Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 13, 2010

New year, with love Part 2

Dari kampung, kami ke Muar (rumah kak ipaq)
Lalu berjalan² pusing kota Melaka
Syiok wooo...lama gila dah plan nak pegi Melaka dengan maksud berjalan² laki bini
Akhirnya terlaksana sudah

Cadang mulanya, nak nonton Avatar 3D kat Dataran Pahlawan
Semangat la laki bini ni beratur panjang kat GSC
Alih²..

Adik kaunter GSC : Alamak bang, tiket tinggal seat depan je
Laki bini : Hah? Ye ke? Depan tuh row no. berapa dik?
Adik kaunter GSC : Depan sekali la bang
Laki bini : *Sigh*
Laki : Esok ada tak?
Adik kaunter GSC : Esok pun sama
*Takkan nak bayar RM17 semata² nak menyeksa tengkuk?*
Laki bini :  Huwaa, tak dapat lagi la nak tengok Avatar

Dak tadek rejeki tengok Avatar, sudahnya kami tengok sama sendiri jek..haha!
*tapi macam si bini jek banyak 'tengok' laki*

Si laki

Si laki lagi betul tak statement mula tadik? Haha! 

Melaka's must visit: 

1)  St. Paul Hill checked!
Ni tempat pertama kami tuju lepas kehampaan nak nonton Avatar 3D. Time tu pulak hari cerah, elok la nak mendaki ke atas nun. Amik gambar kat canon la, kat beca la nak naik macam tak sempat sebab nak kejar banyak tempat lagi nak pegi. Nanti nak kena repeat lagi trip ke Melaka ni..hehe
2)  A' Famosa fortress checked!

 
3)  The Stadhuy's checked!
Time ni tak amik gambar pun sebab ketiak dah banjir kilat. Taw nak cepat² berteduh je. 

4)  Melaka Sultanate Water Wheel checked!

  

Okek..panas! Sebab tu aku bertopi bagai. Itu pun beli on the spot kat kedai mana ntah. Tapi Encit suami tak puas hati sebab dia tak dapat beli topi sebab topi yang die nak tadek saiz sebab kepala besar sangat..wakakakakakakak! 

RM10 for 15 minutes. Apa tu? Fish Spa..haha..Kami tiba² adalah baik hati nak beramal jariah (read : memberi makan kepada ikan²). Ala, 15 minit jek, and we still got a day untuk berjalan²..
Ada sign "Silent please" tapi camana nak senyap kalu ikan² geletek kaki. Tu baru yang cikonet² jek saiznya. Kalau yang besar² tu, tak dapek la nak nolong! Haha.



Owh inai saya! Tinggal banyak tu jek..dah 7 bulan ++ kawen rupanya. Ingat baru semalam. Wakakakakakakakakkakak!
Cuba tengok muka Encit Suami yang  senyum ala² tahap paling ikhlas & menawan padahal dok menahan geli sebab ikan² dalam bekas tu adalah besar² tahap boleh buat goreng hidang kat orang..haha!

 

Dah puas meredah terik, kitorang dropped by la kat kedai² along sungai tuh, ntah apa ntah nama tempat tuh pon taktaw. Tapi yang syoknya sebab kedai² tu ada aircond..haha! Dan akhirnya, dapat jugak la Encit Suami beli topi dengan harga yang waayyyyyy much cheaper dari kedai² seantero. Tengok je la muka ke'puas'an dia tuh!

 

Tengok gambar beliau di bawah? Tu tengah berkira² nak beli menatang alah kat bawah tu sebenarnya. Nak buat hiasan dalam rumah katanya.

 
Tapi last², kitorang blah macam tu jek. Alasan? Brader yang jual kat kedai tu kereq nak mampus! Blah la brader. Lu ingat kitorang kebuloq sangat ka? Ptuihhhh! Aku cakap kat Encit Suami pasal sign "Do not touch" tu. Pastu ada ke patut dok membebel kat kitorang  "Kitorang sebenarnya bukanlah kedekut sangat tak bagi orang pegang. Tapi bila dah pegang², diorang pusing² takut nanti anak panah tu terlepas, kang ada pulak orang terkena" dengan nada yang sangat kereq. Seriously! And Encit Suami kata, that's the reason why dia terus blah je tak jadi nak beli kat kedai brader tu! See..bukan aku sorang yang rasa brader tu kereq! Huh! Kalu korang nampak brader perut boyot ni, sila pangkah awal²!



5)  Maritime Museum

Tak masuk pun sebab time tu hujan dah mula turun. Kitorang pun nak kena berlari² ke kereta sebab nak topup parking tiket silap tadi letak 3 keping je! Bongok! Huhu Lagipun, dari kejauhan tengok orang²an ramai menyesak. Lalu berkeputusan untuk meninggalkan ini dulu untuk lawatan kali ni. Lain kali, mungkin!

6)  Jonker's Walk

Tak jumpa! Wakakakakakakak..sebenarnya agak malas nak mencari di kehujanan. So, yang ni pun kitorang reserve untuk next visit!

7)  Dataran Pahlawan

Yang ni haruslah pergi kan. Tapi stop untuk bergambaran je. Ingatkan nak berguling² atas dataran belah petang tu, nak bergambaran..tapi kehujanan. Hampa! Ada pulak hot air baloon kat situ. Rm25 for 10 minutes. Semangat² nak naik, orang menyesak! So decide untuk pegi naik Menara Taming Sari je dulu. Alih² hujan. Makan cekelat angin je la..huhu


8)  Menara Taming Sari checked! 

Boleh la kalu setakat nak merasa naik menatang alah ni. 1 menda yang best, ada aircond! Wakakakakakakakkak..

   

9)  Eye On Malaysia checked! 

Berhasrat dari time EOM ni bertapak kat Titiwangsa lagi. Time tu nak naik, memang fullhouse manjang. Tapi at last, dapat jugak la naik kali ni. Time nak naik EOM ni, Cik Tujoh dah tadek tenaga dah. Flat out punya! So semua gambar bergamtung sepenuhnya pada Encit Jonet (read : E71 aku)




10) Melaka River - Venice of The East
Yang ni kitorang tak naik pun. Sebab pemandangan sebenarnya adalah cantik bila waktu malam sahaja. Kalu waktu siang, pemandangan adalah sampah! Tambah pulak dengan bau²an yang menusuk hidung..oh, adalah tidak lalu makan!

Berakhirlah sudah pengembaraan di kota Melaka for one-full-day. Malam tu bergegas ke Muar pulak sebab Kak Ipaq dah tunggu dengan asam pedas ikan pari. Hehe!

Harus repeat trip ni sebab banyak lagi tempat belum explore. So, berjumpa lagi di pengembaraan kota Melaka Part 2!

0hearty-hearts:

Post a Comment