Pagi:
Hangat dengan kasih sayang..chewaaaaahhh! Pegi kerja dengan semangat membara sebab Encit Suami prepare bekfes berupa 1 mug susu Anlene cekelat. Ya! Hanya susu, tapi kenyang sepanjang pagi sebab Encit Suami yang prepare..hehe! Alebiu la Bb!
Tengahari:
Hangat dengan orang tua kudut..sebab meeting sebelah pagi tu, orang tua kudut tu macam budak baru nak masuk sekolah tadika. Tensen gila! Ada hati nak jadi chairman tapi haram satu hapa pon tataw! Bila kita clarify, dia buat muka blur. Kepala hotak dia! Nasib baik hari Jumaat, lunch hour lama sikit. Boleh la nak dapat balik mood kerja.
Aiseh! Terlepas sudah pameran cekelat @ Midvalley..makan cekelat angin jek la jawabnya.
Petang:
Hangat dengan manusia tak bertamadun..balik kerja, sambil berlari² takut keterlewatan nak balik jumpa Encit Suami yang setia menanti dekat rumah. Alih² manusia vodo vangang svupid vilakak vavi telah mem'block' kereta aku. Stucked! Tak boleh buat no sweat challenge langsung! Dengan kemarahan aku bunyik hon kereta banyak² kali. No respon. Call Pae, mintak tolong buat announcement. Alih² mamat Ambang Wira tuh suruh owner kereta datang buat announcement sendiri. Argh! Berapi sudah! Dah la nak kena menapak pulak pergi tempat tuh nak buat announcement. Hon lagi berkali² sampaila aku terperasan sorang mamat tuh menjenguk. Aku saspek, mesti dia owner salah satu kereta tuh! Tapi dia buat vodo blah macam tu jek. Aku yang lagi bengang nih decide nak pegi buat announcement. On the way tuh, terserempak dengan mamat tadi tuh tengah turun tangga. Tapi dia jalan slow² jek. Memang kompem dia owner kereta KANCIL SILVER WHX 7094 lampu depan pecah sebelah kiri yang vodo vangang svupid vilakak vavi! Aku dah bajek dah mesti mamat tuh punya angkara. So aku stop, follow slow² blakang dia ke kereta. Dia nak alihkan kereta, dia ternampak aku. Cepat² dia alihkan pandangan. Aku dengan nada tahan marah "Encit, lain kali TOLONG tinggalkan no fon boleh tak kalu nak block kereta orang?" Mamat vavi tu dengan selamba buat² tak dengar. Dengan tadek sebutir perkataan "maaf" pon dari mulut dia. Sialan! Sepanjang perjalanan balik aku memaki hamun sorang² dalam kereta. Siap doa mamat tu eksiden tengah jalan! Tiba² aku terpikir, apsal la aku tak hambur jek maki²an aku kat mamat tu terus jek tadik? Haih..nasik sudah menjadi bubur. Maki berkandaq pon tak guna! Balik rumah mengadu kat Encit Suami pastu terkena lagi "Ala, Ling selalu macam tu. Depan² tanak marah. Kalu Bb la, memang abeh mamat tuh kena maki"
At one side, okek la tuh..aku berjaya mengawal amarah! Haha.
Hangat dengan kasih sayang berganda..bila balik rumah dalam keadaan berapi, tengok² Encit Suami dah prepare dinner. Owh shwweeeettttt! *mode terawang² di angkasaraya*
As simple as it is. Tapi cukup lah untuk hati si isteri ni kembang setaman. Kebetulan sebelum balik tu, sembang dengan Pae.
Pae: Ntah² balik..dah siap masak
Aku : BERTUAHHHH! Haha..pandai cakap je masak macam ni, macam tu..tapi haprak!
*Sambil bergelak berdua*
Balik² tengok semua jadi kenyataan. Haha! Padan muka aku. Tak pasal² dapat dosa kering. Tapi takpe, balik rumah tu dah mintak maaf siap dah kat Encit Suami..haha! Alebiu more la Bb!
Malam:
Hangat dengan Apiz..tunggu 2 jam tak sampai². Katanya nak tumpang balik Pekan sama² sebab kenduri Kerol. Bengang gila. Sebab lain aku bengang, dah book tiket nak nonton Avatar 3D kat East Coast Mall, Kuantan. Nasib baik sempat sampai sebelum booking release. Akhirnya, jadi saksi ke'best'an Avatar 3D! even tho ada jugak effect part² dalam movie tu macam tak jadi Puas hati bayar tiket mahal pun. Berbaloi²!
So, hangat dengan Avatar 3D malam tu pulak. Balik dengan puas hati, sampai rumah kul 0300am. Bongkang sampai pagi!
Sekian, hari Jumaat saya yang hangat.
0hearty-hearts:
Post a Comment
Post a Comment