Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Ini bukan game tagged kat FB

Rupanya esok due untuk tagged contest by Nurul. Semena aku tengah takde kerja ni, layan contest jap la. Dah lama rasa tak join contest.

Alkisahnya.

Hadiah?
Personal calendar 2011. Menarik!

Camana nak join? 
1) Jadi follower untuk 2 blog nih..mamaaerish ngan mamaaerishtwo
2) Buat entry dengan banner kat atas nun. Pastu jangan lupa letak banner kat sidebar. Lagi pesan pihak penaja, link back banner pada entry ini
3) Post 2 gambar yang paling best korang ada plus special date korang. Untuk aku, amatlah payah nak pilih 2 jek gambar. Tapi, aku akur jek la kehendak pihak penaja. Hehe.

Anniversary : 29th May

Birthday of Ammar Zafran : 10th November
Birthday aku : 22th October
Birthday Bb : 8th March

Senang je kan? So apa lagi. Meh la join. Dateline esok ye kawan2. ESOK (23/12/2010)! Hadiah pun untuk 10 orang jek. Cepat2 booking nama jadik pemenang! Hehe..

p/s: Tuan tanah, pilih la saya ek! =)

Saturday, April 24, 2010

Edisi bersawang : Tahniah berganda empat!!!!

Tahniah satu!

Untuk kak ipaq yang selamat melahirkan baby boy..Muhammad Emir Rifai'e on April 9th, 2010 arituh. Nasib baik kak ipaq ai tak ikut cadangan name yang Bb bagik..Damien Jumaat..haha! Alasan beliau bagik name macam tuh? 1) Nak bagik same ngan Damia + 2) Sebab lahir hari Jumaat..Bole plak macam tuh kan..hehe..

Baby pagi morning..0546am..2nd baby made in Sabah by kak ipaq ai..hehe.. Dengaq baby kuaq 4kg..mak aih! Terkejut jugak..xdapat nak bayang betape sedapnyer Emir untuk digomoi oleh Makndak die nanti..tp biler witness sendirik..alahai..comey jek rupenyer baby kachak nih..hehe..kachak tak kachak..lu pikir la sendirik! =)

Isn't he adorable? Uuuuuu,,makndak tak sabaq nak jumpak minggu depan! =)

Tahniah dua!!

Untuk Nurul dearie yang selamat melahirkan Nur Maisarah on April 20th, 2010 kat Spital Serdang..Jugak baby pagi morning 0605am..Alhamdulillah! Bundle of joy mereka sudah tiba..hehe! Happy for you babe! Tapik yang sedeynyer..auntie ini tidak berkesempatan nak berjumpa 2 beranak itu sebelum mereka heading back to Ganu. Terpakse la auntie ini KIV visit korang nanti ek! Will do..as soon as mereka balik ke Puchong semula (sebulan jugak la nak tunggu tuh!)

**Gambaq tak dapat nak tepek sebab mama die pon blum tepek dalam blog. So tak dapek nak cilok!**

Tahniah tiga!!!

Untuk Amli & Fifah yang selamat melahirkan baby girl on April 19th, 2010..Nama :  unknown..Weight : unknown..Place of born : Pusrawi KL..hehe..banyak yang unknown nih..bukan ape..blum sempat nak folo up..nanti nak kene plan Hari Melawat Baby Kawan² Sedonia..haha!


**Update:**
Nama : Baby Alya.. =) sebijik muke papa die!

Tahniah empat!!!!

Untuk diri sendirik! =) Alhamdulillah..Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui..akhirnya tiba turn kami hubby & wifey pulak untuk merasa teruja untuk jadi ibu & ayah..hehe


Sekian dulu setakat ini. Nanti ai sambung citer yek. Masih berase takjub dengan kehebatan keajaiban yang Allah kurniakan. Chewaah! Alhamdulillah..

Friday, April 2, 2010

Dear Nurul..


Thursday, January 21, 2010

Aku mungkin trauma jugak kalu ada bersama mereka

Baru terbaca kisah Gigin dari blog Shibi kejap tadi

Sepatutnya aku bersama mereka konvoi ke wedding Paku & Syasya kat Sg Besar. Tapi aku kena pergi menunaikan kewajipan kepada diri sendiri (medical appointment). Sudahnya, tak jadi la aku join mereka. Kalu tak, mesti aku jugak akan trauma bila situasi berlaku pada kawan sendiri. Dan jika aku jadi Gigin, aku pasti susah jugak untuk recover bila dok terbayang siang malam.

Tapi, aku harap Gigin kuat. Tidak menyalahkan diri sendiri atas kejadian yang berlaku sebab semua adalah ketentuan Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin sebagai pengajaran, bukan untuk Gigin, bukan untuk keluarga arwah makcik..pengajaran untuk kita semua. Ada sebabnya kenapa peraturan tu dibuat. Tapi, bila dah sampai ajal, siapalah kita untuk menghalang nahas daripada berlaku. Buat Gigin, be strong, babe! 

Pesanan sampingan, untuk Paku & Syasya..welcome to the club! Wishing you a wonderfully happy marriage. Moga jodoh berkekalan. Amin..

Pesanan sampingan berganda, ada sesapa tawu cerita apa di sebalik crowd dekat loji tepi highway DUKE semalam? Aku tengok ramai gila orang dok kerumun dekat loji tu time aku on the way balik kerja semalam (jammed la kejap highway DUKE tuh dalam 500 meter sebab drivers slowed down..aku ingat ada roadblock..ceish! Tapi aku saspek accident tapi takkan accident kereta tu terpelanting masuk dalam loji kot? Or maybe ada cubaan bunuh diri terjun dalam loji? Or maybe ada kejadian lemas dekat loji? Or..ntah!) 


Friday, January 1, 2010

Esok, 2010

Bila tiba tahun baru..mesti orang akan sibuk buat azam tahun baru buat tak buat, itu belakang kira! Janji ada azam baru setiap kali tahun baru..haha!
Azam yang aku berazam?
Hurmm..jap nak pikir!
Ada jugak la sebenarnya aku buat azam baru tapi aku tak ingat bilakah kali terakhir itu..haha! keji!
Kadang² bila dan tengah tahun aku rasa macam tak boleh nak capai azam yang aku list kan sebelum tuh, aku akan ganti dengan azam lain yang aku rasa aku bole tunaikankeji berganda! Ada ke patut azam boleh tukar²!
Some sort of reviewing di pertengahan tahun la
Macam yang orang gomen dok buat review LNPT tu
Sebab selalunya, aku ni liat sikit nak menunaikan azam yang aku dah berazam tuh..aci ke?

Tapi bukanlah habis semua azam aku tuh aku ganti dengan list yang baru
Ada jugak la yang tercapai..boleh kata kebanyakannya la
Aku ganti dengan azam yang lain pun sebab aku nak nampak cool bila aku boleh accomplish semua azam yang aku list keji berganda²! Ini macam punya manusia pun ada..haha! dan boleh show-off dalam blog sebab azam yang aku berazam dah tertunai dengan jayanya! Haha!

Tapi tahun baru 2010 ni, aku rasa nak betul² berazam untuk menunaikan azam yang aku listkan nanti kantoi tunggu masuk tahun baru, baru nak listkan azam untuk diazamkan

Mari cuba 10 perkara bersempena 2010

1) Nak cuba turun 10kg bersempena dengan 2010 supaya boleh menjadi lebih sihat & berasa lebih seksi dengan diri sendiri seksi ke? bila body mengancam macam Beyonce 

Azam yang ni memang payah betul nak tertunai..dari dulu sampai sekarang! Ada badi kot..huhu



2) Bila berat dah turun, mungkin lebih senang untuk mengandung. Maka, berazam untuk me'mengandung'kan diri..hehe..



Awas kalian yang asyik tanya aku dah mengandung ke belum! Lepas ni bila aku dah mengandung, aku boleh senyapkan mulut korang yang tak pernah penat bertanya soalan yang sama Duh!~ Tolong tanya soalan yang lain boleh tak? Irritating okek!

3) Nak beli rumah! Yer, our own home sweet home. Yang ni sebenarnya azam sebelum kahwin, tapi nampaknya lepas kahwin la baru tertunai.

Jeles gila bila tengok kawan² boleh berjimba di rumah milik sendiri. Dah tak payah rasa bersalah nak bayar sewa tiap² bulan which the money goes to the owner. Kalau beli rumah, dah sah² bayar bulan² tuh and in the end rumah tu jadi milik sendiri kan!

4) Dah kata nak beli rumah, pastu nak mengandung lagi, haruslah aku meningkatkan jumlah tabungan setiap bulan. Hohohoh! Nampak gaya kena buat calculation balik lebihan wang belanja untuk menyopping. Silap² gaya, theraphy nan satu ni kena catu. Huhu! Tapi untuk masa depan, akur!

5) Menunaikan hutang honeybulan yang tertangguh. Baru sempat pegi pre-honeybulan jek..Huhu! Orang lain pegi honeybulan time inai masih merah di jari. Kitorang? Demn yuh H1N1! Takpe, pasti nanti aku akan topup inai tu time nak pegi honeybulan. Baru la feel macam pengantin baru kahwin. Haha!

Sila layankan aje pengantin berumur 7 bulan 2 hari ni sebab dia masih mood berpengantin tak habis²..ntah bila baru nak habis!

6) Nak buat part-time bisnes. Bisnes apa? Tunggguuuuuuuuuuuuuuuu! Hehe..

7) Nak beli laptop baru. Tapi, kan nak meningkatkan jumlah tabungan. Camana nak beli laptop baru nih. Bb, could you please........(sila isikan tempat kosong) *wink* Harap² menjadi la azam nak buat part-time tu. Dapatlah jugak cari income lebih. Bukan setakat laptop baru, theraphy pon takyah catu²! Hehe!

8) Nak lebih beramasmesra dengan Cik Tujoh. Sian dia! Lama 'kesepian'

9) Nak settle induksi & BTN cepat². Nanti cepat confirm. Cepat boleh amik P*TK. Cepat boleh naik pangkat. Cepat boleh jadik K*P. Wakakakakakakakkakak! angan² tanak kalah!

Last but not least..

10) Jadi yang lebih baik dari sebelumnya, dari semua segi; as a person, as a Muslim, as a wife, as a child, as a sister, as a friend, as an employee etc)

Tak ketinggalan as a blogger..hehe

Okek lah! Dah lengkap azam untuk diazamkan tahun depan esok jek kot! Kalau lepas ni korang terbaca aku buat list azam yang lain tu, anggap je la macam takde apa yang berlaku. Pedulikan je la..haha! InsyaAllah, moga aku dapat menunaikan semua azam tanpa rintangan. Haha!

So, untuk korang



Aku dah buat azam aku, korang bila pulak? ;P

Thursday, December 24, 2009

Dear all



To those who celebrate
We wish you a merry christmas!
 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Yer anak²..hari ni kiter blajar peribahasa Melayu
Bukan! Jangan pecaye! Tipu semate²..haha!
Adalah tidak bersesuaian haku menunjuk ajar Bahasa Melayu sedangkan bahasa sendiri pon berterabur berciciran

Ekceli entry nih akan genap sebulan krismas nanti..haha!
Matik la asek entry bersarang lelabah jek weh~
Maleh dowh nak hapdet sejurus kejadian
Kebetulan pulak time tuh mood nak 'berkorban-apa-saja' (read:raya haji)

Perihal kejadian : Tuntutan @ Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Putra Place
Nama penuntut : Empunya blog
Nama penentang : A*ir A*sia

Kronologi kejadian bermula biler haku booking tiket untuk family trip ke Padang back on Valentine's Day 2009

Total for 8 pax (KUL-PDG-KUL & PEN-KUL-PEN tix)
RM790 jugak la semua
Dah syok² berangan nak shopping sakan kat Padang semua, haku booking plak untuk ground package with a total of RM3680
Nak jadik cerita, aku bayor untuk ground package tuh on the 29/10/2009 dan ditakdirkan earthquake strokes Padang the day after, 30/10/2009.

Kalu korang nak tawu, haku nih bukan lah jenis yang rajin nak tengok berita sangat

Tambah plak time tuh haku masih ber'tv' lama yang siarannyer menyakitkan mater ngan gelombang²-ketidakjelasan-siaran
Mak call haku pagi tuh inform pasal earthquake tuh
Tokojut bewak den! Camno nih..ground package baru jek setel smalam
Mintak² la boleh refund!
Sepagi² morning..sesampai kat opis trus haku menyelam dengan encit Google pasal kejadian earthquake tuh
Memang 'kenyang' disajikan all the news pasal tuh from encit Google
Owh my! It happened to be hotel yang runtuh kat Padang tuh was the hotel yang kitorang arrange dengan travel agent..Ambacang Hotel..total lost!
Haku syukur sangat² semua nih jadik before kitorang ke sana
Kalu tak, tak dapat tergambar camana keadaan kitorang!
Start² jek business hours at 10 a.m. haku trus kontek dengan agent..


Haku : Assalamualaikum, selamat pagi! Agent..this is me..Bb & Ling, the one yang booking for Padang
Agent : Waalaikumsalam..owh yer, Bb & Ling
Haku : Agent..the earthquakes smalam..have you heard?
Agent : Yer..I know. I pun terkejut!
Haku : So how? Is there any possibility that I may get refunded?
Agent : Of cos. Do not worry. It can be fully refunded (I repeat..FULLY-REFUNDED okek!). Actually kitorang pon risau keselamatan customer. Yeah, maybe the date is a month from now. But we'll refund you accordingly. Plus, we haven't wired the booking payment to our local agent there.
Haku : Ye ke? Alhamdulillah..now I'm relieved
Agent : I dah try contact the local agent there but couldn't get thru. Maybe ade line interruption
Haku : Oic. So now, dah setel lah. Hope that you can give me a written note saying that I will get full-refund for this, will ya?
Agent : Yeah, sure. Will do.
Haku : Thanks a lot.
Agent : Welcome..


LEGA!!! 

Can you imagine how much have I paid for that?
And Alhamdulillah syukur sangat² the agent would refund..FULLY..to me.
And now, getting refund for the air tix plak.
Kalu tak dapat refund, at least bole dapat penalty-free-route-change

Lalu..on the 12/10/2009, kitorang pon serbu la LCCT
Senang cakap face2face sebab sebelum² tuh diorang buat layan tak layan jek biler call customer careline (care la sangat kan!!) 
Dengan harapan menggunung kitorang dapat la refund tuh tapik..HAMPA!
Haih..tak boleh jadik nih!
Direject mentah²..serius tercabar!
Atas nasihat seorang uncle, maka kitorang telah memfailkan tuntutan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)




Makanya, dengan rasmi hearing will be held on the 25/11/2009 (esoknyer nak raya u'olls!)


Dengar jek ade hearing..kat MAHKAMAH tribunal..haku jadik cuak..gulp!
Mak maner pnah naik turun MAHKAMAH nok!
Makanyer dengan hati berdebar² ditemankan opismate, masuk ke kamar perbicaran (chewahhh!)
Ler..begitukah rupenyer..idokla haku cuak lagik!
Namenyer gah..MAHKAMAH..tapik serupe bilik tutorial kt uni dulu jek..hehe
Dok menunggu la dari 1030 a.m last² turn haku last skalik..ceit!
Kul 12 lebih gak la baru aku nyer turn..but worth waiting sebab bole gak la dengar kes² orang lain dulu untuk dijadikan panduan
Dari kes gores dan menang (kes biase kat mahkamah tribunal nih..Presiden sempat menyatakan rase kesal sebab it keeps happening over and over again), kes tukar enjin kete, kes jiran tak puas hati sesama jiran sebab kes renovate rumah, kes beli perabot, kes salun rambut, kes maid-agent..macam²..tak ketinggalan kes haku nih..

Tettibet..baru nak start hearing..presiden tanya A*A punyer rep 

Presiden : Pihak penentang tadek fail ape² ke atas tuntutan nih?
A*A rep :  Ade, dah bagi tadik
Presiden : Ye ke? Sayer tak bace pon? sambil assistant die hulor fail
A*A rep : Err..sayer baru bagi tadi
Presiden : Owh lambat, habis tuh dah bagi ke pada penuntut 1 copy?
A*A rep : Dah, baru tadi
Presiden : Kenape baru nak bagi? Sepatutnyer u bagi dulu before this hearing, so sempatlah penuntut go thru dulu 
...Silence... 
A*A rep : Ekceli, our management ader proposal untuk penuntut
Presiden : Owh, habis tuh dah discuss ngan penuntut ke?
A*A rep : Belum lagi
Presiden : Hurm..okek la..kiter tangguh dulu. Sambung selepas 1/2 jam. So u boleh la discuss dulu pasal proposal tuh. And let me go thru your file first. And lepas tuh, kalu penuntut setuju, kiter bole buat mutual agreement

Lalu A*A rep tuh pon discuss la ngan haku pasal their concern and her management's proposal. And I said "That's exactly what I was asking when I came to see your officer at LCCT but they strictly say no to me!"

She did explained why this, and why's that 

After a short discussion then I've finally agree to the proposal
Lalu, Presiden declared mutual agreement to the proposal; a credit shell created for me for all the amount claimed (excluding flight tix for PEN-KUL-PEN) and must be used within a period of 3 months after it was created.

LEGA berganda!!! 

It's quite okek for me tho'..better than nothing! It's worth fighting for than redha & pasrah jek dengan aper yang berlaku..

P/s : So kengkawan, moral of the story is never fear to fight for our right. Kalu korang ader any claim yang berkaitan dengan ini jangan malu jangan segan. Korang boleh refer to the website for more sample of cases. Bole jugak mintak tolong kat Encit Google carikkan lain² cases published kat blogs..sebab haku pon buat begituh! At least we try. Menang tak menang..itu blakang kire!

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?

Friday, November 20, 2009

100% BOAR!



Dapat email nih kejap tadik..hoh..horror!

saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN
masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN
SHIN
ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN
I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL
However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush
Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.
The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL
Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam i TERTIPU and i rasa AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN
Thanks for reading and please inform others

Cukup la pengalaman beli pig-skin pump from VISS dulu
Jenuh carik tanah nak samak bebarang haku selama maner yang ntah haku pon dah lupe baper lamer haku dok sarung pump tuh..huhuuhuhuhuh~

Kenyang perut, senang hati

Ice blended perisa kiwi + cendawan goreng = kenyang! (read : senang hati)

Hurm..camaner yek mawu buat cendawan goreng yang enak itu..

Sebelum nih haku ader buat jugak gune tepung ala² KFC tuh..tapik tak jadik pung!~

Sesaper ader resipi lain?

Saturday, November 7, 2009

"2009 Year End Contest"

Love for the loveydoveytales =)
Hope it's my luck this time~


"How many love did you see in the picture as below?"

Answer : Total of 37 love

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Step 1 : Write a blog post, With this Title ''2009 Year End Contest''.You are welcome to write in Bahasa Malaysia as well. Answer this Question in your blog post. ''How many love did you see in the picture as below?'' CHECK!

Step 2 : Enter your name, email and post your link to this contest in my comment box. CHECK!

Step 3 : Sign up as follower in this blog. CHECK!

Step 4 : Copy and paste my banner code.Display it on your blog sidebar. CHECK!

Step 5 : Lastly, Sticky post.This post will stay at the top of your blog until the end of the Contest. CHECK!

-The winner will choose by random pick and have followed all the rules as above. PICK ME! PICK ME!

-All the prize will post to the winners. I'M WAITING! =)


Wednesday, September 2, 2009

Edisi Bersawang : Zoo Negara

Tanggal 1 Agustus 2009

Bersempena World's Friendship Day, kekami merahDband berkeputusan membuat pertemuan di Zoo Negara..haha! Apakah?! Seswai la dengan tema..dah kater gathering skalik anak beranak..seswai untuk cikonet² yang turut serta..hehe..

Edisi kali ini..edisi penuh bergambar..sila layan..tanak layan kalu, sila klik tanda "X" di seblah kanan paling atas tuan² dan puan²..sekian..

Ceish! Sampai² jek disambut oleh mereka² yang kurang bermoral ini..ditonggeng² nyer ke arah kami..

Lambat macam kura²! Mawunyer tak lambat..besor weyh beliau nih..

Self explanatory =)

Aku ngan Adda cuak jugak kalau² rimau nih berenang merentas lautan keliling tempat berhibernasi beliau lalu melompat keluar dari pagar keliling yang ketinggian x lebih dari bahu tuh..huhu

Berkenangan dengan bangau²

Hohohoh..zirafah pon pandai dating weyh!

Kesian tak nengok muke beliau? Dah la time tuh die bunyik kuat tak hengat..ntah pemende la yang die laungkan..

Yang nih gedix santai..

Orang kerumun datang nak tengok depa, depa pi lawan tengok balik..haha!

And yang paling tak boleh blah...

kami posing kat sini..

..yang die nih posing kat seberang sinun..wakakakakakakkak! Sumpah aku gelak tak hengat biler tengok pic nih..haha!

Trying to reach out the sugar cane..(kene beli okek..tak bole bawak dari ladang Pak Tam!)

Kepuasan makan tebu sambil melibas² ekor..

Selitan pic Cik Adda puas di zoo..

Tak lupe si penulis blog..haha!

Cikonet yang digeram²kan oleh 2 perempuan di atas. Haha! Comey okek die nih..ader 1 pic dalam henpon yang buat die lagik adorable..ade mase nanti ku haplod..

Tak lamer pon kami melepak berliburan dekat zoo..tapik sangat puas atie. Lamer tak lepak² dengan mereka. Kali nih, korum pon dah bertambah..haha! Lain mase, kiter berliburan lagik!~

Thursday, July 9, 2009

Oh nooooo!

Diriku sudah disedari..haha! Pagi² sudah tergezutan sebaba diriku di'mention' jua. Itu lah..gatai nak letak diri jadik follower..haha! Nway, mekasut pada Mommy Qastalani yang telah meng'share-award'kan sayer dengan ini...(with a message..sayer mmg rajin membacer rather than commenting..hehe!)



Oleh yang demikian..sayer jugak berbesar atie untuk meng'share-award'kan dengan KALIAN jugak! Jemput²..sila²..tambah nasik! Tambah lauk! =)