Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 23, 2010

44 days ended

Err..sebenarnya masih perlu meneruskan perjuangan hingga hari ke-100 untuk beberapa lagi perkara. Tapi, who cares?! 44 hari tetap sudah berlalu. Maka dengan rasminya aku isytihar diri sendiri sebagai..

MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 22, 2010

Ini bukan game tagged kat FB

Rupanya esok due untuk tagged contest by Nurul. Semena aku tengah takde kerja ni, layan contest jap la. Dah lama rasa tak join contest.

Alkisahnya.

Hadiah?
Personal calendar 2011. Menarik!

Camana nak join? 
1) Jadi follower untuk 2 blog nih..mamaaerish ngan mamaaerishtwo
2) Buat entry dengan banner kat atas nun. Pastu jangan lupa letak banner kat sidebar. Lagi pesan pihak penaja, link back banner pada entry ini
3) Post 2 gambar yang paling best korang ada plus special date korang. Untuk aku, amatlah payah nak pilih 2 jek gambar. Tapi, aku akur jek la kehendak pihak penaja. Hehe.

Anniversary : 29th May

Birthday of Ammar Zafran : 10th November
Birthday aku : 22th October
Birthday Bb : 8th March

Senang je kan? So apa lagi. Meh la join. Dateline esok ye kawan2. ESOK (23/12/2010)! Hadiah pun untuk 10 orang jek. Cepat2 booking nama jadik pemenang! Hehe..

p/s: Tuan tanah, pilih la saya ek! =)

Edisi menunai janji

Berkenaan cerita haritu, aku nak tunai janji untuk expose apakah 2 menda yang aku rasa boost-up production aku. Lepas buat eksperimen 2 hari yang lepas, maka dengan ini aku nak isytiharkan bahawa these things have really help to boost-up production:

1) Ulam pegaga

Yer, mungkin ramai yang dah tau. Tapi bila dah experience sendiri, maka barulah aku betul2 percaya. But the production is not as much as I consume..

2) Nestle Bliss

Seriously! Aku dah try arituh. 1st day aku makan pegaga saja without Nestle Bliss. And the other day aku minum Nestle Bliss jek without pegaga. The result, production aku lebih memberansangkan on the 2nd day. And cuba bayangkan kalau aku consume both on the same day. Pergh! Padanlah rezeki mencurah2..Haha!

Aku saaaaaaaaangatlah suka sebab aku dah found out another option untuk tingkatkan production while menikmati Nestle Bliss yang sedap itu. Oh! Dah terbayang2 nak penuhkan fridge dengan minuman berkhasiat tuh. Hehe!

Aku cuma nak berkongsi. Mungkin these things work on me, but not on anyone else. Tapi mencuba tu tak salahkan? Besides, siapa yang tak suka kalau menda yang sedap tu bukan sedap semata tapi jugak berguna. Hehe!

Oh, ada jugak menda yang kurang sedap tapi sangat membantu..pucuk bunga betik.


Aku ingat lagi aku makan menatang alah ni time lepas bersalinkan Ammar. Tiba2 Ammar kena jaundice pulak. Makanya dia sangat kurang menyusu. Akibatnya, bengkak gila! Masa warded jaundice, memang aku tak tido dari malam sampai ke pagi sebab penuh dengan rutin menyusukan Ammar every hour, in between feeding aku dok tuam and mengepam 'soya perisa jagung' (sebab kaler dia memang sebijik air soya jagung drinho tuh!). Sekarang ni kalau aku rasa macam tak cukup padu, aku telan jugak lah pucuk bunga betik ni. Celur dengan air panas, tabur ngan lada hitam yang diblend halus. tu resipi Mak aku untuk awaykan rasa pahit maung tuh. Haha!

Pilihan di tangan anda. Renung2kan..dan selamat beramal! ;)

Sunday, December 19, 2010

Pagi2 dah kena berkerah

Hasil kerahan selama 10 minit sepagi2 morning hari ni


Bangun pagi terus rasa selambak.Berat macam gantung batu bata. Agak luar biasa jugak sebab selalunya taklah sampai macam ni sangat. Biasanya dalam kul 10 am barulah aku pam. Tapi ni sepagi2 morning lagi dah kena pam.

Hasil post-mortem, 2 menda yang mungkin membawa kepada pengeluaran yang sangat produktif. Apa mendanya? Nanti akan ku expose. Sebab arinih baru dapat buat kajian pada 1 mende jek. Esok akan test yang 1 lagi. Kalau dah dipastikan nanti, aku share ngan korang.

Saturday, December 18, 2010

Terbaik dari ladang!


Sepasang drumstick ber'partition'
Juga boleh dijual secara berasingan
Siap dapat free gift wet Petpet diaper with a little poop inside

Friday, December 17, 2010

Baik untuk kesihatan manusia sejagat


Cuba korang baca..


Kan bagus untuk kesihatan sejagat tuh! Maka..tak salah kan kalu orang yang dalam berpantang ni minum Nestle Bliss kan? Kan? Kan?

Err...mode bersalah sebab teguk Nestle Bliss tanpa rasa bersalah petang tadi. Hoit! Belum abis pantang lagi lah!

Tapi, Nestle Bliss perisa blackcurrant tu sedap la weh!

Damage was done. What to do. Haih. Tiba2 rasa macam lama pulak nak sampai ke hari Khamis depan untuk habis pantang.

Wednesday, December 15, 2010

Help needed - Sakit kulit

Aku pun tataw apa jenis sakit kulit pulak yang kena kat Ammar. Mulanya aku ingat sikit2 jek, tapi makin teruk pulak. Huhu. Naik biji2 kecik kat muka & belakang leher dia tapi biji2 tu taklah merah2 and Ammar tadek lah pulak nangis2 ke apa.






Macam ni ke ruam susu? Or, any idea what is it guys? Mungkin jugak solution to his skin problem? Kesian kat Ammar. Nampak tak berapa nak hensem dengan traces of biji2 tu. Camana nak ngorat? =)

TQIA for your response.


Tuesday, December 14, 2010

Sekejapan

Cepat sungguh masa berlalu, arinih umur Ammar dah 35 hari. Maknanya dah 35 hari jugak aku bercuti and tinggal sebulan jek la lagi cuti aku. Demn! Cepat giller! Hurm, mungkin akan mempertimbangkan untuk amik extension cuti to 90 hari. Haha!

Semalam pegi check-up. Alhamdulillah both of us were fine. Cuma anak jantan aku sorang ni sempat lagi buat cerita best kat KK. Being Ammar, memang rutin harian dah tido di siang hari tuh. Tapi dia terjaga time nak timbang. Merengek sikit la mungkin sebab malu dibogelkan di khalayak ramai. Pehtu time nak ukur tinggi, sempat dia dengan muka selamba 'pancut'. Haha! Tapi kali ni Ibu berjaya tepis dengan tangan. So, 'serangan' adik tak berjaya yek!

Lepas tu elok jek sambung tido. Hampes sungguh. Kena inject pun siap boleh nangis sambil tutup mata. Mungkin dia rasa macam termimpi ngeri jek kot. Tapi okek la sebab dia menangis kejap jek.

Part yang menariknya, aku semacam tak sedar how fast has he grew up. Haih. Baru la aku paham perasaan ibu-ibu lain yang rindu saat-saat anak diorang masih kecik cinonet, which is the feeling yang aku sudah mula rasa. Kejap sungguh masa berlalu ek?

Tengoklah! Rambut dia pun dah tumbuh balik.


And as of semalam, Ammar has gained 1.7kg compared to birth-weight dia. Which he's now 4.6kg. Tinggi pulak tambah 5cm, 57cm. Tinggi anak Ibu nih! Tapi aku tak terkejut sebab memang dah makin 'terasa' bila pangku dia nak menyusu. Hehe! Tengok jek la pipi dia tuh. Memang selalu jadik mangsa gomolan rakus aku. Kadang-kadang sampai menangis la dia aku kerjakan. Haha!


Sebab tuh lah Ayah bagi nama bambamtamtamtaktak (tembam+hitam+botak). Haha! Tapi dah takleh panggil botak sebab rambut dah tumbuh. Hitam pun hitam lah dik. Baru macho jadik lelaki! Aku cakap kat Mak "Ammar nih makin lama makin gelap kan Mak?". Pastu sedas mak aku bagi balik "Dah Ibu dia gelap, gelap lah dia!". Dang!!

Thursday, December 9, 2010

Ammar Zafran @ 1 month

Weight : 4.6 kg
Height : 57 cm

Source : Babycenter
Child's Age
Mastered Skills
(most kids can do)
Emerging Skills
(half of kids can do)
Advanced Skills
(a few kids can do)
·   Lifts head when lying on tummy (tapi masih belum pandai nak pusing kepala tukar side)
·  Responds to  sound 
·  Stares at faces
·   Follows objects briefly with eyes
·   Vocalizes: oohs and aahs
·   Can see black-and-white patterns
·  Smiles, laughs 
·  Holds head at 45-degree angle (kejap sangat dia boleh hold kepala dia tuh!)

2 months
·  Vocalizes: gurgles and coos
·  Follows objects across field of vision
·  Notices his hands
·  Holds head up for short periods

·  Smiles, laughs
·  Holds head at 45-degree angle
·  Makes smoother movements
·  Holds head steady
·  Can bear weight on legs
·  Lifts head and shoulders when lying on tummy (mini-pushup)
3 months
·  Recognizes your face and scent
·  Holds head steady
·  Visually tracks moving objects
·  Squeals, gurgles, coos
·  Blows bubbles
·  Recognizes your voice
·  Does mini-pushup
·   Rolls over, from tummy to back
·   Turns toward loud sounds
·   Can bring hands together, bats at toys

4 months
·   Smiles, laughs
·   Can bear weight on legs
·   Coos when you talk to him
·  Can grasp a toy
·  Rolls over, from tummy to back
·  Imitates sounds: "baba," "dada"
·  Cuts first tooth
·  May be ready for solid foods

5 months
·  Distinguishes between bold colors
·  Plays with his hands and feet
·  Recognizes own name
·  Turns toward new sounds
·  Rolls over in both directions

·  Sits momentarily without support
·  Mouths objects
·  Separation anxiety may begin
6 months
·  Turns toward sounds and voices
·  Imitates sounds
·  Rolls over in both directions
·   Is ready for solid foods
·   Sits without support
·   Mouths objects
·  Passes objects from hand to hand

·   Lunges forward or starts crawling
·   Jabbers or combines syllables
·   Drags objects towards himself

Wednesday, December 8, 2010

Dilema seorang ibu yang berpantang

Korang tawu kan dalam pembentangan bajet 2011, kerajaan ada umumkan pegawai wanita layak dapat cuti bersalin 90 hari hingga maksimum 300 hari? Dah nama pun bajet 2011 kan, aku ingat start off 1.1.2011 la baru kuatkuasanya. Rupanya tak korang!!!!!!

Tadi login FB, browse thru updates and so on terbaca status member sorang yang baru jugak deliver.


Aku pun apa lagi. Terus google pekeliling baru tuh. Yes!! Kuatkuasa 15.10.2010. Terus telefon Kak Lina since dia pun memang berharap untuk cuti bersalin 90 hari. Kalau ikutkan memang syok la dapat cuti lama2. Bolehlah bergomol2 ngan Ammar tiap2 hari sampai 90 hari. Cuma yang tak syoknya, maksimum 300 hari. Dah kalau hasrat hati aku nak anak ramai satu team bola sepak, mana cukup! Haha!

Cumanya aku macam pelik kenapa attachment yang dia bagi tuh untuk orang yang expecting delivery? Kalau macam orang yang on maternity leave macam aku ni camana pulak ceritanya yek? Esok nak kena telefon ofis la tanya pasal menda alah ni.

Apa kaitan dengan tajuk entry?

Aku tengah dilema ni, nak cuti 90 hari ke tak. Korang rasa melampau tak kalau aku extend cuti aku nih. Bukan apa, sebab korang tau jek la kan. Aku ni baru jek lapor diri kat ofis baru. Baru 2 hari datang keja, pastu terus terberanak. Ni nak cuti lama2 pulak. Agak2 orang ofis aku mengata apa la ek?

Oh dilemanya!~

Hatiku robek

Eh, bukan! Bukan hatiku robek kerna chenta. Hehe.

Tadi tengah tadek keja, aku belek la folder gambar Ammar dalam laptop ni sambil sengih sorang2. Tiba2 tengok balik gambar2 Ammar in his early days. Sangatlah terobek hati sebab tiap kali ingat balik time Ammar kena jaundice. What has he been thru. Sungguhlah naifnya aku sebab tak sedar tanda2 Ammar kena jaundice. Ammar sehat jek masa kitorang discharge lepas bersalin until la sampai rumah.

He's been so silent. Tidur dia lena sangat. Kacau lah dia macamana pun, mata dia tertutup rapat. Kelopak mata bergerak2 semacam nak buka mata tapi sangatlah tidak berdaya. Sumpah! Aku memang tatau tu petanda2 Ammar kena jaundice. Whole body dia pun tak nampak kuning. Until the next morning bila nurse yang datang cek kat rumah cakap Ammar mungkin kena jaundice and mintak aku pegi cek kat KK for confirmation.

Sampai2 kat KK, cek darah Ammar. The result, jaundice at 200.6umol/L. Nurse pon suruh repeat test the next morning. Mula dari saat tu mulalah keluar macam2 cadangan camana nak turunkan jaundice. Makan itu, makan ini. Mandi itu, mandi ini. Being us, the 1st timer parents, macam2 nak try ikut sangat cadangan orang! Memang tak salahkan, kita ikhtiar. Tapi satu menda yang aku sangat2 regret and sumpah aku takkan buat andai kata aku boleh ulang waktu tu is suapkan Ammar SERBUK MUTIARA. S**t! Just only if I know ikhtiar kitorang yang satu tuh boleh sebabkan kidney Ammar rosak. Huhu!

Petang tu, mak mertua memang tak sedap hati sebab ada history dulu. Then she suggested untuk aku pegi hospital. I remembered doktor laki tu kata reading tu normal and suruh repeat the next morning. But then, Bb insisted untuk warded. And he did it right sebab bila naik atas, another doctor repeat the blood test and Ammar's jaundice has increased to 236umol/L! Siap kena sound ngan doktor tu kenapa lambat baru nak datang hospital without knowing yang kitorang lah yang made an effort untuk warded jugak even few them soh repeat the next day. And I'm glad we did it right, even it's a bit late but better late than never.

Episod hatiku robek bermula bila nurse start fed Ammar with FM. I did requested untuk BF Ammar but declined sebab nak cepat buat phototheraphy treatment. Nurse tu kata aku boleh BF Ammar at 11pm. Okek, hatiku robek kali pertama sebab gagal untuk mempertahankan perjuangan untuk BF Ammar exclusively. Tapi aku pujuk hati demi pastikan Ammar segera sembuh.

Hatiku robek kedua kali bila nurse cucuk tangan Ammar untuk masukkan air. Time tu memang mata aku dah bergenang tinggal nak luruh jek air mata. Terus aku pegi ke katil. Nangis. Sedih siot! Tangan yang sekecil tu dah dicucuk. Pujuk hati lagi, moga Ammar cepat sembuh. Tiba2 dengar bunyi baby nangis sekuat hati and hati aku kuat kata "itu suara Ammar!". Aku pegi kat bilik tu, memang sah! He's my little baby boy. 

Kali ni memang hatiku robek sungguh2 sebab nothing yang aku boleh buat hanya boleh tengok. Laju jek aku terus ke katil. Berjurai2 air mata ni gugur. Aku sedih. Sedih gila! Mesti diorang yang lain dekat situ kata tergamak aku biar Ammar menjerit nangis sorang2 tak dipujuk. Aku tak kuat untuk pujuk hati sendiri, apatah lagi nak memujuk Ammar yang 'terseksa' sebegitu. Gila korang..kena dok bawah lampu biru atas bawah. Tak beralas walau sehelai kain apatah lagi tilam. Memang kesian sungguh kat Ammar. Menangis sungguh2 dia time tu. Ada la 2-3 kali tangis dia berenti. Aku pun tak pasti kenapa. Sebab aku memang tak pegi tengok dia langsung! Ammar, maafkan ibu yer sayang. Ibu tak kuat time tuh!

Later, bila aku dah mula boleh kumpul kekuatan dengan advice dari Mak, aku pegi dekat Ammar. Dia senyap jek time tuh. Aku usap2 rambut dia, tangan dia, kaki dia, badan dia. Tiba2 aku nampak kesan air mata mengalir dari mata dia. Kejap2 dia tersedu2. Kesian anak ibu. Menangis sampai tertido. Sobs~ 

Aku bisik2 kat dia. Pujuk2 dia and mintak dia bertahan sampailah tiba masa untuk aku BF dia. Dodoikan dia sambil jari2 halus dia genggam erat jari aku. Memang tak tertahan2 air mata aku mengalir demn! Even sekarang pun aku masih menitis air mata bila teringat. Aku ada snap video Ammar time tu tapi aku adalah tidak gamak nak post kat sini. Biarlah aku simpan buat peringatan di masa akan datang.

Haih! Memang pengalaman sungguh. Pengalaman bersalinkan Ammar pun tidak seteruk itu. Namun, kitorang redha. Tu dugaan Allah untuk kitorang which is sangat membuatkan kitorang love Ammar more. Alhamdulillah, sekarang Ammar dah sihat dari jaundice. Moga Allah kurniakan kesihatan berkekalan untuk Ammar. Amin.

Pesan aku untuk korang, andai korang kena kes macam aku ni or kes2 lain yang jadi kat baby korang, please..jangan terus percaya @ amik cadangan orang bulat2. Please do your research first. Memang gelabah bila something bad jadi pada korang nyer loved ones tapi cuba waraskan diri and cuba pikir secara tenang before deciding. Blame us for not do in this case of Ammar.

Harap Ammar Zafran membesar dengan sihat!

Isn't he adorable? Gambar ni on the day we discharged. Owh, I really miss his hair time nih. Haih rambut Ammar, cepatlah tumbuh macam harituh lagik! =)

Tuesday, December 7, 2010

Kat mana aku nak download mp3 ni weh?!


Tuesday, November 30, 2010

30.11.2010

Kalau ikut perkiraan doktor, sepatutnya hari ni barulah aku dapat can jumpa dengan Bb&Ling Jr. 

Ammar Zafran bin Isma Shamsul

Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Mixed feelings yang aku dok rasa especially menjelang hari-hari akhir menunggu Ammar akhirnya dah berakhir hari itu, 10.11.10 (nice date heh?). The feeling saat 1st time aku tatap wajah Ammar bila nurse letak dia atas dada aku lepas bersalin untuk diazankan, indescribable.

Perasaan itu adalah
Happy..tapi lebih dari itu.
Thankful..tapi lebih dari itu.
Touched..tapi lebih dari itu.
Relieved..tapi lebih dari itu.

Erm, rasanya macam apa ek? Ha! Senang cerita, rasa dia macam tiba-tiba ada orang datang hulur fresh orange gelas besar time tengah panas terik padahal masa tu baru jek terdetik dalam hati nak minum fresh orange. Demn! Lama lagi aku nak habis berpantang ni oiii!

Pengalaman bersalin? Ala, kalau aku cerita pun bukannya pengalaman korang sama ngan pengalaman aku pun kan? Haha! Kalau nak tawu camane pengalamannya, sila mengandung dan bersalin sendiri. Hehe. Cerita pasal pengalaman aku, alhamdulillah. Boleh dikatakan agak mudah jugak.

8.11.2010
1st day aku keja kat tempat baru. Pegi jumpa bos pastu terus mintak izin nak setel pasal rumah sewa. Makanya aku belum officially keja lah arituh. Ha! Pagi tuh la aku detect ada brown spot. Masih berlagak rilex padahal risau jugak dalam hati bila terngiang-ngiang orang cakap "kalau turun darah dulu time bersalin, sakit lagi dari turun air ketuban". Whohooo..neves! Neves! Bagitaw kat Bb, tapi selambe die cakap "ish, bukan tu. Takde ape tu". Okek fine. Aku pun rilex jek la. Lagipun takde sakit ape kan. Kalut buat ape?! =) Pegi spital pon die soh tengok dulu. Kalu spot tu still ade malam nanti, esok kena pegi spital semula.

9.11.2010
Okek. Masih ade brown spot. Tiba-tiba perasan perut macam dah ke bawah sikit. Ilusi kah? Masih ke ofis macam biasa. Balik keja, call Kak Lina (sebab dia experienced turun darah dulu time 2nd pregnancy). Alamak! Tanda yang die dapat exactly macam ape yang aku experience. Time tu memang neves. Betoi punya neves. Call Bb soh amik. Makanya malam tu jugak balik ke SP. Later that night, kul 2.30am there was the sign which I know, I'm getting nearer. Owh my!~

Lepas 3x hit, gerak Bb nak cargas ke spital. Sampai kat spital, cek2 dah bukak 6 cm. Dalam hati "alhamdulillah, tak lama lagi jek ni". Aah, iyer la tak lame. Kul 4.30am masuk labor room. Kul 7.17am baru selamat bersalin. Ramai yang cakap, senang la jugak kiranya proses nak bersalin aku tuh. Hoho! Kalau la macam tu dikatakan senang, aku tak dapat nak bayang camane la kalau yang payah prosesnya tuh. Tapi aku rasa aku cukup bertuah sebab dipermudahkan pengalaman bersalin aku.

Kalau orang tanya aku apa rasanya bersalin, aku akan jawab best! Haha. Bersalin tak sakit pun, bagi aku la. Yang sakit tu time nak tahan contraction. Gilak ah dingdong! Memang betul orang cakap, rasanya macam nak tercabut pinggang time tuh! Memang aku bergantung harap pada gas yang nurse tu bagi jek. Kejap membantu, kejap tidaklah sangat. Yang banyak bagi aku kekuatan, bila Bb dok kat sebelah sambil genggam tangan aku & ingatkan aku untuk terus beristighfar. Nasihat aku, kalau korang nak bersalin, kalau laki korang jenis yang tak takut tengok medikTV, jemputlah beliau masuk dalam labor room skali. Saaaaaaaaangaat membantu time nak bersalin. Serius!

Pastu part meneran, serius aku memang tak reti. Dah camane. Semua pun baca dari buku-buku jek. Nak sign-up kelas antenatal asyik tak match jek ngan jadual Bb balik. Sudahnya tak pegi pun. So, aku main teran jek la. Nurse tu dok cakap soh teran macam sembelit, memang itula yang aku buat walaupun aku macam ingat tak ingat bila last time aku kena sembelit. Pastu nurse dok cakap aku asyik teran kat muka. Haih. Payah jugak kan? =) Oh, tapi aku sempat pesan kat Bb "Bb, tolong tekan lutut Ling tau!". Takut terangkat bontot, nanti kena guna mesin jahit pulak nak jahit luka yang banyak. Ngeri. Tapi, jahit tetap kena jahit. Time mula jahit, aku masih melayan kepala yang nenoneno effect gas yang aku dok sedut tuh. Tapi dah hujung-hujung, nenoneno aku dah pegi main jauh-jauh makanya bermulalah episod ngilu. Nasib baik cepat jek settle urusan jahit menjahit. Huhu.

Aku masih terbayang-bayang muka Bb masa Ammar selamat diteran keluar. Berseri-seri sungguh muka dia sambil tersenyum lebar cakap kat aku "lelaki"..Pastu diciumnya dahi aku. Auw sweet!~ =) ooopsss, terlebey sudah! 

So, centu la pengalaman bersalin seorang aku. Sekian. Hehe.

STICKY : Welcoming our lil'precious checklist

Revised : 28/10/2010
Clothing
  • Baju Lengan Pendek - 5
  • Baju Lengan Panjang - 3
  • Seluar Pendek - 4
  • Seluar Panjang - 4
  • Barut - Mak dah tempahkan 3 saiz..7pcs for each size..
  • Handkerchief - 5
  • Jumpersuit/Romper - 3
  • Mittens & Booties - 7 set
  • Hat - 2
**Untuk baju n seluar campur² saiz (New Born/Size 12/Size 14) tapi macam nak kena tambah sikit lagi 


Feeding 
  • Breast Pump - 1
  • Termos - 1
  • Feeding Bottle 2 oz - 1
  • Bottle and Teat Brush - 1
  • Cleanser - 2
Nursery 
  • Pending Baby Cot
  • Pending Spring - untuk spring cot
  • Mattress
  • Baby Pillow & Bolster - 2 set lain² saiz
  • Pending Baby Pillow & Bolster Case - dah tempah tapi belum dapat
  • Pending Mosquito Net
  • Receiving Blanket - 2
  • Blanket - 1
Bathing
  • Bath Tub
  • Toiletries (Travel Pack)- 2p (free gift time beli barang² baby arituh..pakai travel pack jek dulu)
  • Towel - 2
  • Cotton Balls - 2p
  • Cotton Buds - 2p
  • Baby Comb/Brush - 1 set
  • Baby Manicure Set
  • Nasal Aspirator
Diapering 
  • Changing Mat - 1
  • Baby Wipes (Pureen) - 2p
  • Disposable Diaper (Drypers Newborn) - 1p (untuk delivery jek nih. nanti memang kena beli lagik. giant punya sale murah. tapi sampai semalam jek. tunggu sale lain kali pulak)
  • Napkins - 1p
  • Pending Diaper Rash Cream - tengok condition baby dulu, lagipon menda ni boleh beli kat mana² pun..senang carik!
Traveling
  • Pending Stroller* - tengok condition baby dulu camne
  • Pending Infant Car Seat - yang ni macam perlu beli cepat jek sebab memikirkan kemungkinan nak kena berulang di persekitaran baru
  • Diaper Bag - 1
  • Baby Carrier
Others
  • Nappy Kleen - guna yang free gift jek dulu..haha!
  • Bakul Baju Baby
  • Minyak Telon/Yuyi - 1
  • Baby Oil (J&J) - 2
  • Album - Ada lagi album yang belum guna kat rumah tuh!
  • Pending Toys
Ibu Care
  • Socks - 3
  • Pending Nursing Bra - 2 (nak kena beli lagi nih!)
  • Nursing Pad (Disposable/Washable) - 4 boxes BB (76pcs) disposable breastpad
  • Maternity Pad (Pureen/Kotek) - 2p
  • Disposable Panty - 1p (yang nih spare jek..cukup la kot!)
  • Nipple Cream (Cocoa Butter) - 1