Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 8, 2010

Hatiku robek

Eh, bukan! Bukan hatiku robek kerna chenta. Hehe.

Tadi tengah tadek keja, aku belek la folder gambar Ammar dalam laptop ni sambil sengih sorang2. Tiba2 tengok balik gambar2 Ammar in his early days. Sangatlah terobek hati sebab tiap kali ingat balik time Ammar kena jaundice. What has he been thru. Sungguhlah naifnya aku sebab tak sedar tanda2 Ammar kena jaundice. Ammar sehat jek masa kitorang discharge lepas bersalin until la sampai rumah.

He's been so silent. Tidur dia lena sangat. Kacau lah dia macamana pun, mata dia tertutup rapat. Kelopak mata bergerak2 semacam nak buka mata tapi sangatlah tidak berdaya. Sumpah! Aku memang tatau tu petanda2 Ammar kena jaundice. Whole body dia pun tak nampak kuning. Until the next morning bila nurse yang datang cek kat rumah cakap Ammar mungkin kena jaundice and mintak aku pegi cek kat KK for confirmation.

Sampai2 kat KK, cek darah Ammar. The result, jaundice at 200.6umol/L. Nurse pon suruh repeat test the next morning. Mula dari saat tu mulalah keluar macam2 cadangan camana nak turunkan jaundice. Makan itu, makan ini. Mandi itu, mandi ini. Being us, the 1st timer parents, macam2 nak try ikut sangat cadangan orang! Memang tak salahkan, kita ikhtiar. Tapi satu menda yang aku sangat2 regret and sumpah aku takkan buat andai kata aku boleh ulang waktu tu is suapkan Ammar SERBUK MUTIARA. S**t! Just only if I know ikhtiar kitorang yang satu tuh boleh sebabkan kidney Ammar rosak. Huhu!

Petang tu, mak mertua memang tak sedap hati sebab ada history dulu. Then she suggested untuk aku pegi hospital. I remembered doktor laki tu kata reading tu normal and suruh repeat the next morning. But then, Bb insisted untuk warded. And he did it right sebab bila naik atas, another doctor repeat the blood test and Ammar's jaundice has increased to 236umol/L! Siap kena sound ngan doktor tu kenapa lambat baru nak datang hospital without knowing yang kitorang lah yang made an effort untuk warded jugak even few them soh repeat the next day. And I'm glad we did it right, even it's a bit late but better late than never.

Episod hatiku robek bermula bila nurse start fed Ammar with FM. I did requested untuk BF Ammar but declined sebab nak cepat buat phototheraphy treatment. Nurse tu kata aku boleh BF Ammar at 11pm. Okek, hatiku robek kali pertama sebab gagal untuk mempertahankan perjuangan untuk BF Ammar exclusively. Tapi aku pujuk hati demi pastikan Ammar segera sembuh.

Hatiku robek kedua kali bila nurse cucuk tangan Ammar untuk masukkan air. Time tu memang mata aku dah bergenang tinggal nak luruh jek air mata. Terus aku pegi ke katil. Nangis. Sedih siot! Tangan yang sekecil tu dah dicucuk. Pujuk hati lagi, moga Ammar cepat sembuh. Tiba2 dengar bunyi baby nangis sekuat hati and hati aku kuat kata "itu suara Ammar!". Aku pegi kat bilik tu, memang sah! He's my little baby boy. 

Kali ni memang hatiku robek sungguh2 sebab nothing yang aku boleh buat hanya boleh tengok. Laju jek aku terus ke katil. Berjurai2 air mata ni gugur. Aku sedih. Sedih gila! Mesti diorang yang lain dekat situ kata tergamak aku biar Ammar menjerit nangis sorang2 tak dipujuk. Aku tak kuat untuk pujuk hati sendiri, apatah lagi nak memujuk Ammar yang 'terseksa' sebegitu. Gila korang..kena dok bawah lampu biru atas bawah. Tak beralas walau sehelai kain apatah lagi tilam. Memang kesian sungguh kat Ammar. Menangis sungguh2 dia time tu. Ada la 2-3 kali tangis dia berenti. Aku pun tak pasti kenapa. Sebab aku memang tak pegi tengok dia langsung! Ammar, maafkan ibu yer sayang. Ibu tak kuat time tuh!

Later, bila aku dah mula boleh kumpul kekuatan dengan advice dari Mak, aku pegi dekat Ammar. Dia senyap jek time tuh. Aku usap2 rambut dia, tangan dia, kaki dia, badan dia. Tiba2 aku nampak kesan air mata mengalir dari mata dia. Kejap2 dia tersedu2. Kesian anak ibu. Menangis sampai tertido. Sobs~ 

Aku bisik2 kat dia. Pujuk2 dia and mintak dia bertahan sampailah tiba masa untuk aku BF dia. Dodoikan dia sambil jari2 halus dia genggam erat jari aku. Memang tak tertahan2 air mata aku mengalir demn! Even sekarang pun aku masih menitis air mata bila teringat. Aku ada snap video Ammar time tu tapi aku adalah tidak gamak nak post kat sini. Biarlah aku simpan buat peringatan di masa akan datang.

Haih! Memang pengalaman sungguh. Pengalaman bersalinkan Ammar pun tidak seteruk itu. Namun, kitorang redha. Tu dugaan Allah untuk kitorang which is sangat membuatkan kitorang love Ammar more. Alhamdulillah, sekarang Ammar dah sihat dari jaundice. Moga Allah kurniakan kesihatan berkekalan untuk Ammar. Amin.

Pesan aku untuk korang, andai korang kena kes macam aku ni or kes2 lain yang jadi kat baby korang, please..jangan terus percaya @ amik cadangan orang bulat2. Please do your research first. Memang gelabah bila something bad jadi pada korang nyer loved ones tapi cuba waraskan diri and cuba pikir secara tenang before deciding. Blame us for not do in this case of Ammar.

Harap Ammar Zafran membesar dengan sihat!

Isn't he adorable? Gambar ni on the day we discharged. Owh, I really miss his hair time nih. Haih rambut Ammar, cepatlah tumbuh macam harituh lagik! =)

2 comments:

  1. @Applepinkcomey
    =)hehe..thx 4 the compliments.thx jgk 4 dropping by

    ReplyDelete