Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label spread-the-love. Show all posts
Showing posts with label spread-the-love. Show all posts

Thursday, September 9, 2010

30 days of truth

Sticky :
Until 30 days are completed!


Okek..ini adalah menarik, tertarik! Syana, aku sahut seruan "marilah membuat" mu itu. Hehe! Walaupun bila dah habis baca list tuh macam scary jugak kan of what I'll reveal for, tapi aku cuba. Tengok sejauh mana. Huks!

30 days of truth
Day 01 → Something you hate about yourself.
Day 02 → Something you love about yourself.
Day 03 → Something you have to forgive yourself for.
Day 04 → Something you have to forgive someone for.
Day 05 → Something you hope to do in your life.
Day 06 → Something you hope you never have to do.
Day 07 → Someone who has made your life worth living for.
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit.
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted.
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know.
Day 11 → Something people seem to compliment you the most on.
Day 12 → Something you never get compliments on.
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)
Day 14 → A hero that has let you down. (letter)
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it.
Day 16 → Someone or something you definitely could live without.
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something.
Day 18 → Your views on gay marriage.
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?.
Day 20 → Your views on drugs and alcohol.
Day 21 → (scenario) Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life.
Day 23 → Something you wish you had done in your life.
Day 24 → Make a playlist to someone, and explain why you chose all the songs. (Just post the titles and artists and letter)
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today.
Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?
Day 27 → What’s the best thing going for you right now?
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?
Day 29 → Something you hope to change about yourself. And why.
Day 30 → A letter to yourself, tell yourself EVERYTHING you love about yourself


Macam Syana jugak, aku try untuk lengkapkan in 30 days of Ramadhan. Maksudnya aku perlu siapkan 3 entry pertama sebelum esok. Chaiyok!!!

Tuesday, September 7, 2010

Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?

Lor..dah pregnant mestilah happy. In fact, I am pregnant. I would do anything to keep the baby healthy & selamat. InsyaAllah.

Bila kita nak sangat anak (get pregnant), kadang² susah sangat nak termakbul. Tapi diorang² yang suka suki hati buang anak merata tu, senang betul dapat anak. Takpelah. Semua tu rezeki dari Allah. Allah Maha Mengetahui tahap ketersediaan kita untuk menempuh pengalaman baru tu. Banyak hikmah di sebalik ketentuanNya. Kan? 

Monday, September 6, 2010

Day 27 → What’s the best thing going for you right now?

Alhamdulillah. Tertunai sudah hutang entry yang menimbun. Haha! Sampai la turn untuk entry hari ni. Eh², dah 27 hari Ramadhan kan? Sekejap jek rasa tahun ni Ramadhan berlalu. Sedar tak sedar lagi berapa hari jek nak sambut Syawal.

The best thing going right now is being pregnant! =)

Credits
Alhamdulillah. Rezeki kami kali ni. Moga baby sehat & selamat lahir. Memang betul cerita yang mereka² sampaikan. Indah sungguh waktu pregnant ni even terpaksa tanggung morning sickness (dalam kes aku, evening sickness). Time pregnant ni jek la nak rasa semua tu kan.

Seronok bila nampak perut bergerak², sure tersenyum sendiri. Seronok bila tengok perut sendiri yang makin besar dari hari ke hari sebab tak sabar menghitung hari nak jumpa baby (+ seriyau bila pikir nak bersalin..haha!). Seronok bila baby dok diam² lepas makan sebab tawu dia dah kenyang. Seronok bila pergi shopping complex sebab boleh pegi usha barang² untuk baby. Rasa macam nak beli semua! Comel² sungguh! Seronok bila tengok Bb semangat nak pegi beli Cornetto McFlurry bila aku mintak. Seronok bila..bila banyak lagi la. Nak cerita tak habis. Korang pregnant nanti korang tawu sendiri la! =)

Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?

Belum pernah lagi rasanya. Sebab rasa macam belum puas lagi rasa hidup ni. 

Alhamdulillah, bersyukur setiap kali bangun pagi sebab masih diberikan peluang bernafas untuk merasa pengalaman baru untuk satu hari yang lain lagi.

Day 25 → The reason you believe you’re still alive today

Ajal dan maut itu di tangan Allah.

Day 24 → Make a playlist to someone, and explain why you chose all the songs. (Just post the titles and artists and letter)

O'my dear Bb

Another You by Cromok - repeatedly -

It's OUR song. Dengarlah repeatedly pun, aku takkan muak. Cuma sekarang, Bb dah jaaaaraaaaang sangat main lagu ni untuk aku. Sobs!

"Bb, ingat yek janji kita! Nanti lepak kat jambatan Putrajaya, main lagu ni untuk Ling sambil makan sushi & minum air peel fresh! =)"

Day 23 → Something you wish you had done in your life

Hurm. Mungkin manjadi lebih rajin untuk belajar masak. Haha! Yer, aku tawu aku tak pandai masak. Tapi aku pedulik hapa! Janji aku boleh la jugak masak sikit² untuk mengenyangkan perut Bb dan perut sendirik. Hiks!

Credits
Cumanya, gelabah bewaklah aku bila mak mertua nak mai berkunjung. Mulalah buka buku resipi sana sini. Haih. KALAULAH aku lebih rajin untuk belajar masak di waktu dulu². Dulu tawu merengus jek bila mak suruh masuk dapur kan. Sekarang, rasakan!

P/S: Nak masak apa untuk sahur sempena menyambut kepulangan suami pun dok pikir lagi ni. Nasib baik dia dah memudahkan kerja aku sebab dah list siap² menda apa dia nak makan. Oh esok, cepatlah tiba!~

Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life

Credits
Buat silap tu kan pengalaman! Mengajar kita untuk tidak mengulangi. Makanya aku selalu doa aku tak buat kesalahan yang sama kemudian nanti. Err, aku jugak rasa macam menda² macam ni tak payah la nak heboh satu dunia. Biarlah aku belajar untuk mengajar & memperbetulkan diri sendiri dulu. Huhu..

Day 21 → (scenario) Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?

It's not really something that you need to think about. 

No way I would choose an hour fight over a bestfriend!

Credits

Day 20 → Your views on drugs and alcohol

Credits
SEMUANYA tak berfaedah..langsung! Ibarat mencucuh duit pada api. Lagi teruk seolah² memanggil² & meminta² malaikat maut datang menjemput.

P/S: Saja jek aku masukkan smoking tu yang paling atas sekali. Biar Bb baca! Haha!

Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?

Islam itu panduan hidup. Self-explanatory.

Bersyukurlah bila kita dilahirkan sebagai Muslim. Maka laksanakanlah tanggungjawab sebagai seorang Muslim seperti sedia adanya. 

InsyaAllah, semoga Allah sentiasa tunjukkan jalan yang lurus itu kepada kita semua. Amin.

Day 18 → Your views on gay marriage

Nak kata aku kuno, katalah! Aku memang kuno bab² menda macam ni. Aku sangat menentang homosexualism. Apatah lagi nak menyokong gay marriage.

Dah memang Allah itu menetapkan setiap manusia ada pasangan berlainan jantinanya. Kenapa perlu untuk mengubah kejadian alam yang ditentukan Maha Esa?

Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something

Err..aku dah makin jarang membaca. Teruk kan? Hiks!

Tapi aku rasa, menerusi pembacaan aku time nak mengadap interview dulu², perihal pemimpin menuntut kemerdekaan Malaysia banyak mengubah persepsi aku berkenaan politik negara yang asal. Zaman dahulukala.

Cumanya, yang kini tetaplah begitu. Buat aku rasa semakin muak.

P/S: Hoih! Tiba² buat entry berbaur kenegaraan. Apa kes? Wakakakakakak!~

Friday, August 27, 2010

Day 16 → Someone or something you definitely could live without

TV. Seriously!

Aku tak kisah kalau seminggu..sebulan pun tak tengok TV. Tapi no-no untuk internet. Haha! 

Kadang² memang rasa malas gila nak tengok TV bila balik² news pasal bunuh..rogol..family or sanak sedara sendiri. Macam cerita budak 3 tahun kena sembelih bapak sendiri. Menarik ke cerita macam tu? Baik tak payah tengok TV langsung daripada nak dengar cerita² menyakitkan telinga macam tuh! Sekarang ni pulak, makin menjadi² news pasal buang baby sana sini. Geram betul aku dengan cerita² macam ni. Tergamak sungguh diorang kan? 

Kadang² aku wondering, kenapa ye Allah takdirkan..orang² yang sangat² mengharap nak dapat baby, susah sangat nak dapat baby. Sebaliknya dengan orang² yang senang betul dapat baby pastu tergamak buang baby macam tu jek. Mungkin Allah nak menguji..dalam 2 situasi yang berbeza. Setiap ketentuannya, pasti bersebab. Kan?  

Haih. Apa la nak jadi dengan dunia sekarang.

Thursday, August 26, 2010

Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it

Henfon.

Gila la weh! Memang rasa takleh bernafas kalau tadek henfon. Pernah la jugak tertinggal henfon kat rumah. Time tuh dah separuh jalan nak sampai ofis. Sanggup aku patah balik rumah pegi amik henfon. Sebab..
  1. Kalu ada emergency, memang payah orang nak kontek aku selain melalui henfon.
  2. Semua kontek no. ada dalam henfon tuh. Apa gila nak ingat semua no fon orang? And biasa la, time² nak guna tu time tu la meraban nak cari. Pokoknya, memang kalu tadek henfon, semacam komputer hilang HDD la. Haha!
  3. Bb tu bukan boleh, lambat reply sms pon jenuh bersoal. Inikan pulak kalu tak jawab call. ;P
Okek la, asyik nak salahkan Bb jek. Hehe! Sebenarnya aku sendiri yang memang tak boleh hidup tadek henfon. Kalu tak, nanti tak boleh la aku nak kacau Bb, time rindu²! ;P

Biarlah tadek orang nak call..tadek orang nak sms pon. Tapi feel keberadaaan henfon tuh dekat ngan aku dah cukup untuk buat aku senang duduk. Wakakakakakakakkakak! 

Day 14 → A hero that has let you down. (letter)

Owh kek cekelat Hiro (macam serupa jek bunyi hero=Hiro kan?)!

Kenapa la saiz kau makin lama makin kecik. Harga macam tuh jugak. Dah la makin lama makin susah nak carik! Nak google gambar pun tak jumpa². Walau apa pun, kau tetap di hati, forever after. Biar la ada macam² jenis kek sekarang..kek apollo la..london swiss roll la..kek cekelat Hiro, tetap kek aku yang hero!

Okek, seriously. Entry ni memang merapu. Sebab aku macam tadek lagi hero who has let me down. Tapi tetiba teringat kek cekelat Hiro tu. Gila vintage kek tuh. Korang pernah rasa? Kalu yang sebaya² aku, tipu la korang kata tak pernah rasa. Gila tak kool! Haha. Kek kegemaran zaman² sekolah tuh! ;P Macam jajan² seangkatan yang lain la..Choki², Jojo, Ding Dang, Tora (datang lagi!), Nini (cokolat celup..celup²!), Pop², keropok perisa durian, cekelat warna² bentuk puting la kadang² ada ikat cincin bling² la..haha!

Tak sangka! Cepat betul zaman berlalu. Sedar tak sedar dan makin tua dah aku nih. Dah nak cecah umur berpangkal '3' dah. Nak jumpa jajan² tuh semua skang ni pun ntah ada ntah idak lagi. Yang pastinya, Choki² masih gagah bertahan di kedai² malahan pasaraya besar dan jugak 7'eleven. Cayalah Choki²! ;P

Kek cekelat Hiro. Seronok jugak kalau bole buat santapan berbuka petang nanti. Hurm..

Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)

Oh The Moffats! (Meh sini aku nak ajar korang bahasa Melayu!)

Korang nak tawu tak? Sebab korang la aku ngan kengkawan kena gantung outing sebulan! Sebulan okek, bukan seminggu. Sebab korang la member aku, Majid sudah menjadi obses & gila lalu mengajak kitorang join dia pergi Kompleks Bukit Jambul semata-mata nak jumpa ngan korang! Kitorang yang tak sampai hati nak menolak permintaan suci murni dia tuh, folo la jugak. Kesian kat member, semangat gila nak pegi peluk cium The Moffats!

Oh The Moffats!

Korang ingat kami yang lain² ni heran sangat ke ngan korang? Setakat sukak suki syok dapat bebas dari college of hate. Itu yang buat kami puas. Lepas tu, memang puas la kitorang sebab ntah sapa ntah yang dengki tak dapat fly, report kat warden. Bagero!

Oh The Moffats!

Korang tawu kitorang kena apa? Kaunselor siap soh kitorang pilih nak kena rotan ke nak gantung outing. Of cos la kitorang pilih rotan, sebab taknak rasa seksa gantung outing. Last² kaunselor plak decide soh gantung outing. Bongek, baik takyah tanya! Kesudahannya, kenalah kitorang gantung outing. Cinabeng!

Tapi The Moffats, korang ingat kitorang heran? Fly la lagik lepas tuh. Haha! Nasib baik tak kantoi lagik. Tapi sebab korang la The Moffats, kitorang kena hadap semua nih. Demn yuh!

Day 12 → Something you never get compliments on

My singing!

Haha. Bajet suara kalah Dato' Siti. Dah terang²an suara nih sengau..walaupun bukan time selsema. Memang TAK la kan nak kena puji sebab singing. Silap² baby dah mamai² nak tidoq pon terus tak jadik tidoq sebab kengerian suaraku. Haha!

Silalah sedar diri! ;P

Wednesday, August 25, 2010

Day 11 → Something people seem to compliment you the most on

Ohoh! Sama la kita, Syana! Hehe.

Selalu sangat orang cakap "Wahh! You ni tinggi la. Sesuai sangat jadi model" 

Okek, to be honest..yang ni seriously aku tak pasti it's a compliment or what. Aku lebih merasa seperti diperli-keji sebab..hello! Can you see my figure yang bukan 32-24-36? Eh, wait..wait! Atau, mungkin memang mereka sebenarnya rasa aku sesuai untuk menjadi model yang debab, instead of those marvellous-bodylicious model?

Oh, my..memang rasa diperli-keji!

Credits

Saturday, August 21, 2010

Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know

I would say..no one!

Yerp! Every single person that I met along this road through life, would have affected me in different ways. Be it good or bad. You know them. You love them. You got hurt. You hate them. Well I guess, it's just part of growing up and knowing them has taught me many thing about this life. Never thought to let go any of them.

People, they're just like petals. Completes a flowery-you.