Bila tiba tahun baru..mesti orang akan sibuk buat azam tahun baru buat tak buat, itu belakang kira! Janji ada azam baru setiap kali tahun baru..haha!
Azam yang aku berazam?
Hurmm..jap nak pikir!
Ada jugak la sebenarnya aku buat azam baru tapi aku tak ingat bilakah kali terakhir itu..haha! keji!
Kadang² bila dan tengah tahun aku rasa macam tak boleh nak capai azam yang aku list kan sebelum tuh, aku akan ganti dengan azam lain yang aku rasa aku bole tunaikankeji berganda! Ada ke patut azam boleh tukar²!
Some sort of reviewing di pertengahan tahun la
Macam yang orang gomen dok buat review LNPT tu
Sebab selalunya, aku ni liat sikit nak menunaikan azam yang aku dah berazam tuh..aci ke?
Tapi bukanlah habis semua azam aku tuh aku ganti dengan list yang baru
Ada jugak la yang tercapai..boleh kata kebanyakannya la
Aku ganti dengan azam yang lain pun sebab aku nak nampak cool bila aku boleh accomplish semua azam yang aku list keji berganda²! Ini macam punya manusia pun ada..haha! dan boleh show-off dalam blog sebab azam yang aku berazam dah tertunai dengan jayanya! Haha!
Tapi tahun baru 2010 ni, aku rasa nak betul² berazam untuk menunaikan azam yang aku listkan nanti kantoi tunggu masuk tahun baru, baru nak listkan azam untuk diazamkan
Mari cuba 10 perkara bersempena 2010
1) Nak cuba turun 10kg bersempena dengan 2010 supaya boleh menjadi lebih sihat & berasa lebih seksi dengan diri sendiri seksi ke? bila body mengancam macam Beyonce
Azam yang ni memang payah betul nak tertunai..dari dulu sampai sekarang! Ada badi kot..huhu
2) Bila berat dah turun, mungkin lebih senang untuk mengandung. Maka, berazam untuk me'mengandung'kan diri..hehe..
Awas kalian yang asyik tanya aku dah mengandung ke belum! Lepas ni bila aku dah mengandung, aku boleh senyapkan mulut korang yang tak pernah penat bertanya soalan yang sama Duh!~ Tolong tanya soalan yang lain boleh tak? Irritating okek!
3) Nak beli rumah! Yer, our own home sweet home. Yang ni sebenarnya azam sebelum kahwin, tapi nampaknya lepas kahwin la baru tertunai.
Jeles gila bila tengok kawan² boleh berjimba di rumah milik sendiri. Dah tak payah rasa bersalah nak bayar sewa tiap² bulan which the money goes to the owner. Kalau beli rumah, dah sah² bayar bulan² tuh and in the end rumah tu jadi milik sendiri kan!
4) Dah kata nak beli rumah, pastu nak mengandung lagi, haruslah aku meningkatkan jumlah tabungan setiap bulan. Hohohoh! Nampak gaya kena buat calculation balik lebihan wang belanja untuk menyopping. Silap² gaya, theraphy nan satu ni kena catu. Huhu! Tapi untuk masa depan, akur!
5) Menunaikan hutang honeybulan yang tertangguh. Baru sempat pegi pre-honeybulan jek..Huhu! Orang lain pegi honeybulan time inai masih merah di jari. Kitorang? Demn yuh H1N1! Takpe, pasti nanti aku akan topup inai tu time nak pegi honeybulan. Baru la feel macam pengantin baru kahwin. Haha!
Sila layankan aje pengantin berumur 7 bulan 2 hari ni sebab dia masih mood berpengantin tak habis²..ntah bila baru nak habis!
6) Nak buat part-time bisnes. Bisnes apa? Tunggguuuuuuuuuuuuuuuu! Hehe..
7) Nak beli laptop baru. Tapi, kan nak meningkatkan jumlah tabungan. Camana nak beli laptop baru nih. Bb, could you please........(sila isikan tempat kosong) *wink* Harap² menjadi la azam nak buat part-time tu. Dapatlah jugak cari income lebih. Bukan setakat laptop baru, theraphy pon takyah catu²! Hehe!
8) Nak lebih beramasmesra dengan Cik Tujoh. Sian dia! Lama 'kesepian'
9) Nak settle induksi & BTN cepat². Nanti cepat confirm. Cepat boleh amik P*TK. Cepat boleh naik pangkat. Cepat boleh jadik K*P. Wakakakakakakakkakak! angan² tanak kalah!
Last but not least..
10) Jadi yang lebih baik dari sebelumnya, dari semua segi; as a person, as a Muslim, as a wife, as a child, as a sister, as a friend, as an employee etc)
Tak ketinggalan as a blogger..hehe
Okek lah! Dah lengkap azam untuk diazamkan tahun depan esok jek kot! Kalau lepas ni korang terbaca aku buat list azam yang lain tu, anggap je la macam takde apa yang berlaku. Pedulikan je la..haha! InsyaAllah, moga aku dapat menunaikan semua azam tanpa rintangan. Haha!
So, untuk korang
eija..kita bekongsi azam no 1 & 2 itueww~~hehe..arap2 2010 tercapai laa ek..happy new year babe :)
ReplyDeletehaha..yerp!moge2 selamat mencapai azam 1 & 2.. =)
ReplyDelete@~yaya~
ReplyDeletetesting