Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 29, 2010

Leaving on a jet plane

Chewah! Macam la nak pegi ke mana jek kan? ;P Biasa la..rutin bulanan, ke mana lagi kalu bukan "terbang" ke sisi Encit Suami. Boleh main kawen² sempena monthlyversary Haha! Matik la ayat sukak suki hati ke-8 nanti. Wakakakakkakakak!



So, I'll be away until Monday. Yeay! Orang² yang bukan bekerja dalam kawasan Wilayah, sila jeles! Kitorang dapat cuti Hari Wilayah weyyyy! Korang ada ke? Haha..

Harap pulang dengan semangat baru. Lebih tegar mem'blogging'. 

Nota kakitangan : Entry ni memang tadek motif. Saja, tiba² rasa nak menulis..

Hallamak! Baru pukul 10.12 pagi..petang, cepatlah tiba!

Thursday, January 21, 2010

Apa dah jadi dengan shoutmix chat widget aku??



Aku tensen betul..takkan shoutmix chat widget pon B*TM bongok nak block kot? Aku tengok kat page orang lain macam okek jek. Aku malas la nak tukar pegi chat widget yang lain. Tapi macam tak syiok bila bukak blog, ada iPrism display melekat dekat situ. Berbulu je mata aku nih..dah la mukabuku pon kena block! Pastu banyak lagi la webpage lain yang kena block..tapi diorang yang kat atas nun bukan main berjimba sebab diorang dapat akses..hoih..tensen berganda²!!

Hurm..maka tak dapat la aku aware/reply kalu ada orang tinggalkan pesan dalam shoutmix tuh sebab line kat opis dah blocked, pastu Wiggy aku dah pass pada Encit Suami

Binawe!

Pesanan sampingan..apa chat widget canggih manggih yang syiok ek? So that aku boleh ganti shoutmix aku tuh!

Beauty has a price

Okek, aku setuju!

First step untuk mencapai 1 daripada 10..resume aerobic classes (yang aku dah tinggalkan almost half a year) Checked!

Bahananya, aku jalan terkengkang² macam kongkang memandai je bagi kongkang sebagai persamaan pagi ni.


 Korang tak rasa ke kongkang ni comel?

Paling perit time nak bangun dari kerusi. Pergh! Macam twist peha ayam rasanya. Badan tak boleh nak straight terus lepas bangun..it takes 10-15 seconds. Tu belum kira time nak turun tangga lagi. Hazab!!!!!

Haha! Padan la dengan muka kan..sapa suruh berenti lama join aktiviti menyihatkan. Tapi aku nekad, nak resume balik aktiviti² sihat. Nak survey lubang² join sukan (netball to be exact sebab aku sangat suka netball!). Nak giat join aerobic classes. Nak mula suka dengan gym equipment (aku tak suka pergi gym sebab aku mudah bosan sebenarnya. Tapi nak tanak, aku kena jugak SUKA!). Jangan semua jadi hangat² ayam sh*t sudah. Haha! 

Kawan², kalu nampak aku lupa diri..sila ketuk kepala aku! ;P

Aku mungkin trauma jugak kalu ada bersama mereka

Baru terbaca kisah Gigin dari blog Shibi kejap tadi

Sepatutnya aku bersama mereka konvoi ke wedding Paku & Syasya kat Sg Besar. Tapi aku kena pergi menunaikan kewajipan kepada diri sendiri (medical appointment). Sudahnya, tak jadi la aku join mereka. Kalu tak, mesti aku jugak akan trauma bila situasi berlaku pada kawan sendiri. Dan jika aku jadi Gigin, aku pasti susah jugak untuk recover bila dok terbayang siang malam.

Tapi, aku harap Gigin kuat. Tidak menyalahkan diri sendiri atas kejadian yang berlaku sebab semua adalah ketentuan Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin sebagai pengajaran, bukan untuk Gigin, bukan untuk keluarga arwah makcik..pengajaran untuk kita semua. Ada sebabnya kenapa peraturan tu dibuat. Tapi, bila dah sampai ajal, siapalah kita untuk menghalang nahas daripada berlaku. Buat Gigin, be strong, babe! 

Pesanan sampingan, untuk Paku & Syasya..welcome to the club! Wishing you a wonderfully happy marriage. Moga jodoh berkekalan. Amin..

Pesanan sampingan berganda, ada sesapa tawu cerita apa di sebalik crowd dekat loji tepi highway DUKE semalam? Aku tengok ramai gila orang dok kerumun dekat loji tu time aku on the way balik kerja semalam (jammed la kejap highway DUKE tuh dalam 500 meter sebab drivers slowed down..aku ingat ada roadblock..ceish! Tapi aku saspek accident tapi takkan accident kereta tu terpelanting masuk dalam loji kot? Or maybe ada cubaan bunuh diri terjun dalam loji? Or maybe ada kejadian lemas dekat loji? Or..ntah!) 


Wednesday, January 20, 2010

Mana lagi baik?

Jadi kawan yang pasti ada untuk mengisi waktu lapang?

Atau..jadi kawan yang pasti ada untuk menemani di kala air mata bergenang?

Sempurna untuk menjadi keduanya

Tapi kadang kala menjadi satu adalah lebih baik dari menjadi yang selainnya


For my dear friends,
       I fear that I might not be there for you..every time
       But I hope I can be there at the right time

Monday, January 18, 2010

Bila tak direstui

Kalau korang nak tanya pasal menda ni..jawapannya,
Ya, aku pergi (dengan 5 rakan² gigih yang lain)
Unplanned..I would say
Ye la, cadangnya nak keluar makan, alih² driver kitorang suggested untuk ke sana
Perut yang lapar dah tak rasa lapar dah dek hati berbunga riang..haha!
Hajat di hati nak la sebat barang sepasang dua
Tapi, hampa!
Semua design yang aku nak, semua tadek
Tinggal la design yang korok² yang mana aku rasa not worth to buy
Mana tak nya, kitorang sampai je kat sana dah kul 1 lebih..melepas!!

Sudahnya, perut tiba² terus rasa lapar..lapar tak ingat punya!
Mengubat lara di hati sebab tak dapat sebat Clarks kitorang pun pegi la makan kat Tugu Cafe
Udah la order sampai lambat..di mark-up plak harga tak serupa menu
Haih, malas nak bising²..kalau fail claim kat TTPM, kompem kena punya!

Balik opis, terpikir sat..ni petunjuk Encit Suami sebenarnya tak restu nak pergi perabih duit ke? Owh..yew sabotaj ai senyap² yek, Bb?!

Saturday, January 16, 2010

Asal Jumaat jek..

..mesti hati jadi semacam

Semacam malas kerja! bukan SEmacam, bermacam² dah rasanya! Haha..



Friday, January 15, 2010

Only for 2 days!!!

Hurm..it's starting today

Nak pergi ke taknak?


p/s : Haha! Menda macam ni pun boleh nak dilema!

Thursday, January 14, 2010

25 tanda-tanda sakit


Orang kata, sharing is caring! Memandangkan hari ni mood berkasih sayang, mari kita berkongsi..hehe!


Informasi ini berguna untuk panduan anda semua. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :- 

1. MATA(Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
i). Batuk keluar kahak
: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering
: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

tapi kalau gatal kat kerongkong sampai rasa macam nak sental dengan berus dawai..tu apa kes pulak eh?

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

Ada jugak kes husband member aku, gusi bengkak sebab nak tumbuh gigi..wakakakak..mengekek aku gelak. Sebab proses tu biasanya untuk budak² nak membesar..tapi ni orang tua yang dah besar pun kena! ;P
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA(Berkaitan dengan buah pinggang)
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT(Berpeluh)
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
 
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
 
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
 
11. KULIT PECAH DAN BERAIR Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

Alamak! Menda ni biasa jugak jadi kat aku..apakah benar buah pinggangku lemah? Huhu..

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

Err..kalau sakit tumit kaki sebab seharian pusing Midvalley pakai kasut tumit tinggi?
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN 
a) Kepala : Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala  

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) Loya / Muntah
: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

Penyakit 'buatan orang' (read : ke'mengandung'an) jugak adalah mungkin kan? ;P
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
 
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) Kerap Kencing
: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang perlu dilepaskan
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar
 : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.

Ntah² sememangnya orang tuh adalah seorang yang gemuk dan pemalas tak? Hohohohohoh..
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

Haiya...seronok tiba² pon masalah jugak!
 
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah


Sekian sudah waktu berkasih sayang petang ini. Berjumpa lagi di waktu yang lain!
 

Puan empunya blog, sila minum air panas!

Dapat email ni dari Mak..and feels like sharing



Kepada sesiapa yang suka minum ais, artikel ini sesuai untuk anda baca. 

Sememangnya sedap minum air berais selepas makan. Walaubagaimanapun, ais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin GEMUK padan la payah benar aku nak kurus.tapi Alhamdulillah sekarang aku dah cuba untuk tidak minum air berais. Tapi haritu masa kenduri, aku dah minum separuh jag air bandung berais..aaaaaaaa..pitam! dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai penyakit. 

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air panas/suam selepas makan. 

: Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG :


Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..  

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup. Baca ini..ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!
Ya, saya sayang kamu semua! Maka tolonglah saya untuk menyayangi orang lain juga. Marilah kita saling sayang-menyayangi..hehe
 

Wednesday, January 13, 2010

New year, with love Part 2(a)

Haha..boleh pulak la kan ada (a) pulak kat title entry ni
Bukan apa, sebenarnya it's part of cerita ceriti dalam Part 2, tapi boleh pulak ketinggalan cerita hangat ni hangat la sangat kan! Haha


Siapa yang bersalah?????



Perihal kejadian : 
Bawah pokok dekat area tandas sebelah Menara Taming Sari. Lebih kurang jam 8.00 malam. Didapati 2 ekor menatang sedang melakukan onar tanpa segan silu dan mempedulikan orang ramai yang lalu lalang.

Dalang kejadian : 
Tidak diketahui tetapi Inspektor Gadget telah ditugaskan untuk menyiasat. Penemuan awal siasatan mendapati bahawa hanya 2 ekor menatang tersebut berkelakuan sedemikian rupa. Sanak sedara yang lain masih berkelakuan sopan.

Apa nak jawab ni kalu budak² kecik tanya kat mak bapak diorang? Haih..tanda² dunia akhir zaman..membuat onar tanpa segan silu!

Selingan:
Aksi Inspektor Gadget melakukan siasatan..haha!



Inspektor Gadget cuba mendapatkan maklumat dengan menggoda sanak sedara menatang tersebut
Owh, Encit Suami! Ai jeles taw yew nak kish orang lain..huh!

 
Isteri Inspektor Gadget yang berang lalu tumbuh tanduk resaksa

Sekian.

Jumaat yang hangat

Pagi:

Hangat dengan kasih sayang..chewaaaaahhh! Pegi kerja dengan semangat membara sebab Encit Suami prepare bekfes berupa 1 mug susu Anlene cekelat. Ya! Hanya susu, tapi kenyang sepanjang pagi sebab Encit Suami yang prepare..hehe! Alebiu la Bb!

Tengahari:

Hangat dengan orang tua kudut..sebab meeting sebelah pagi tu, orang tua kudut tu macam budak baru nak masuk sekolah tadika. Tensen gila! Ada hati nak jadi chairman tapi haram satu hapa pon tataw! Bila kita clarify, dia buat muka blur. Kepala hotak dia! Nasib baik hari Jumaat, lunch hour lama sikit. Boleh la nak dapat balik mood kerja.
Aiseh! Terlepas sudah pameran cekelat @ Midvalley..makan cekelat angin jek la jawabnya.

Petang:

Hangat dengan manusia tak bertamadun..balik kerja, sambil berlari² takut keterlewatan nak balik jumpa Encit Suami yang setia menanti dekat rumah. Alih² manusia vodo vangang svupid vilakak vavi telah mem'block' kereta aku. Stucked! Tak boleh buat no sweat challenge langsung! Dengan kemarahan aku bunyik hon kereta banyak² kali. No respon. Call Pae, mintak tolong buat announcement. Alih² mamat Ambang Wira tuh suruh owner kereta datang buat announcement sendiri. Argh! Berapi sudah! Dah la nak kena menapak pulak pergi tempat tuh nak buat announcement. Hon lagi berkali² sampaila aku terperasan sorang mamat tuh menjenguk. Aku saspek, mesti dia owner salah satu kereta tuh! Tapi dia buat vodo blah macam tu jek. Aku yang lagi bengang nih decide nak pegi buat announcement. On the way tuh, terserempak dengan mamat tadi tuh tengah turun tangga. Tapi dia jalan slow² jek. Memang kompem dia owner kereta KANCIL SILVER WHX 7094 lampu depan pecah sebelah kiri  yang vodo vangang svupid vilakak vavi! Aku dah bajek dah mesti mamat tuh punya angkara. So aku stop, follow slow² blakang dia ke kereta. Dia nak alihkan kereta, dia ternampak aku. Cepat² dia alihkan pandangan. Aku dengan nada tahan marah "Encit, lain kali TOLONG tinggalkan no fon boleh tak kalu nak block kereta orang?" Mamat vavi tu dengan selamba buat² tak dengar. Dengan tadek sebutir perkataan "maaf" pon dari mulut dia. Sialan! Sepanjang perjalanan balik aku memaki hamun sorang² dalam kereta. Siap doa mamat tu eksiden tengah jalan! Tiba² aku terpikir, apsal la aku tak hambur jek maki²an aku kat mamat tu terus jek tadik? Haih..nasik sudah menjadi bubur. Maki berkandaq pon tak guna! Balik rumah mengadu kat Encit Suami pastu terkena lagi "Ala, Ling selalu macam tu. Depan² tanak marah. Kalu Bb la, memang abeh mamat tuh kena maki"

At one side, okek la tuh..aku berjaya mengawal amarah! Haha.

Hangat dengan kasih sayang berganda..bila balik rumah dalam keadaan berapi, tengok² Encit Suami dah prepare dinner. Owh shwweeeettttt! *mode terawang² di angkasaraya*



As simple as it is. Tapi cukup lah untuk hati si isteri ni kembang setaman. Kebetulan sebelum balik tu, sembang dengan Pae.

Pae: Ntah² balik..dah siap masak
Aku : BERTUAHHHH! Haha..pandai cakap je masak macam ni, macam tu..tapi haprak!
*Sambil bergelak berdua*

Balik² tengok semua jadi kenyataan. Haha! Padan muka aku. Tak pasal² dapat dosa kering. Tapi takpe, balik rumah tu dah mintak maaf siap dah kat Encit Suami..haha! Alebiu more la Bb!

Malam:

Hangat dengan Apiz..tunggu 2 jam tak sampai². Katanya nak tumpang balik Pekan sama² sebab kenduri Kerol. Bengang gila. Sebab lain aku bengang, dah book tiket nak nonton Avatar 3D kat East Coast Mall, Kuantan. Nasib baik sempat sampai sebelum booking release. Akhirnya, jadi saksi ke'best'an Avatar 3D! even tho ada jugak effect part² dalam movie tu macam tak jadi Puas hati bayar tiket mahal pun. Berbaloi²!
So, hangat dengan Avatar 3D malam tu pulak. Balik dengan puas hati, sampai rumah kul 0300am. Bongkang sampai pagi!


Sekian, hari Jumaat saya yang hangat.

New year, with love Part 2

Dari kampung, kami ke Muar (rumah kak ipaq)
Lalu berjalan² pusing kota Melaka
Syiok wooo...lama gila dah plan nak pegi Melaka dengan maksud berjalan² laki bini
Akhirnya terlaksana sudah

Cadang mulanya, nak nonton Avatar 3D kat Dataran Pahlawan
Semangat la laki bini ni beratur panjang kat GSC
Alih²..

Adik kaunter GSC : Alamak bang, tiket tinggal seat depan je
Laki bini : Hah? Ye ke? Depan tuh row no. berapa dik?
Adik kaunter GSC : Depan sekali la bang
Laki bini : *Sigh*
Laki : Esok ada tak?
Adik kaunter GSC : Esok pun sama
*Takkan nak bayar RM17 semata² nak menyeksa tengkuk?*
Laki bini :  Huwaa, tak dapat lagi la nak tengok Avatar

Dak tadek rejeki tengok Avatar, sudahnya kami tengok sama sendiri jek..haha!
*tapi macam si bini jek banyak 'tengok' laki*

Si laki

Si laki lagi betul tak statement mula tadik? Haha! 

Melaka's must visit: 

1)  St. Paul Hill checked!
Ni tempat pertama kami tuju lepas kehampaan nak nonton Avatar 3D. Time tu pulak hari cerah, elok la nak mendaki ke atas nun. Amik gambar kat canon la, kat beca la nak naik macam tak sempat sebab nak kejar banyak tempat lagi nak pegi. Nanti nak kena repeat lagi trip ke Melaka ni..hehe
2)  A' Famosa fortress checked!

 
3)  The Stadhuy's checked!
Time ni tak amik gambar pun sebab ketiak dah banjir kilat. Taw nak cepat² berteduh je. 

4)  Melaka Sultanate Water Wheel checked!

  

Okek..panas! Sebab tu aku bertopi bagai. Itu pun beli on the spot kat kedai mana ntah. Tapi Encit suami tak puas hati sebab dia tak dapat beli topi sebab topi yang die nak tadek saiz sebab kepala besar sangat..wakakakakakakak! 

RM10 for 15 minutes. Apa tu? Fish Spa..haha..Kami tiba² adalah baik hati nak beramal jariah (read : memberi makan kepada ikan²). Ala, 15 minit jek, and we still got a day untuk berjalan²..
Ada sign "Silent please" tapi camana nak senyap kalu ikan² geletek kaki. Tu baru yang cikonet² jek saiznya. Kalau yang besar² tu, tak dapek la nak nolong! Haha.



Owh inai saya! Tinggal banyak tu jek..dah 7 bulan ++ kawen rupanya. Ingat baru semalam. Wakakakakakakakakkakak!
Cuba tengok muka Encit Suami yang  senyum ala² tahap paling ikhlas & menawan padahal dok menahan geli sebab ikan² dalam bekas tu adalah besar² tahap boleh buat goreng hidang kat orang..haha!

 

Dah puas meredah terik, kitorang dropped by la kat kedai² along sungai tuh, ntah apa ntah nama tempat tuh pon taktaw. Tapi yang syoknya sebab kedai² tu ada aircond..haha! Dan akhirnya, dapat jugak la Encit Suami beli topi dengan harga yang waayyyyyy much cheaper dari kedai² seantero. Tengok je la muka ke'puas'an dia tuh!

 

Tengok gambar beliau di bawah? Tu tengah berkira² nak beli menatang alah kat bawah tu sebenarnya. Nak buat hiasan dalam rumah katanya.

 
Tapi last², kitorang blah macam tu jek. Alasan? Brader yang jual kat kedai tu kereq nak mampus! Blah la brader. Lu ingat kitorang kebuloq sangat ka? Ptuihhhh! Aku cakap kat Encit Suami pasal sign "Do not touch" tu. Pastu ada ke patut dok membebel kat kitorang  "Kitorang sebenarnya bukanlah kedekut sangat tak bagi orang pegang. Tapi bila dah pegang², diorang pusing² takut nanti anak panah tu terlepas, kang ada pulak orang terkena" dengan nada yang sangat kereq. Seriously! And Encit Suami kata, that's the reason why dia terus blah je tak jadi nak beli kat kedai brader tu! See..bukan aku sorang yang rasa brader tu kereq! Huh! Kalu korang nampak brader perut boyot ni, sila pangkah awal²!



5)  Maritime Museum

Tak masuk pun sebab time tu hujan dah mula turun. Kitorang pun nak kena berlari² ke kereta sebab nak topup parking tiket silap tadi letak 3 keping je! Bongok! Huhu Lagipun, dari kejauhan tengok orang²an ramai menyesak. Lalu berkeputusan untuk meninggalkan ini dulu untuk lawatan kali ni. Lain kali, mungkin!

6)  Jonker's Walk

Tak jumpa! Wakakakakakakak..sebenarnya agak malas nak mencari di kehujanan. So, yang ni pun kitorang reserve untuk next visit!

7)  Dataran Pahlawan

Yang ni haruslah pergi kan. Tapi stop untuk bergambaran je. Ingatkan nak berguling² atas dataran belah petang tu, nak bergambaran..tapi kehujanan. Hampa! Ada pulak hot air baloon kat situ. Rm25 for 10 minutes. Semangat² nak naik, orang menyesak! So decide untuk pegi naik Menara Taming Sari je dulu. Alih² hujan. Makan cekelat angin je la..huhu


8)  Menara Taming Sari checked! 

Boleh la kalu setakat nak merasa naik menatang alah ni. 1 menda yang best, ada aircond! Wakakakakakakakkak..

   

9)  Eye On Malaysia checked! 

Berhasrat dari time EOM ni bertapak kat Titiwangsa lagi. Time tu nak naik, memang fullhouse manjang. Tapi at last, dapat jugak la naik kali ni. Time nak naik EOM ni, Cik Tujoh dah tadek tenaga dah. Flat out punya! So semua gambar bergamtung sepenuhnya pada Encit Jonet (read : E71 aku)




10) Melaka River - Venice of The East
Yang ni kitorang tak naik pun. Sebab pemandangan sebenarnya adalah cantik bila waktu malam sahaja. Kalu waktu siang, pemandangan adalah sampah! Tambah pulak dengan bau²an yang menusuk hidung..oh, adalah tidak lalu makan!

Berakhirlah sudah pengembaraan di kota Melaka for one-full-day. Malam tu bergegas ke Muar pulak sebab Kak Ipaq dah tunggu dengan asam pedas ikan pari. Hehe!

Harus repeat trip ni sebab banyak lagi tempat belum explore. So, berjumpa lagi di pengembaraan kota Melaka Part 2!

Wednesday, January 6, 2010

New year, with love Part 1

It's a good start bila menghabiskan permulaan tahun baru dengan orang² tersayang..kan?

Balik kampung, jumpa Mak, Abah & sedara mara yang lain
Seronok gila! Lama tak gather ramai² macam tu sebab dah lama tak balik pegi cuci rumah kat kampung
Lepas ni dah tadek kampung lagik sebab diorang nak develop area tu
So sementara masih sempat, bawak Encit Suami pegi melawat

We're gonna miss you, oh kampung!

Okek, sila abaikan muka laki bini ini kalau tak suka..haha! ada aku kisah?

Tuesday, January 5, 2010

Pagi yang gelap, tak semua terang

Oh my..

The very first day at school of 2010

The very first day at work of 2010 (especially untuk orang² sekapal dengan aku dalam arena perjawatan awam)

Aku tak tau apa pengalaman korang pagi ini

Tapi pengalaman aku, buat sesak kepala dan itu bukanlah permulaan hari yang indah


Bluergggghhhhhh!



 Bluergggghhhhhh lagi!

Sudahnya..

 
Angka itu bukanlah biasa bagi aku, nasib baik masih awal

Tapi tetap, kepala aku sesak..duh!~