah banjir semula. Baru 5 bulan kot!

Yang bikin aku cuak, rumah aku time banjir bulan 11 tahun lepas agak teruk la jugak. Naik paras lutut la jugak. Makanya bila hujan turun 2 hari berturut² tak benti, aku jadik risau gila! Kot nya bangun esok tu aku dah terapung² atas air apa cerita? Hujan lebat pulak tu. Bukan biasa². Pekan kangar pun naik air oi!

Semalam aku balik rumah, konon nak tinjau² keadaan jek. Alih² aku jadi cuak sebab jiran² semua dah siap² angkut barang letak tempat tinggi. So, aku pun kalut² kemas barang jugak. Nasib baik jiran aku perihatin. Datang tolong. Kalau tak mengah jugak nak kemas sorang² (walaupun barang rumah aku tu bukan la banyak mana). Tempat tinggi dalam rumah aku adalah sofa & almari dapur. Maka kat situ la aku hempuk semua barang. Karpet merah yang hampar keliling rumah semua aku gulung dah. Tu la! Padan muka! Nak berkarpet bagai..keliling rumah pulak tu! Yang aku tak larat nak angkat tempat tinggi, kompresor aircond. Kalau banjir macam haritu, alamat memang tenggelam la kompresor tu. Bukan saja² nak letak kat bawah tapi entah kenapa design rumah tu tak mengizinkan letak menatang alah tu kat atas. Brader sebelah dah sound awal² kata banjir haritu dalam betul² bawah kompresor aircond rumah dia, which is fixed slightly higher from mine. Ah sudah! Tapi aku biar je dulu. Doa² jangan la banjir.

Kesimpulannya sekarang rumah aku berkeadaan seperti orang nak pindah rumah @ orang baru pindah masuk rumah. Gambar takde pulak aku nak tepek kat sini. Haha! Nasib baik barang tak banyak sangat. Kalau tak, nangis!

So bangun pagi tadi terus pegi tengok air longkang depan rumah dulu. Sebab indikatornya di situ. Makcik pakcik sebelah rumah semua cakap "kalau air longkang dah melimpah tu, ready je la angkat fridge". Setakat pagi tadi, air longkang tu lagi setengah jengkal nak melimpah. Jalan utama nak masuk lorong rumah aku pun dah naik air. Jalan nak pegi ofis pun dah tinggal 1 lorong sebab lorong sebelah lagi penuh air.

Tu pagi tadi. Setakat time aku tulis blog ni, alhamdulillah. Matahari dah tunjukkan rupa. Hujan pun tak. Harapnya berterusan cuaca elok macam ni. Moga dijauhkan la tragedi banjir. Amin. Macam²..aritu bila tak hujan, Perlis ni panas gila. Gila punya panas. So mintak la biar hujan. Bila dah hujan, mintak bulak bagi panas. 

Camana tu? "Cucite..cucite"..haha!

Thursday, January 13, 2011

Cuti, tolonglah jangan habis!

Owh, tak sanggup rasanya bila pikir nak kena tinggal Ammar bila dah start kerja nanti.


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Tuesday, January 11, 2011

Demam setengah hari

Kesian anak Ibu. Demam setengah hari sebab kena inject. Nasib baik kejap jek. Demah kepala dengan towel basah, malam dah okek.


Nanti 3 bulan nak kena inject lagi. Haih~