Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 27, 2010

Day 16 → Someone or something you definitely could live without

TV. Seriously!

Aku tak kisah kalau seminggu..sebulan pun tak tengok TV. Tapi no-no untuk internet. Haha! 

Kadang² memang rasa malas gila nak tengok TV bila balik² news pasal bunuh..rogol..family or sanak sedara sendiri. Macam cerita budak 3 tahun kena sembelih bapak sendiri. Menarik ke cerita macam tu? Baik tak payah tengok TV langsung daripada nak dengar cerita² menyakitkan telinga macam tuh! Sekarang ni pulak, makin menjadi² news pasal buang baby sana sini. Geram betul aku dengan cerita² macam ni. Tergamak sungguh diorang kan? 

Kadang² aku wondering, kenapa ye Allah takdirkan..orang² yang sangat² mengharap nak dapat baby, susah sangat nak dapat baby. Sebaliknya dengan orang² yang senang betul dapat baby pastu tergamak buang baby macam tu jek. Mungkin Allah nak menguji..dalam 2 situasi yang berbeza. Setiap ketentuannya, pasti bersebab. Kan?  

Haih. Apa la nak jadi dengan dunia sekarang.

It's Fri-yeay!!!!

Oh my! Thanks Allah. It's finally Fri-yeay!

Credits

OoOOOoooOOOooo..sukanya hati! Malam ini bertemu Bb. Oh rindu dah bertali². Baby dalam perut pun dah melompat yippie²! Ibu dia apatah lagi.

Cepatlah hari berlalu. Aku tak sabar nak tunggu 4.30 petang ni. Haih. Kan seronok kalau opis aku ni kat Selangor. Bolehlah cuti hari ni. Sempena Nuzul Al-Quran. Tak payah nak ternanti² sampai petang karang. Sepagi² morning dah boleh amik flight terbang dekat Bb. Haih..

Jalan TAR kompem sesak today. Semua orang yang bercuti kompem nak amik kesempatan menyopping. Tambah pulak dengan orang yang kerja tapi lagak macam cuti jugak. Dengan Sogo sale tak pernah berhenti. Tapi aku peduli apa kan! Bukan aku nak pergi menyumbang kesesakan pun. Haha! Korang bercadang nak pergi? Haih, tak payah la! Buat serabut otak je nanti. Hehe.

Eh kejap! Kita cerita pasal apa tadi? =)

Yadayadayippie! Hari ini aku sangat senang hati. Hehe!

Thursday, August 26, 2010

Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it

Henfon.

Gila la weh! Memang rasa takleh bernafas kalau tadek henfon. Pernah la jugak tertinggal henfon kat rumah. Time tuh dah separuh jalan nak sampai ofis. Sanggup aku patah balik rumah pegi amik henfon. Sebab..
  1. Kalu ada emergency, memang payah orang nak kontek aku selain melalui henfon.
  2. Semua kontek no. ada dalam henfon tuh. Apa gila nak ingat semua no fon orang? And biasa la, time² nak guna tu time tu la meraban nak cari. Pokoknya, memang kalu tadek henfon, semacam komputer hilang HDD la. Haha!
  3. Bb tu bukan boleh, lambat reply sms pon jenuh bersoal. Inikan pulak kalu tak jawab call. ;P
Okek la, asyik nak salahkan Bb jek. Hehe! Sebenarnya aku sendiri yang memang tak boleh hidup tadek henfon. Kalu tak, nanti tak boleh la aku nak kacau Bb, time rindu²! ;P

Biarlah tadek orang nak call..tadek orang nak sms pon. Tapi feel keberadaaan henfon tuh dekat ngan aku dah cukup untuk buat aku senang duduk. Wakakakakakakakkakak! 

Day 14 → A hero that has let you down. (letter)

Owh kek cekelat Hiro (macam serupa jek bunyi hero=Hiro kan?)!

Kenapa la saiz kau makin lama makin kecik. Harga macam tuh jugak. Dah la makin lama makin susah nak carik! Nak google gambar pun tak jumpa². Walau apa pun, kau tetap di hati, forever after. Biar la ada macam² jenis kek sekarang..kek apollo la..london swiss roll la..kek cekelat Hiro, tetap kek aku yang hero!

Okek, seriously. Entry ni memang merapu. Sebab aku macam tadek lagi hero who has let me down. Tapi tetiba teringat kek cekelat Hiro tu. Gila vintage kek tuh. Korang pernah rasa? Kalu yang sebaya² aku, tipu la korang kata tak pernah rasa. Gila tak kool! Haha. Kek kegemaran zaman² sekolah tuh! ;P Macam jajan² seangkatan yang lain la..Choki², Jojo, Ding Dang, Tora (datang lagi!), Nini (cokolat celup..celup²!), Pop², keropok perisa durian, cekelat warna² bentuk puting la kadang² ada ikat cincin bling² la..haha!

Tak sangka! Cepat betul zaman berlalu. Sedar tak sedar dan makin tua dah aku nih. Dah nak cecah umur berpangkal '3' dah. Nak jumpa jajan² tuh semua skang ni pun ntah ada ntah idak lagi. Yang pastinya, Choki² masih gagah bertahan di kedai² malahan pasaraya besar dan jugak 7'eleven. Cayalah Choki²! ;P

Kek cekelat Hiro. Seronok jugak kalau bole buat santapan berbuka petang nanti. Hurm..

Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)

Oh The Moffats! (Meh sini aku nak ajar korang bahasa Melayu!)

Korang nak tawu tak? Sebab korang la aku ngan kengkawan kena gantung outing sebulan! Sebulan okek, bukan seminggu. Sebab korang la member aku, Majid sudah menjadi obses & gila lalu mengajak kitorang join dia pergi Kompleks Bukit Jambul semata-mata nak jumpa ngan korang! Kitorang yang tak sampai hati nak menolak permintaan suci murni dia tuh, folo la jugak. Kesian kat member, semangat gila nak pegi peluk cium The Moffats!

Oh The Moffats!

Korang ingat kami yang lain² ni heran sangat ke ngan korang? Setakat sukak suki syok dapat bebas dari college of hate. Itu yang buat kami puas. Lepas tu, memang puas la kitorang sebab ntah sapa ntah yang dengki tak dapat fly, report kat warden. Bagero!

Oh The Moffats!

Korang tawu kitorang kena apa? Kaunselor siap soh kitorang pilih nak kena rotan ke nak gantung outing. Of cos la kitorang pilih rotan, sebab taknak rasa seksa gantung outing. Last² kaunselor plak decide soh gantung outing. Bongek, baik takyah tanya! Kesudahannya, kenalah kitorang gantung outing. Cinabeng!

Tapi The Moffats, korang ingat kitorang heran? Fly la lagik lepas tuh. Haha! Nasib baik tak kantoi lagik. Tapi sebab korang la The Moffats, kitorang kena hadap semua nih. Demn yuh!

Day 12 → Something you never get compliments on

My singing!

Haha. Bajet suara kalah Dato' Siti. Dah terang²an suara nih sengau..walaupun bukan time selsema. Memang TAK la kan nak kena puji sebab singing. Silap² baby dah mamai² nak tidoq pon terus tak jadik tidoq sebab kengerian suaraku. Haha!

Silalah sedar diri! ;P

Wednesday, August 25, 2010

Day 11 → Something people seem to compliment you the most on

Ohoh! Sama la kita, Syana! Hehe.

Selalu sangat orang cakap "Wahh! You ni tinggi la. Sesuai sangat jadi model" 

Okek, to be honest..yang ni seriously aku tak pasti it's a compliment or what. Aku lebih merasa seperti diperli-keji sebab..hello! Can you see my figure yang bukan 32-24-36? Eh, wait..wait! Atau, mungkin memang mereka sebenarnya rasa aku sesuai untuk menjadi model yang debab, instead of those marvellous-bodylicious model?

Oh, my..memang rasa diperli-keji!

Credits

Saturday, August 21, 2010

Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know

I would say..no one!

Yerp! Every single person that I met along this road through life, would have affected me in different ways. Be it good or bad. You know them. You love them. You got hurt. You hate them. Well I guess, it's just part of growing up and knowing them has taught me many thing about this life. Never thought to let go any of them.

People, they're just like petals. Completes a flowery-you.

Thursday, August 19, 2010

Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted

Friends. Good friends.

Credits

How I wish I never have to lose any. *sigh*

Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit

Okek...membayar hutang semalam. Busy like a bee semalam sampai tak sempat nak update blog. Malam pulak rasa malas menyelubungi jiwa bila hujan non-stop meniupkan kedinginan. Haha!

Soalan ni senang gila nak jawab! Based on current situation, korang pon dah boleh agak la siapa agaknya yang bertanggungjawab made my life hell, or treated me like shit. Entry 2 hari lepas baru aku expose siapa. Korang lupa? Nah! Pegi tengok kat sini.

Perangai keji. Hati keji. Semuanya keji. Setakat ni, dia yang paling keji bagi aku dari ramai2 orang yang aku pernah kenal sepanjang hidup.

Owh. Habis pahala posa aku. Salahkan soalan ni sebab sememangnya aku takkan boleh pikir menda yang baik tentang dia! Owh. I hate him! So very much!

Tuesday, August 17, 2010

Day 07 → Someone who has made your life worth living for

It's none other than..Mak & Abah.

Setakat ni memang tadek orang lain lagi yang layak untuk aku bagi tribute ni. Mak & Abah have been part of my life all of these years. Orang² lain hadir kemudian dari diorang untuk isi mana² ruang kosong dalam hidup aku, tapi takkan sama dengan Mak & Abah.

They have made me who I am today. The good & bad times. The nagging. The advise. This and that. Kalu dulu time budak², aku selalu merungut. "Nape la Mak & Abah soh aku buat itu..buat ini.." Siap berdengki ngan adik aku. Yer la, sebabnya Mak & Abah selalu jek suruh aku buat semua menda (dah memang patut la kot. Dah nama pon kakak) Pastu siap marah² lagi. (dalam hati jek la kan. Tak pun main hempas² pintu. Tak pun jalan hentak² kaki. Eyy..berdosa kan? Huhu..). Tapi sekarang, baru aku tawu, kenapa begitu, kenapa begini. And realize, kalaulah Mak & Abah tak buat semua tuh dulu, mesti aku tak macam ni sekarang.

Kesimpulannya, aku sayang Mak & Abah aku. And yes, they have made my life worth living for.

Korang tengok, aku ni lebih mirip muka siapa; Mak aku ke Abah aku? =)

Monday, August 16, 2010

Merajuk dengan Bb..huh!~

Aku nak merajuk dengan Bb. Dia takmo mai teman aku gi 6th Parenthood Expo hujung minggu nih. Tanak kawan!


Ada tak siapa2 yang nak pergi dengan aku? Boleh aku melampiaskan keteringinan nak makan Krispy Kreme.Yok?!~

Day 06 → Something you hope you never have to do

Berada di tempat kerja ini, di bawah bosngok yang paling keji perangai pernah aku jumpa sepanjang aku hidup.

Terseksa jiwa raga mak, nyah! Dah lah sah² tawu bosngok adalah sedemikian rupa, ditambah dengan faktor² sampingan yang menyeksakan jiwa. Hasilnya, pergi kerja tiap hari dengan perasaan yang sangatlah tak best. Tiap hari mesti cakap dalam hati "Kan bagus kalau cuti tiap² hari. Tak payah nak pergi kerja!"

Kronik kan? Tadek motivasi langsung nak pergi kerja. Sekadar melaksanakan tugas seadanya supaya rezeki yang diperoleh mendapat keberkatan Allah.

Satu menda yang keeps me going, kemeluapan perasaan untuk membuktikan kepada donia bahawa apa yang dicanang² oleh bosngok itu adalah sesuatu yang berbeda sekali dengan kebenarannya. Alhamdulillah. Makin ramai yang mengerti mengapa itu dan mengapa ini. Terharu jugak bila mereka turut simpati. Sobs~

Dalam hati ni, tiap detik berdoa "Ya Allah, perkenankan lah doa hambaMu ini. Semoga masa depanku tidak kan pernah merasai menda yang sama lagik. Semoga tiap jejak langkahku yang ke depan, disulami rasa ikhlas untuk berkhidmat. Semoga rezeki yang kuperolehi mendapat keberkatan dan keredhaanMu, Ya Allah.."

Tapi, hari ni dan hari² yang terkebelakang di sini dah dipenuhi dengan rasa tak ikhlas pegi kerja. Agak² berkat tak? Macamana ni? Huhu.

Baby syiok bergolek, aku panik tak tentu pasal!

Cuba tengok ticker sebelah.

Kesiannya aku tengok Baby tuh macam tak cukup ruang untuk bergolek². Just boleh golek skek, pastu golek ke keadaan asal semula. Golek pon selow² jek. Tak macam dulu, boleh golek suka suki hati. Tu baru 6 bulan dalam perut. Macamana la kalau dah sampai 9 bulan nanti ye? Tak boleh golek langsung kot?!

Credits
Padan la sekarang makin senang nampak jejak² golekan Baby dalam perut. Masa 1st time dia bergolek, aku tengah cakap telefon dengan Bb. Tiba² jadi panik tak tentu pasal sebab bole nampak Baby bergolek². Haha! Lawak! Macam ni lah kan. Pengalaman 1st-time mommy. Jakun!

"Baby, kot yer pon, jangan la buat ibu panic macam tu. Tokojut den! Hehe"




Sunday, August 15, 2010

Day 05 → Something you hope to do in your life

Masih yang satu ni. Masih belum berubah. Sejak zaman budak hingusan sampailah sekarang.

Aku nak travel around the world! 

Credits
And of cos tanpa memikirkan kedudukan kewangan yang serba serbi menyekat waktu ini. Kan bagus kalau duit bukan menjadi persoalan? Haih. Bilalah nak jadi kaya, guna duit semahu2nya tanpa jadi papa kedana. Wakakakakakaak! Dream on!

Nak kena explain ke kenapa? Tak payah kot. Sebabnya aku tidak berada dalam keadaan untuk berkongsi pada waktu ni. Tadek idea yang sebenarnya. Haha! Aku yakin korang boleh bagi jawapan sendiri kenapa mempunyai impian / harapan nak travel around the world.

Saturday, August 14, 2010

Day 04 → Something you have to forgive someone for

Bersempena bulan posa ni, aku nak dedicate entry khas day-4 nih untuk Bb. Dia rajin sangat nak baca blog aku kan. Tertunggu2 entry2 30 days of truth aku kan. Hehe.

Bb, Ling maafkan Bb sempena bulan posa ni sebab...

Bb tak balik bersama2 ngan Ling & Baby untuk sambut ramadhan, sama ada bersahur mahupun berbuka bersama. Sobs. Tapi kalu lepas baca entry ni tiba2 Bb tergerak nak balik mai KL, mai la..sangat2 la dialukan. Hiks!

Yer, Ling tawu bulan posa ni la bulan terbaik untuk Bb memberanakkan duit lebih2 lagi dalam time2 kita nak tunggu kehadiran Bb&Ling Jr. Kan? Harap2 rezeki kita bulan ni bertambah2 murah. InsyaAllah. Sedih tuh memang la sedih jugak. Semua orang yang dah berlaki semua kejar nak bukak posa sama2 ngan laki masing2 bulan posa ni. Ling pon nak sangat buat camtu, kalu boleh tiap2 hari. Tapi Ling kena paham keadaan kita sekarang. Takleh nak ikut perasaan sangat. Ling cuba ek Bb. Ling cuba untuk memahami, insyaAllah.

Lagipon, bukannya kita tadek can langsung nak sahur / bukak posa sama2 kan? Kan kita dah janji nak jumpa time cuti merdeka nanti. Bb tunggu Ling & Baby naa. Nanti kami balik sana. Bb jangan risau. Ling rasa, Baby kita pon paham. Sebab tu Baby kita behave ja setakat ni. Sangat bekerjasama. Dia tak susahkan ibu dia pon. Kan Baby kan? Baby behave kan? Baby sayang ibu ngan ayah kan? Baby tak marah ayah kan?

Ling doakan bisnes Bb bertambah2 maju Ramadhan kali ni. Dan insyaAllah untuk hari2 yang mendatang jugak. Allah itu maha adil & mengetahui. Mungkin tersirat 1001 hikmah di sebalik pengorbanan Ling ni. InsyaAllah. Cuma Ling harap, walaupun Ling tadek nak jaga makan / minum, sahur/ bukak posa Bb, Bb jaga diri ek!

Salam sayang dari Ling & Baby. Kami dua orang © kamu!






Friday, August 13, 2010

Day 03 → Something you have to forgive yourself for

For not being able to be there for my dearest babes whenever they wish for someone to be there with them. Uih. Tercalar hati. Lagi pulak time tu diorang in trouble / betul² need someone to talk to / betul² need shoulder to cry on /  betul² need hugs. Sorry babes! =(

Haih, betul cakap Kate. Makin meningkat usia, makin dekat kita dengan diri sendiri. Bila kawan² tadek, makan hati la sorang² kan. Sedih jugak bila pikir² balik.

Friends, they come and go. 
If it's me the one who left, i hope i can come back & be there at the right time.
 

Day 02 → Something you love about yourself

Suka senyum.

Yes! I smiled to everybody, even strangers. Kan orang selalu pesan "smile, and the world will smile with you and it makes the world a better place". Bila senyum kat orang lain, aku harap aku dapat buat orang tu rasa warm. So that, lebih mudah untuk aku mendekati mereka, walaupun baru berkenalan less that 5 mins.

Bukan susah pon nak senyum, kan? Even kalu dok text-messaging pon boleh senyum tersengih sorang². Tapi aku heran jugak why few people payah sangat nak senyum in return. Kadang² aku cuba untuk paham, mungkin diorang masih belum ketemu sunshine untuk hari itu. Atau mungkin diorang tengah resah pikir masalah. Tapi tak ke korang heran kalu tiap² kali jumpa ngan someone tu pon, muka dok ketat jek. Apa diorang ni memang berniat nak bagi wrinkle penuh sebelum menjelang hari tua ke? Tak paham. Tak paham.

Eh, eh! Off topic pulak. Bukan ke patut cerita pasal diri sendiri? Haha!

Tapi sebenarnya, tabiat suka senyum ni bukan la sejak azali pon. Sejak² dah kurang rasa malu, time sekolah menengah kot, barulah mula belajar senyum sokmo. Sejak² tu jugak belajar posing time bergambar. Haha! Lagi suka senyum bila ramai orang puji aku senyum sweet gila tambah ngan lesung pipit. Wakakakakakak! Okek, ini sudah melebih². Aku taknak jadi riak. Haha!

Tapi kan, memang aku suka senyum. Rasa macam tenang jek. Sebab tu bila² rasa tak best / tensen kat opis, aku cuba carik / buat something yang bole bagi aku senyum balik, untuk aku kekal dalam kewarasan. Haha! Tapi selalunya aku gagal bila cuba menda tu dalam hal² yang melibatkan bos aku. Sebab, dengar suara dia atau tengok nama dia dalam list received email pon aku dah meluat, apatah lagi bila tengok muka dia. Seolah² apa² jek tentang dia akan 'blocked' aku untuk jadi waras. Humph! Enough pasal dia, kang hilang senyum aku plak! 

Marilah kita bersenyum²an. Lagipon, senyum tu kan sedekah. Time² bulan posa ni, banyak² la senyum kalu rasa tak banyak duit nak sedekah kat orang. ;P

Day 01 → Something you hate about yourself

Aku pilih "buat dulu baru nak menyesal" in terms of relationship aku ngan Bb. Sebabnya memang menda tuh la yang selalu buat aku rasa macam nak bunuh diri bila tawu aku dah berdosa ngan Bb. 

Bila aku rasa apa yang aku luah / buat / cakap / etc lebih dari menyakiti hati Bb. Walaupun Bb kata dia tak kisah, tapi aku tetap rasa bersalah. Bila aku tawu makin bertimbunlah dosa aku kat Bb. Bila aku tawu makin jauhlah langkah aku dari landasan menjadi isteri mithali. Bila aku tawu makin kuranglah chance aku untuk cium bau syurga. Huks!

Then time tuh barulah tawu nak menangis meronta mintak maaf. Dah tadek guna, kan? Sobs!

Sebabnya, dalam relationship dulu² aku tak pernah belajar nak "mintak" sebelum buat. Sebabnya, dulu aku selesa buat semua menda sorang diri, walaupun aku ada bf tapi keputusan aku, aku sendiri yang tentukan - nak ke mana, nak buat apa, nak buat bila. Aku tak perlu diorang untuk tentukan apa yang patut aku buat. Aku rasa macam terkongkong.

Bila kenal ngan Bb, barulah aku mula belajar mintak izin sebelum nak ke mana². Barulah aku mula belajar nak mintak pendapat sebelum buat something. Barulah aku belajar nak discuss sebelum execute. Barulah belajar macam² lagilah! Elok jugak sebenarnya bila Bb mula ajar aku sebelum aku jadi isteri dia. Sekurang² kurang sikit dosa aku bila aku mula belajar. Hiks!

Alhamdulillah, aku masih belajar. From time to time, aku cuba untuk "mintak" sebelum buat. Lagi² dalam keadaan sekarang yang mana semuanya atas kebenaran Bb sebagai suami. Walaupun kadang² ada la jugak tergelincir, terpeleot. Terus cepat² mintak maaf. Dan aku harap Bb tawu, aku mencuba. Dan aku jugak harap Bb akan terus support aku.

p/s: Waaaa..susah jugak nak buat menatang nih! 1 completed, 2 more to go for today!

Wednesday, August 11, 2010

111...cantik nombor tu!

Bersempena ngan countdown kat belah kanan atas page nih, aku rasa nak buat special entry pasal me & the baby-we're-excitedly-waiting-for =)


Lagi 111 hari. Bila tengok macam lama jek lagi. Padahal kalau convert dalam bulan, tinggal kurang lebih 3 bulan jek lagi. 

Perasaan?
  1. Happy & excited tu of cos la kan. We've been waiting long to be blessed with a child. Alhamdulillah, doa & usaha kami selama ini membuahkan hasil. And we're still hoping for more good things to come along the way. Amin!
  2. Uncertainty of readiness. Tak sure if we're actually ready nak welcome this lil' precious into our life yang nampak macam stabil-tak-stabil jek lagi. The reason why is because we're still living under different roof. Yes, the application has been approved and yet to wait for the panel's result of where & when. Harap semuanya berjalan lancar, secepat mungkin..before the delivery. InsyaAllah! Tapi as time goes by, we're thinking that do not worry much. Just go with the flow. Having a child will automatically makes yourself learn & know how to be a good parent (sambil membayangkan betapa gigih & tabahnya yougsters yang muda² dah jadik parents)
  3. Cuak nak bersalin. Wakakakaakak! Aci tak kalau nak mengandung banyak kali tapi nak pass every single delivery kat orang lain? =) Cuak siot bila dengar experiences kawan² yang dah bersalin (which of cos very little among them yang cerita menda² yang tak best tuh! Tapi tipu gila kalau diorang cakap bersalin tu tak rasa sakit langsung. Haha!). But still, siap boleh imagine clearly of how things went during the delivery. Gulp! Seriyau!!!!!!!!!!! Tapi as a mother, nak tak nak menda tu kena hadap jugak kan? Lain la kalau ko memang nekad gila tak nak mengandung. Krezi! Mana ada orang yang kawen tapik tak nak ada anak. Ada ke? Sebenarnya, aku seboleh² tak nak pikir lagi pasal delivery. Go with the flow jek. Haha! Sebabnya aku tak nak rasa cuak menakut²kan aku. Chaiyoookkkkkk!! Korang doa² la sama ngan aku for everything to goes well, yek? Mekaseh.
Persediaan?
  1. Mentally-preparing. We're still working on it. Learning and adapting. Hehe! Belajar itu ini. Yer la, mak bapak mana yang tak nak give out the best untuk anak² diorang kan, lebih² lagi for the first newborn. Kalau boleh semua nak yang palingpalingpaling baik!
  2. Barang² baby. Nada! Okek la, ada 2 pasang busha-legging aku beli time jualan pra-ramadhan kat opis arituh. Tu pon sebab tengok menda alah tu kiut benor. Padahal untuk baby yang umur 6mths++. Haha. Itu tak dikira kot? Lain² basic baby needs semua dah ada dalam list. Cuma aku nak Bb ada ngan aku bila aku excitedly shopping so that kami sama² dapat rasa the joy of welcoming our lil' precious. Dah nama pon anak aku ngan dia. Mestilah semua nak rasa sama². Tapi tak aci, sakit bersalin aku sorang yang rasa! Huhu.
  3. Maternity wear. Ha! Ini merunsingkan aku. Dah makin banyak baju² berbungkus dengan plastic cover. Boleh kira baper helai yang tinggal untuk aku rotate hari² pegi kerja. Adeh. Nak kena tambah lagi nih. Bosan siot. Balik² pakai baju yang sama and bila pakai baju kurung, mesti tak boleh nak hook. Buatnya terlondeh tengah jalan, tak ke haru. Haha! Bb, hint nih. Hint! =)
  4. Doa & petua. Yang ni mestilah kan. Kalau tak mengandung pon aku dok doa memanjang. Tapi, aku nak mintak korang pon tolong doakan aku jugak. Moga perjalanan aku & baby selamat. Moga baby selamat lahir. Sempurna sifat. Membesar dengan sihat. Nanti korang jugak nak gomoi² baby aku. Hehe! Kalau bab petua, semua menda baik, semua aku try buat. Pagi² dah start telan madu sesudu. Susu pun dah jadi rutin harian. Masalahnya, tekak aku macam kembang² nak telan anmum. Last² aku minum susu dutch lady jek. Huhu! Baik la dari tadek kot. Huhu!
Alamak. Dah time untuk kerja. Tak elok ngelat² kerja time bulan posa (bulan posa jek ke? Haha!). Ada masa & kelapangan, aku sambung lagi. Kalu tadek, tadek la. Haha! Hutang Maninjau pon belum terbayar. Nantilah!

Last but not least, selamat berposa korang² semua! Moga amalan kita diberkati. Moga Ramadhan kali ni lebih bermakna dan menjanjikan 1001 rahmat & kebahagiaan buat kita semua. InsyaAllah! Take care~

Credits

Wednesday, August 4, 2010

Ada satu cerita..

"Jika adik memakan pinang, makanlah dengan sirih hijau, jika adik datang ke Minang, jangan lupa singgah ke Maninjau..."


..erm..tapi, bukan sekarang kot. Reserve la untuk entry lain kali. belum sampai seru! Haha!

Tuesday, August 3, 2010

Alive & kicking

Weh korang..semalam time melayan mata nak tido..tiba² aku rasa semacam satu rasa dalam perut
Rasa macam ada orang main tendang² bola dalam swimming pool (read : dalam perut aku)
Macam tu ke rasa baby-kick?


Serius aku tataw mahupun perasan sebelum ni.
Sebab tu Mrs. Doc yang check aku aritu buat muka pelik bila dia tanya "Ada rasa baby's kicking?" and jawapan aku "Tak!"
Dia tengok aku, dia tengok nurse. Lalu nurse tu jawab "Primid doktor..biasalah!".
Lalu diajunya lagi soalan cepumas "Tak rasa or you tataw rasa dia camana?"
Haa, pilihan jawapan yang kedua tuh tepat skalik!
First experience kot. Memang la aku tataw rupa gayanya camana!
Pastu, turn aku plak tanya dia "Baby-kick tu rasa camana ek doc?"
Dia jawab "Some people say, rasa macam ada menda bergerak dalam perut. Rasa macam berpusing² KOT"
Tang kot tuh yang tak tahan tuh! Ada pulak boleh main kot². Blum pnah beranak agaknya KOT!

Tapi yang pastinya semalam aku tido dengan senyum lebar sampai ke telinga sambil tangan letak kat perut. Assuming menda yang aku rasa tu adalah benar..baby-kick! =)

Kalau la betul, seronok betul baby dok main bola keliling dalam perut aku time nih!

Monday, August 2, 2010

Maisarah..parking RM10..dan Alamanda

Sampai dah pandai meniarap..baru la "akak" 2 orang jumper ngan Baby Maisarah..haha!


Main2..agah2..ciom2..gomoi2..sampai kul 1 gak la melepak kat rumah Nurul..Sonok melayan Baby maisarah yang jugak sonok berbual..Lagik seronok tengok die berhempas pulas menggulingkan diri nak meniarap *sambil usap2 perut sendiri..auwww!!!* =) Encit Padel tadek so agak 'bebas' la di situ..hehe..tambah plak dihidang kopok leko mee bandung diketengaharian sambil melayan How I Met Your MotherMekaseh Nurul! ;P

Pehtu..gerak ke destinasi terhampir a.k.a The Mines..cadangnyer nak nonton SALT. Pusing punyer pusing..lebur 2 hengget bayor parking yang kesudahannya sia2 belaka. Jahanam punyer tukang jage parking..kalu dah tawu parking full..lagik mawu open itu parking..sabor jek la!

Dengan perasaan give-up, keluar dari basement trus nak tuju Alamanda.

Tetibe.."Eh Adda! Tu parking tuh!"
Dengan berkobar2 parking..kuar kete semacam nak berlari pegi beli tiket
Alih2 sorang mamat bangla nih datang (tapik bukan datang kat kitorang..datang kat couple cina yang park depan kete kitorang)
B : "Sir..parking sir!"
C : "How much?"
B : " Ten dollars"
Aku ngan Adda : "What???!"

Giller cekik darah! Bukannyer parking tuh berbumbung pon. Valet pon bukan okek. Parking siap tepi jalan, tadek orang jage..nak mintak ngan kitorang seploh hengget. Memang TAK la kan! Last2 bukan kitorang jek, ngan couple cina tuh skalik blah sambil memaki hamun dalam hati. Ntah biler pulak kitorang berani nak jejak kaki lagik kat situ. Cinabeng! Parking tepi jalan jarak 500 meter dari traffic light pon nak caj sampai 10 hengget! Ko hengat taraf ko serupak The Gardens? Pegi mamfosss!~

End up..menggembirakan hati di Alamanda..haih! Lamer sungguh tak ke situ. Wendu seyh! Habuan pelepas wendu..? Dapat lah rembat handbag ngan maternity shirt se..haha! 

On the way balik, ni pulak habuan lain untuk aku..



Padanla dengan muka! Tapi takpe..asalkan hati bergembira.. =)

Nway, thanks Adda darl..can't wait for more!

Sunday, August 1, 2010

Selepas 75 hari..di malam Sabtu yang dingin

Yeah..i know! It's been 75 days straight since my last entry..

Tetiba arinih tergerak hati nak menulis. Siap dah tuka background lagik kat blog nih. Cantik tak? Cantik tak? Sila baca dengan intonasi Mr. Eric Tapi belum berkemungkinan menjanjikan kerajinan & tekad yang tinggi untuk meningkatkan kadar entry. Haha!

Hari nih hari bermalasan di rumah. Nak kuar layan SALT tapik dah janji dengan Adda nak nonton esok lepas visit Baby Maisarah.


"Adda, cepat recover yer darl. Esok kita visit Baby Maisarah pastu pegi nonton SALT. Okek?" 


Err...dek lama sangat tak mengasah ketajaman akal mengeluarkan idea berblogging..hasilnya, am now lost for words. Huks!~

Korang rindu aku kan? *wink*


Hoih..abeh kembang2 pipi segalak!~