Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day!




Ammar is officially 6mos & I'm celebrating my 1st Mother's Day
I just loooooooove being a mummy! =)

Untuk Mak, Happy Mother's Day jugak. Mekasih millions millions and neverending millions sebab tak pernah penat nak membesarkan Kaklong selama ni. 
Kaklong sayang Mak! Mwahhhhhh~

Sunday, April 3, 2011

Senang hati..tralalalala


Apa punya turr..gelak sampai tersedu..haha!

Thursday, March 31, 2011

Dari 5 tahun, dah jadi 5 bulan

Fuh! Fuh!

Bersawang gila blog ni..haha! Entah kenapa memang aku dah jadi maaaaaaaaaaaalas gila nak update blog. Kerja sekarang memang beza gila dengan kerja dulu menyebabkan aku kena start from zero. Kena start dari yang se'basic²'nya. Banyak kerja oo. Sebab tu kadang² sampai tak terjawab sapaan kawan² kat YM. Ampun siap² la. Jangan pulak kata aku sombong sebab dah pindah tempat baru noh! ;P

Tapi bukan tu agenda utama aku update blog arini. La ni aku nak cerita pasal banjir. Gila la weh! Korang tak dengar berita ke Perlis banjir lagi. Sebelum ni orang dok kata 5 tahun sekali baru banjir.  La ni tak sampai setahun dah banjir semula. Baru 5 bulan kot!

Yang bikin aku cuak, rumah aku time banjir bulan 11 tahun lepas agak teruk la jugak. Naik paras lutut la jugak. Makanya bila hujan turun 2 hari berturut² tak benti, aku jadik risau gila! Kot nya bangun esok tu aku dah terapung² atas air apa cerita? Hujan lebat pulak tu. Bukan biasa². Pekan kangar pun naik air oi!

Semalam aku balik rumah, konon nak tinjau² keadaan jek. Alih² aku jadi cuak sebab jiran² semua dah siap² angkut barang letak tempat tinggi. So, aku pun kalut² kemas barang jugak. Nasib baik jiran aku perihatin. Datang tolong. Kalau tak mengah jugak nak kemas sorang² (walaupun barang rumah aku tu bukan la banyak mana). Tempat tinggi dalam rumah aku adalah sofa & almari dapur. Maka kat situ la aku hempuk semua barang. Karpet merah yang hampar keliling rumah semua aku gulung dah. Tu la! Padan muka! Nak berkarpet bagai..keliling rumah pulak tu! Yang aku tak larat nak angkat tempat tinggi, kompresor aircond. Kalau banjir macam haritu, alamat memang tenggelam la kompresor tu. Bukan saja² nak letak kat bawah tapi entah kenapa design rumah tu tak mengizinkan letak menatang alah tu kat atas. Brader sebelah dah sound awal² kata banjir haritu dalam betul² bawah kompresor aircond rumah dia, which is fixed slightly higher from mine. Ah sudah! Tapi aku biar je dulu. Doa² jangan la banjir.

Kesimpulannya sekarang rumah aku berkeadaan seperti orang nak pindah rumah @ orang baru pindah masuk rumah. Gambar takde pulak aku nak tepek kat sini. Haha! Nasib baik barang tak banyak sangat. Kalau tak, nangis!

So bangun pagi tadi terus pegi tengok air longkang depan rumah dulu. Sebab indikatornya di situ. Makcik pakcik sebelah rumah semua cakap "kalau air longkang dah melimpah tu, ready je la angkat fridge". Setakat pagi tadi, air longkang tu lagi setengah jengkal nak melimpah. Jalan utama nak masuk lorong rumah aku pun dah naik air. Jalan nak pegi ofis pun dah tinggal 1 lorong sebab lorong sebelah lagi penuh air.

Tu pagi tadi. Setakat time aku tulis blog ni, alhamdulillah. Matahari dah tunjukkan rupa. Hujan pun tak. Harapnya berterusan cuaca elok macam ni. Moga dijauhkan la tragedi banjir. Amin. Macam²..aritu bila tak hujan, Perlis ni panas gila. Gila punya panas. So mintak la biar hujan. Bila dah hujan, mintak bulak bagi panas. 

Camana tu? "Cucite..cucite"..haha!

Thursday, January 13, 2011

Cuti, tolonglah jangan habis!

Owh, tak sanggup rasanya bila pikir nak kena tinggal Ammar bila dah start kerja nanti.


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Tuesday, January 11, 2011

Demam setengah hari

Kesian anak Ibu. Demam setengah hari sebab kena inject. Nasib baik kejap jek. Demah kepala dengan towel basah, malam dah okek.


Nanti 3 bulan nak kena inject lagi. Haih~

Monday, January 10, 2011

Ammar Zafran @ 2 months

Weight : 5.6 kg +1 kg
Height : 61 cm + 4 cm (Nurse tak ukur pun. Taik betul! Malas nak bising sebab orang ramai. Balik rumah aku ukur sendiri guna measuring tape)

Tadi bawa Ammar pergi inject. Sungguh bergembira tapi tetap nervous sampai poop 2 kali sebelum inject. Haha! Alhamdulillah hari ini Ibu selamat dari kejadian serang-menyerang macam arituh.


Bergembira sebelum kena inject


Time inject pun nangis kejap jek. Tak sampai seminit. Lega aku. Sebab sebelum inject, bukan Ammar soraang yang nervous. Aku lagi nervous takut Ammar menjerit macam kena dera bila kena inject. Tapi alhamdulillah. He's superboy!


Hehe.. Walaupun gitu, aku tetap risau takut dia demam teruk. Sebab nurse dah sound awal2, kalu inject umur 2 bulan ni kebanyakan baby mesti demam. Harapnya Ammar continues to be superboy. Jangan demam teruk2 yer dik!

Source : Babycenter
Child's Age
Mastered Skills
(most kids can do)
Emerging Skills
(half of kids can do)
Advanced Skills
(a few kids can do)
1 month
·      Lifts head when lying on tummy (tapi masih belum pandai nak pusing kepala tukar side)
·      Responds to sound 
·      Stares at faces
·       Follows objects briefly with eyes
·       Vocalizes: oohs and aahs
·       Can see black-and-white patterns
·      Smiles, laughs (cubaan untuk mengekek gelak tanpa suara)
·      Holds head at 45-degree angle (kejap sangat dia boleh hold kepala dia tuh!)
2 months
·      Vocalizes: gurgles and coos
·      Follows objects across field of vision
·      Notices his hands
·      Holds head up for short periods
·      Smiles, laughs (cubaan untuk mengekek gelak tanpa suara)
·      Holds head at 45-degree angle
·      Makes smoother movements
·      Holds head steady (masih belum cukup steady)
·      Can bear weight on legs (kalu berdiri tegak, bukan main tinggi nampak)
·      Lifts head and shoulders when lying on tummy (mini-pushup) (kepala sudah pandai angkat tapi tetap   belum pandai nak pusing kepala tukar side)
3 months
·      Recognizes your face and scent
·      Holds head steady
·      Visually tracks moving objects
·      Squeals, gurgles, coos
·      Blows bubbles
·      Recognizes your voice
·      Does mini-pushup
·      Rolls over, from tummy to back
·      Turns toward loud sounds
·      Can bring hands together, bats at toys
4 months
·      Smiles, laughs
·      Can bear weight on legs
·      Coos when you talk to him
·      Can grasp a toy
·      Rolls over, from tummy to back
·      Imitates sounds: "baba," "dada"
·      Cuts first tooth
·      May be ready for solid foods
5 months
·     Distinguishes between bold colors
·      Plays with his hands and feet
·      Recognizes own name
·      Turns toward new sounds
·      Rolls over in both directions
·      Sits momentarily without support
·      Mouths objects
·      Separation anxiety may begin
6 months
·      Turns toward sounds and voices
·      Imitates sounds
·      Rolls over in both directions
·      Is ready for solid foods
·      Sits without support
·      Mouths objects
·      Passes objects from hand to hand
·      Lunges forward or starts crawling
·      Jabbers or combines syllables
·     Drags objects towards himself

Thursday, January 6, 2011

Atok & Nenek merindu

Petang tadi Mak call. Abah rindu nak tengok cucu dia. Suruh buat video call. Tapi Ammar syiok tidur la pulak. Tidur lena sambil depa tangan pulak tu. Memang mengantuk sangat la tu ceritanya dek dok tahan mata petang tadi.


Takpelah. Lain kali pulak call Atok ngan Nenek ye sayang~

Wednesday, January 5, 2011

Ammar : "Ibu saya memang takde kerja!"

Membalut saya sebegini rupa..


Memaksa saya untuk memandang kamera..


Apa pun, saya sayang Ibu saya. 
Jadi, saya hanya tersenyum, cuba bergembira walaupun mata tersangatlah sangat beratnya.


Ibu, alebiu so strong!

p/s: Saya sayang Auntie Adda jugak sebab hadiahkan saya blanket Carter itu. Mekasih Auntie! Uncle Jeed, cepatlah datang meminang Auntie Adda. Saya tak sabar nak tambah kawan ;P