Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 31, 2009

Berakhirlah sudah

1) Hari berliburan di opis si tua kudut yang boroi sudah kembali bermaharajalela di opis..haih!
2) Keseronokan dunia melayari 'muka buku' setelah sindrom dulu menyerang kembali sekejap sungguh nikmat dunia yang diberikan

Haih..hari² di opis tidak lagi bermakna!



3) Air mineral jugak sudah abeh.. motip air mineral termasuk dalam tajuk perbincangan? Idok la den tawu..haha!

Owh yek..1 lagik..

4) Sisa² tahun 2009 apabila lusa menjelang tiba



Ucapan sempena tahun baru 2010? Hurm..esok lah! Kalu tak nanti, tadek modal plak nak hapdet blog..kekekekekekekek

Saturday, December 26, 2009

Harap maklum


 Sticky Entry 

Tolong abaikan muka saya yang penuh skrin di sini kerana saya hanya memenuhi kriteria untuk sukasuki merehatkan diri dari kerja² pejabat.

Thursday, December 24, 2009

Dear all



To those who celebrate
We wish you a merry christmas!
 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Yer anak²..hari ni kiter blajar peribahasa Melayu
Bukan! Jangan pecaye! Tipu semate²..haha!
Adalah tidak bersesuaian haku menunjuk ajar Bahasa Melayu sedangkan bahasa sendiri pon berterabur berciciran

Ekceli entry nih akan genap sebulan krismas nanti..haha!
Matik la asek entry bersarang lelabah jek weh~
Maleh dowh nak hapdet sejurus kejadian
Kebetulan pulak time tuh mood nak 'berkorban-apa-saja' (read:raya haji)

Perihal kejadian : Tuntutan @ Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Putra Place
Nama penuntut : Empunya blog
Nama penentang : A*ir A*sia

Kronologi kejadian bermula biler haku booking tiket untuk family trip ke Padang back on Valentine's Day 2009

Total for 8 pax (KUL-PDG-KUL & PEN-KUL-PEN tix)
RM790 jugak la semua
Dah syok² berangan nak shopping sakan kat Padang semua, haku booking plak untuk ground package with a total of RM3680
Nak jadik cerita, aku bayor untuk ground package tuh on the 29/10/2009 dan ditakdirkan earthquake strokes Padang the day after, 30/10/2009.

Kalu korang nak tawu, haku nih bukan lah jenis yang rajin nak tengok berita sangat

Tambah plak time tuh haku masih ber'tv' lama yang siarannyer menyakitkan mater ngan gelombang²-ketidakjelasan-siaran
Mak call haku pagi tuh inform pasal earthquake tuh
Tokojut bewak den! Camno nih..ground package baru jek setel smalam
Mintak² la boleh refund!
Sepagi² morning..sesampai kat opis trus haku menyelam dengan encit Google pasal kejadian earthquake tuh
Memang 'kenyang' disajikan all the news pasal tuh from encit Google
Owh my! It happened to be hotel yang runtuh kat Padang tuh was the hotel yang kitorang arrange dengan travel agent..Ambacang Hotel..total lost!
Haku syukur sangat² semua nih jadik before kitorang ke sana
Kalu tak, tak dapat tergambar camana keadaan kitorang!
Start² jek business hours at 10 a.m. haku trus kontek dengan agent..


Haku : Assalamualaikum, selamat pagi! Agent..this is me..Bb & Ling, the one yang booking for Padang
Agent : Waalaikumsalam..owh yer, Bb & Ling
Haku : Agent..the earthquakes smalam..have you heard?
Agent : Yer..I know. I pun terkejut!
Haku : So how? Is there any possibility that I may get refunded?
Agent : Of cos. Do not worry. It can be fully refunded (I repeat..FULLY-REFUNDED okek!). Actually kitorang pon risau keselamatan customer. Yeah, maybe the date is a month from now. But we'll refund you accordingly. Plus, we haven't wired the booking payment to our local agent there.
Haku : Ye ke? Alhamdulillah..now I'm relieved
Agent : I dah try contact the local agent there but couldn't get thru. Maybe ade line interruption
Haku : Oic. So now, dah setel lah. Hope that you can give me a written note saying that I will get full-refund for this, will ya?
Agent : Yeah, sure. Will do.
Haku : Thanks a lot.
Agent : Welcome..


LEGA!!! 

Can you imagine how much have I paid for that?
And Alhamdulillah syukur sangat² the agent would refund..FULLY..to me.
And now, getting refund for the air tix plak.
Kalu tak dapat refund, at least bole dapat penalty-free-route-change

Lalu..on the 12/10/2009, kitorang pon serbu la LCCT
Senang cakap face2face sebab sebelum² tuh diorang buat layan tak layan jek biler call customer careline (care la sangat kan!!) 
Dengan harapan menggunung kitorang dapat la refund tuh tapik..HAMPA!
Haih..tak boleh jadik nih!
Direject mentah²..serius tercabar!
Atas nasihat seorang uncle, maka kitorang telah memfailkan tuntutan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)




Makanya, dengan rasmi hearing will be held on the 25/11/2009 (esoknyer nak raya u'olls!)


Dengar jek ade hearing..kat MAHKAMAH tribunal..haku jadik cuak..gulp!
Mak maner pnah naik turun MAHKAMAH nok!
Makanyer dengan hati berdebar² ditemankan opismate, masuk ke kamar perbicaran (chewahhh!)
Ler..begitukah rupenyer..idokla haku cuak lagik!
Namenyer gah..MAHKAMAH..tapik serupe bilik tutorial kt uni dulu jek..hehe
Dok menunggu la dari 1030 a.m last² turn haku last skalik..ceit!
Kul 12 lebih gak la baru aku nyer turn..but worth waiting sebab bole gak la dengar kes² orang lain dulu untuk dijadikan panduan
Dari kes gores dan menang (kes biase kat mahkamah tribunal nih..Presiden sempat menyatakan rase kesal sebab it keeps happening over and over again), kes tukar enjin kete, kes jiran tak puas hati sesama jiran sebab kes renovate rumah, kes beli perabot, kes salun rambut, kes maid-agent..macam²..tak ketinggalan kes haku nih..

Tettibet..baru nak start hearing..presiden tanya A*A punyer rep 

Presiden : Pihak penentang tadek fail ape² ke atas tuntutan nih?
A*A rep :  Ade, dah bagi tadik
Presiden : Ye ke? Sayer tak bace pon? sambil assistant die hulor fail
A*A rep : Err..sayer baru bagi tadi
Presiden : Owh lambat, habis tuh dah bagi ke pada penuntut 1 copy?
A*A rep : Dah, baru tadi
Presiden : Kenape baru nak bagi? Sepatutnyer u bagi dulu before this hearing, so sempatlah penuntut go thru dulu 
...Silence... 
A*A rep : Ekceli, our management ader proposal untuk penuntut
Presiden : Owh, habis tuh dah discuss ngan penuntut ke?
A*A rep : Belum lagi
Presiden : Hurm..okek la..kiter tangguh dulu. Sambung selepas 1/2 jam. So u boleh la discuss dulu pasal proposal tuh. And let me go thru your file first. And lepas tuh, kalu penuntut setuju, kiter bole buat mutual agreement

Lalu A*A rep tuh pon discuss la ngan haku pasal their concern and her management's proposal. And I said "That's exactly what I was asking when I came to see your officer at LCCT but they strictly say no to me!"

She did explained why this, and why's that 

After a short discussion then I've finally agree to the proposal
Lalu, Presiden declared mutual agreement to the proposal; a credit shell created for me for all the amount claimed (excluding flight tix for PEN-KUL-PEN) and must be used within a period of 3 months after it was created.

LEGA berganda!!! 

It's quite okek for me tho'..better than nothing! It's worth fighting for than redha & pasrah jek dengan aper yang berlaku..

P/s : So kengkawan, moral of the story is never fear to fight for our right. Kalu korang ader any claim yang berkaitan dengan ini jangan malu jangan segan. Korang boleh refer to the website for more sample of cases. Bole jugak mintak tolong kat Encit Google carikkan lain² cases published kat blogs..sebab haku pon buat begituh! At least we try. Menang tak menang..itu blakang kire!

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?

Sunday, December 20, 2009

KetentuanNya

Weekend is the only alone-time for me untuk berehat & bermalasan..haha! Weekend for a bujang-wife as a me..what else, mengemas rumah la
Lebih² lagik biler dah few weeks kebajikan rumah nih terabai dek memenuhi tanggungjawab sebagai penjawat awam
Outing? Hurm..macam malas giller
Lagi² biler dah 5 hari berpenatan di pejabat
Tambahan, biler Encit Suami tidak di sisi, terasa beeeeeraaaaatttt sangat kaki nak keluar *mode:mengada²*
Tapik semalam sempatlah menyerbu IKEA dengan Fieza
Itupon, menyesal tak sudah!
Bukannyer tataw smalam cuti Awal Muharram
Tapik sendirik meletakkan diri dalam kesesakan di IKEA nun
Tuhan jek yang tahu betapa hebatnyer keadaan menyesak
Parking full weh!
Akhirnyer dapat la jugak parking kat Tesco seblah tuh
Sepanjang hayat menjejak kaki di IKEA nun, itulah kali pertama haku menyaksikan kesesakan yang tersangatlah hebat..hohoho!

Titik.

Haha..entry kali nih bukanlah nak sangat membutirkan kesesakan di IKEA
Tapik sebenarnyer nak membutirkan entry ini
Tuk menjawab feedbacks from those who care
Thanks for your concern
Terasa diri disayangi..auuuwww! *touching*

That day, the night has been the most critical point..
Perasaan ni rasa macam tak keruan
Ke kiri gelisah, ke kanan pon gelisah
Hati ni rasa macam sebak semacam
Sepanjang hari u’olls!
Bayangkan menahan gelombang tsunami perasaan dari bangun tido sampai la nak tido semula..SEKSA!

Sebak yang ditahan² akhirnya berpenghujung
Maghrib itu, sesudah diri sujud menyembah Yang Esa
Di saat menadah tangan memohon kepadaNya “Ya Allah, Kau tempatkanlah aku di sisi suamiku secepat mungkin”
Tak semena²..air mata bercucuran tak berhenti
Tersangatlah hebat rase rindu pada Encit Suami malam itu
I was crying like hell..tersedu²
Sedih teramat time tuh macam beliau kena pergi bertugas kat Afghanistan!
Padahal weekend tuh beliau dah nak pulang ke sisi
Menangis..berenti kejap barang 10 saat..pastu kembali menangis
Bermacam cara haku cuber untuk bertenang diri
Amik wuduk..baca Yaasin..beristighfar..minum air Yaasin..minum air zamzam
Tapik tetap, malam itu haku menangis sambil menidurkan diri
Sayu kan?
Menangis sorang diri sampai tertidur
Tanpa ada yang memujuk hati..huhu
Itulah ketentuan Allah untuk kami..buat masa ini

Macam orang selalu cakap “Sabar itu ada batasnyer”
Haku raser tuh la penyebab kejadian
Selama nih dok bersabar dan tahan jer perasaan biler berjauhan dengan Encit Suami
Tahan perasaan bila dengar kawan² cerita pasal betapa bahagianya hubby diorang hantar pegi ofis pagi² *nangis*
Tahan perasaan bila dengar kawan² cerita pasal betapa bahagianya diteman makan malam dengan hubby diorang *nangis*
Tahan perasaan bila dengar kawan² cerita makan popcorn sambil tengok wayang dengan hubby diorang *nangis*
Tahan perasaan bila dengar kawan² cerita bersenda gurau dengan hubby diorang *nangis* 
Tahan perasaan bila..ahh..banyak lagik la ceritanya!

Kedengaran mengada²..tapik korang rase la dulu apa yang kami rasa baru korang boleh judge kenape aku ‘mengada’. Huhu!

T.E.K.A.N.A.N perasaan okek!
Serius..dulu tak terbayang pon boleh rase seteruk ini biler berjauhan dengan Encit Suami memandangkan we’ve been used to long distance relationship since time awal² berchenta dolu
Dulu waktu berchenta..orang selalu cakap “Besar dugaannya berchenta dok jauh² nih”..Alhamdulillah, kami berjaya atasinya
Dulu waktu bertunang..orang selalu cakap “Lagik teruk dugaannya waktu bertunang nih..lagi pulak biler dok jauh²”..Alhamdulillah, kami kawen akhirnya
Skang..haku sendiri yang berkata “Ya Allah, sesungguhnya besar sungguh ketentuan yang Kau tetapkan untuk kami tanggung”
Dan haku harap, kami akan terus kuat bertahan hingga kami dapat merasa detik menjadi ‘betapa bahagianya’ seperti yang kawan² selalu cerita tuh

Ya Allah
Semoga terlindung 1001 hikmah di sebalik ketentuanMu ke atas kami ini
Semoga berbaloi kesabaran kami selama ini di suatu hari
Semoga ini petanda kebahagiaan hakiki untuk kami
Semoga segala ini mengeratkan lagi hubungan kami
Semoga Kau hindarkanlah perasaan yang sama untuk pasangan yang lain
Semoga mereka sentiasa kecap bahagia

InsyaAllah..

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H


Doa Akhir Tahun 1430H & Doa Awal Tahun 1431H
 
Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah – KHAMIS (17 DISEMBER 2009)


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:

  Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib – KHAMIS (17 DISEMBER 2009)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Maksudnya:
  Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:


1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.


10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit. 


BLACK & WHITE PHOTO Contest

Was bloghopping and found this

 


As simple as it is, here's mine


Self-captured..from Bandung with love~


P/s : Hey thecamerajunkie-babe..we do share same interest..haha! Thanks for visiting..

flymas.mobi - as Easy as 1, 2, 3


Wawa..tunggu haku di Melbourne!!!
But not until I win this first..hehe

Mencuba tuh tak salah kan?
Usaha tangga kejayaan
Buang yang keruh ambil yang jernih haku pon terpikir² apakah relevannya peribahasa tersebut di sini..haha!

I'm so in love dengan M*alaysia A*irlines a.k.a M*AS skang
Kalu dulu, jangan nak termimpi la pegi merata² naik M*AS
Rata² orang akan cakap "Mahal la naik M*AS".."Banyaknyer duit ko naik M*AS!"
Tapik percaya atau tidak..am now a frequent flyer of M*AS
Frequent di sini tidaklah bermaksud tetiap hari weyh!
Kopak jugak la mak, nok!
At least, once a month haku akan terjah M*AS website untuk buat booking
Ke mana lagik..terbang ke sisi encit suami terchenta of cos!
Online booking itu adalah memudahkan..tersangat!
Tambah pulak boleh buat web check-in..boleh pilih seat oiii!
Haku sukak! Boleh la pilih seat dok tepi tingkap pilihan haku kalu travel siang ka..dok tepi walkway pilihan haku most of the time sebab nak cecepat kuaq dari plane..haha! ka..up to you!

But suddenly haku dengar pasal flymas.mobi yang lebih mudah dari online booking!
I was like..this is good..very the very good!



Let's get started! 

 

1..2..3..go!
 

Flight booking 

Booking on the go..anytime & anywhere! Tak payah susah² pikir nak bukak website for booking purposes. Pulak tuh boleh booking for the cheapest fare offers! 

Dok dalam LRT boleh booking. Dok dalam shopping mall boleh booking. Dok dalam public toilet jua boleh booking tapik sile senonoh skek ek..dok dalam toilet buat keje sepatutnyer sudey! Even while lepak-ing at gerai cendol mamak also can! But please make sure there's coverage for your service provider la kan..



My booking

Dah buat booking aper semua, it's time to check-in with just a single click! Whoa! I loike! Tak payah nak beratur panjang untuk check-in over the counter. Just drop check-in baggage jek kat kaunter. Tak payah beratur panjang² okek. M*AS dah separate siap² kaunter untuk korang² yang dan buat self check-in @ kiosk / web check-in / mobile check-in.

Kalu henpon korang lebih canggih (e.g iPhone ka, Blackberry ka, Android devices ka) korang siap bole pilih seat siap² macam buat web check-in tuh! Tadak henpon canggih? Tadak hal! Currently M*AS ader promotion..hehe..tapik check the T&C first noo..jangan kata haku tak habaq plak ade T&C!   

 
Check-in


Kalu web-check in, nak kene ade printer untuk print boarding pass. La ni dah tak payah dah kalu korang gune flymas.mobi nih!! Pedulik kan printer segalak..tunjuk jek boarding pass on your mobile. Senang kan?

Paperless lagik! Save the earth!


Flight Status

Boleh check flight korang; on time ke delay ke. Real time babe! Takyah nak tunggu sampai kat airport baru nak ngadap board besau tuh.
 


Time table


Boleh check latest flight arrivals & departures. Boleh jugak buat booking straight away for last minit booking. Tapik tak elok diamalkan. Takut kecoh di kendian hari plak! Haha!




Contacts

Kalu agak² tataw nak mintak tolong saper pasal all these..korang can always rely on M*AS call centre yang sangatlah peramah lagik pemurah dengan bantuan. Boleh search M*AS offices nearby kalu nak lagik yakin.




Baggage Tracer


Hah? Luggage hilang? Tak hilang ke mane tuh. Mebi delay skek kot. Takper²..pegi buat report kat kaunter lost & found bukan Los & Faun yek Pastue korang boleh melepak di mane² tanpa risau perlu ulang alik ke kaunter semula sebab korang boleh check status report korang on mobile. Jimat tenaga!




Deals & Offers


Boleh la check latest exclusive mobile-only deals & offers from M*AS. Kot² tengah jejalan kat maner² and suddenly terbukak hati tiber² nak pegi jelajah tempat lain. Boleh buat booking terus kan? Takyah tunggu nak balik rumah ngadap PC dulu untuk booking. Lagik pon..it's an exclusive mobile-only huge saving offers..so..MOBILE jek la kekdahnyer..ngerti?




Altho' it's currently only applicable for all domestic flights..but no worry! I know..they're expanding..at least for now, I know there are easier and convenient way untuk haku terbang ke sisi Encit Suami..owh dear, I love you today, tomorrow & always!



Makanya dengan ini tamat sudey entry mengambil hati Nuffnang

Kkekekekekkekekekekekkekek..

Wawa..tunggu haku di Melbourne!!! 
Dah menang contest nih nanti haku ke sane!
Yippie yeay!!



Because you're mine..I walk the line

Nahh...obviously, it's nothing bout the "I walk the line" lyric..hehe

It's just my new baby that I've been longing for soooOOOoooOOooOOooo long!
Merate okek ai carik yew..mane² butik ai singgah..last² jumpe jugak
Itu pun last pair
Betul lah kata orang..Kalau dah jodoh, tak ke mana *touching*
Ai tak kesah
Janji yew..ai yang punya!

*Malam itu ai jalan keliling rumah pakai ini baby yew!
Ahh...puas!~


P/s: *Malam itu adalah pada 7/12/2009..haha! Matik la entry bersarang lelabah~

Thursday, December 17, 2009

Saya pemurah

Haha! title entry kali nih tak boleh blah
Seperti masuk dalam bakul kendian mengangkat sendirik..


Iyer..memang haku pemurah!
Haku adalah golongan 'penderma' universal
Golongan berdarah O +ve


Pendermaan darah

Siapakah yang boleh menderma darah dan kepada siapa ? Untuk menjawabnya, anda perlu memahami konsep di bawah ini.

Selepas kelahiran, manusia mula membentuk antibodi di dalam badannya. Antibodi ini melindungi badan dari bahan-bahan asing seperti kuman yang memasuki sistem badan manusia. Bahan-bahan asing seperti kuman ini dipanggil antigen.

Antibodi terhadap antigen darah juga berlaku. Sebagai contoh, seorang bayi yang berdarah O akan membentuk antibodi terhadap antigen darah A dan darah B sebaik sahaja dia mula makan makanan. Ini kerana antigen ini dijumpai di dalam makanan. Oleh itu seseorang yang berdarah O tidak boleh menerima darah daripada jenis A, B dan AB. Sekiranya diberi satu proses dikenali sebagai “haemolytic transfusion reaction” akan berlaku, di mana darah yang diberi itu akan dimusnahkan.

Proses ini boleh membawa maut dan kerosakan anggota badan dalaman.

Jenis darah Genotype Antigens Serum Antibodi
A AA, Ao A, H anti-B
B BB, Bo B, H anti-A
AB AB A, B, H -
O oo H anti-A, anti-B

Sebagai panduan :

  • Jenis A – Ada antibodi terhadap B. Boleh menerima A dan O.
  • Jenis B – Ada antibodi terhadap A. Boleh menerima B dan O.
  • Jenis AB – Tidak ada antibodi. Boleh menerima A, B, AB dan O. Dipanggil universal recipient kerana boleh menerima semua jenis darah lain.
  • Jenis O – Ada antibodi terhadap A, B dan AB. Boleh menerima O sahaja. Dipanggil universal donor kerana boleh menderma kepada semua jenis darah lain.Tapik sangat kasihan..boleh menerima sumbangan dari darah sejenis jek..hoho..rerakan O yang lain..jangan lupakan saya yek bila timbul kesusahan nanti..huhu

Organ penderma juga bergantung kepada jenis darah seperti di atas. Contohnya, buah pinggang penderma dari jenis darah B tidak boleh diberi kepada pesakit berdarah A. Bagaimanapun, didapati pemindahan organ hati (liver) tidak bergantung kepada sistem darah ABO ini.

Source : Intro2u Blog

Sumpah!

Sepanjang 25 tahun hari hidup di muka bumi..sekalipun haku tak pnah tawu jenis darah haku sehinggalah arinih..

Tuh pon seb baek K*KR ada buat so-called Program Mengenali Kumpulan Darah untuk hapdet H*RMIS

So dapat lah haku turut memeriahkan majlis

Nak tunggu spital gomen..memacam alasan diorang kasik

Bukannyer haku tak pnah test blood sebelum nih

But tetiap kali nak test blood, haku cube menyatakan hasrat untuk buat test jenis darah skalik

Bole nurse tuh cakap.."Eh..tak boleh tuh! Kena buat test asing"

Elleh..aper yang payahnyer..tick la skalik kotak untuk blood identification sebelum anto sample pegi lab untuk testing kan?!

Haih..udahnyer..berjaman² hidup dalam dilema jenis-darah-apakah-haku-agaknyer!


Pnah jugak tanyer mak..mak cakap tak sure tapi rasenyer darah jenis O

Sebabnyer pas buat kire²..Abah (O) + Mak (A) = Haku (?) + Apiz (A)

Makenyer kompem la haku O kan..takkan AB plak..anak siapakah?????

Yang sedihs tuh..bole plak Mak tawu Apiz darah jenis A..tapik darah haku Mak tataw! Sobs..


So tadik sebelum buat blood test..haku pon berdoa banyak² dalam hati

"Ya Allah..janganlah Kau perdengarkan keputusan yang bukan² pasal blood test nih nanti..Amin"

Yer la..matik mak nok..tiber² blood test darah AB..

Maner datang plak 'B' tuh kan..kompem anak angkat!


Sudahnyer..O +ve..kompem!

Buktinyer..


Saya pemurah..mari² menderma Ceit! Sembang kencang..derma darah..haram skalik pon tak pnah! Haha!Korang pnah ke? Kecoh jek!

Friday, December 4, 2009

Back2Back

We went to watch these..back2back

Credit

And I'm a huge fanpire now..seriously!
The way Bella was hurt without Edward by her side..it hurts me too..sob (~_~)!
Am not gonna make any review on it..so go & watch it yourself..haha!

Lamenyer nak tunggu next chapter of twilight screening..huhu



Credit

Those 18SG scenes makes me wanna puke..demn!
Not up to our expectation..so not worth buying the RM9 tix
"Hai..nama saya Rain"..He's one jambu-ninja
-assassin!

Tuesday, November 24, 2009

Sob..Sob..

Last night..I cried myself to sleep
It hurts..deep

This morning..I woke up and wish for brighter days
So I won't be crying again

Never

Ya Allah..berikan aku kekuatan..tabahkan hati hambaMu ini..


Friday, November 20, 2009

100% BOAR!



Dapat email nih kejap tadik..hoh..horror!

saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN
masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN
SHIN
ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN
I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL
However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush
Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.
The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL
Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam i TERTIPU and i rasa AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN
Thanks for reading and please inform others

Cukup la pengalaman beli pig-skin pump from VISS dulu
Jenuh carik tanah nak samak bebarang haku selama maner yang ntah haku pon dah lupe baper lamer haku dok sarung pump tuh..huhuuhuhuhuh~

Kenyang perut, senang hati

Ice blended perisa kiwi + cendawan goreng = kenyang! (read : senang hati)

Hurm..camaner yek mawu buat cendawan goreng yang enak itu..

Sebelum nih haku ader buat jugak gune tepung ala² KFC tuh..tapik tak jadik pung!~

Sesaper ader resipi lain?

Thursday, November 19, 2009

Kemanusiaan

Mementang diorang tadek account FB, diorang block access to FB..ceish!

Umat BTM sekali lagik bermain dengan perasaan haku

Smalam bole FB..arinih dah tak bole..doink!

Okek fine!

Bloghopping jek la yang mampu..duh!

Tuesday, November 17, 2009

43 kg to achieve..is hell much for me to lose, you know..

1) Anda rasa anda hot?
Cuaca sejuk sekarang akibat hujan berlarutan membuatkan saya merasa cool sentiasa dan tidak hot

2) Upload gambar kegemaran anda

Gambar 1

Gambar 2

3) Cerita pasal gambar

Gambar 1 : Kegembiraan sang monyet yang menikmati ketenangan bole membuat saya tersenyum dan merasa tenang jugak
Gambar 2 : Kelucuan yang tak terbendung boleh membuatkan saya gelak bersungguh² hingga mengeluarkan air mata. Selalunya tengok gambar nih time bengang ngan
bos si tua kudut yang boroi (read : membayangkan muka beliau ditempek menggantikan muka sebenar haiwan berkenaan)..haha!

4) Bila kali terakhir makan pizza
Owh..lamer rasenyer tak makan pizza. Cuber untuk mengelakkan makanan seumpamanya demi mencapai 43 kg seperti Mommy Qastalani..huhu

5) Lagu terakhir yang anda dengar
Baru kejap tadi.."May it be" by Enya

6) Apa yang anda buat menyelesaikan tag ini
Mengadap PC opis sambil mengire detik berlalu menunggu bos si tua kudut yang boroi panggil meeting

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa

Nama² yang digelarkan menyerupai nama sebenar..kengkawan ramai yang panggil Eija..tapik tak bole blah terdapat jugak manusia yang memanggilku BIJAN..???..camaner name BIJAN boleh terpacul? "Itu yang kiter tataw!" sile bace dalam intonasi mengajuk cakap Khir Rahman dalam Los dan Faun Semua Bb punyer pasal..simpan jek la citer tuh..haha!


8) Tag lagi 6 orang
~ Akula
~ Puan Nurul
~ Cik Dcharmed
~ Puan Ernie
~ Cik Syafa
~ Ibu Damia

9) Siapakah orang No.1 pada anda?
Peminat tegar MW kat FB. Juga seseorang yang saya juga saya cemburui selain Mommy Qastalani


10) No.3 ada hubungan dengan siapa?
Saya tahu beliau bersama Jeed tapik beliau TIDAK PERNAH mahu meng'expose'kan siapakah sebenarnya Jeed itu..haih~


11) Bagaimana pula orang no.4?
Hoh..dia hidup bahagia bersama MFSnya..harap berkekakalan!


12) Kata sesuatu mengenai orang no. 5
She's my Ling².. miss her so much!


13. Pesanan kepada orang no. 6?
Puan, hapdet la blog tuh..saya rindu nak membaca!