Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 22, 2010

22.10.2010


It was just a perfect way to start my day!
And I don't need anything else..

Happy birthday, dear me!

Thanks Allah for the blessings & everything thru my entire 27 years

And to Bb..my other half, I love you even deeper..

Wednesday, October 20, 2010

Entry keji lagi jijik..jangan baca kalau taknak rasa jijik!

Credits
Semalam perut aku memang rasa tak best langsung. Entah kenapa la agaknya. Entah salah makan ke tapi perut aku memang 'berangin' jek la semalam. Yang paling geram bila rasa nak kentut tapi takleh kentut. Nak b***k tapi takleh b***k. Pergh! Tensen gila okek!

Sampai malam pun macam tu. Alih² terasa nak b***k. Meluru la aku ke toilet. Punya la lama bertapa dalam toilet. Nasib baik la toilet duduk, kalau tak dah lama kejung satu badan. Dalam time² kritikal rasa nak b***k tu, sempat teringat nurse kat klinik tu bagitau "..rasa contraction nak bersalin ni lebih kurang bila perut rasa keras memanjang non-stop". Dalam hati, "Ah sudah! Takkan dah nak bersalin kot?"

Berlalu sesi b***k tapi tak b***k, aku teringat kejadian cherryberry+poisoning aku weekend lepas. Doktor ada kasi ubat untuk buang angin. Aku terus telan sesudu as prescribed. Selang 5-10 minit, apa lagi, berperang kentut la aku sorang². Haha! Lega! Puas hati aku. Punyalah aku ingat baby marah sebab tak cukup makan ke apa ke (padahal makan terlebih² dah kot!).

Alhamdulillah bangun pagi tadi dengan hati girang sebab berjaya kentut dengan puas malam tadi. YESSS!!!!

Friday, October 15, 2010

Perutusan pink karer

At last, aku dapat jugak perutusan pink karer yang ditunggu² sejak 2 tahun yang sudah. Walaupun sebelum ni asyik dok dengar soksek² berita itu, tapi selagi perutusan pink karer belum sampai ke tangan maka semuanya masih belum pasti.


And as written, Oct 16th will be the effective date. But after considering this and that, I will officially start on Nov 8th. Alhamdulillah, bos baru dah approve. Surat tangguh lapor diri pun dah hantar. Makanya sekarang kena la fokus untuk PTK. Harap semuanya okek belaka. InsyaAllah.

Frankly speaking, sejak dengar soksek² pasal application aku dah approved, aku rasa macam syiok semacam. Hati rasa macam dah terlepas dari satu sengsara yang dah lama bersarang. Well, memang la tak seperti yang diharapkan sangat but we're getting closer in distance. Which bagi aku, a very good thing sebab there will be the little one after this. And I really need Bb around to support me. Dan seperti setiap harinya berdoa, moga tempat baru menjanjikan suatu masa depan dan persekitaran yang lebih baik dari sebelumnya.

One thing that I would miss the most about being here, is the good people I met especially those boys and girls kat tingkat 3 ni (and those annoying people surely not included). We ate. We shared. We laughed. We whined. And everything..semua tu will I keep close to my heart. Things will surely not be the same anymore but at least I got those memories to hang on to.

Farewell @ Big Brother yang buat perut aku penuh sampai nak tido malam pun sengkak perut..kenyang gillos! Zillion thanks guys~
Even they might not read this (except for you Yani..), I just want to express thanks from the deepest of my heart for every single things we've been thru. I'll treasure all of it and will keep it close to my heart forever. Hope this is not goodbye coz we'll meet again..somewhere..sometime..soon..insyaAllah~

Wednesday, October 13, 2010

Farewell

Pagi ni ada farewell sempena Pengarah nak bertukar ke tempat lain effective from Oct 16th (sama macam aku la dey!)

Credits
Kalau macam tu, aku declare farewell ni untuk diri sendiri la jugak. Haha!

P/S: Nurul, so arinih ko boleh makan dengan tanpa rasa bersalah & ikhlas hati dengan sumbangan yang dikeluarkan memandangkan aku secara rasminya declare farewell ni sekaligus untuk aku! =P

Tuesday, October 12, 2010

Get pumpin'

Haha..it's finally arrived. Thanks so much dear Ct =)


Dengan semangat pegi amik kat ofis poslaju ari semalam. Sampai rumah terus koyak wrapper dengan rakus. Haha!

Baca manual - check!
Test barang - check!
Test hands-free kit - check! (it worked well ngan nursing bra Caely Girl tuh..nak kena tambah stok lagi nih!)
Caj bateri - check!

Tinggal nak sanitize before first use jek. Rasa berkobar gila nak guna. Hehe. 

Agak2 ada tak orang pam breastmilk sebelum baby lahir? =P

Friday, October 8, 2010

Kisah pagi Jumaat di bulan Oktober

Pagi² sebelum pegi kerja memang dah jadik rutin aku sejak pregnant 6 bulan..makan madu sesudu + 1 gelas DL low-fat milk (since tekak aku adalah tidak lalu nak minum Anmum). Tapi adalah jugak rompong² jadualnya. Especially kalau balik kampung. Haha!

Tapi pagi ni lain ceritanya. Aku tetiba teringat dengan air zam² dalam kabinet dapur. Dah lama rasanya aku tak teguk. So pagi ni sajalah ubah selera. Makan madu 1 sudu + teguk 1/2 gelas air zam². Dan² perut aku terus bergelodak macam volcano nak menghambur lava. Panik jugak sekejap. Bukan sebab nak pegi b***k tapi sebab baby dalam perut semacam seronok terlompat² terpusing² dapat minum air zam². Memang diluar kebiasaan perangainya pagi ni. Sepanjang perjalanan nak ke ofis masih begitu. Tapi dalam hati aku, alhamdulillah sebab pagi² lagi baby dah aktif. Hehe.

Tapi persoalannya, kenapa ek baby berkelakuan sedemikian rupa lepas teguk air zam²? Andaian aku, dia seronok dapat minum air dari tanah suci =) So, lepas ni aku nak tambah satu menu lagi dalam rutin pagi² aku..1 sudu madu + 1 gelas DL low-fat milk (aku mungkin akan mula cuba minum fresh susu kambing pulak. dah pesan kat ofismate mintak tolong bawak. aku nak try. walaupun tekak agak kembang bila dengar namanya susu "kambing")

Thursday, October 7, 2010

Minggu depan

It's on Oct 16th. Confirmed!

Secepat itu? Perasaan? Susah nak digambar.

Apa pun, alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.

Lepas ni, semuanya pasti berbeda. Hopefully~


Wednesday, October 6, 2010

55 hari

Rasa² lama tak?


Sudah tentulah TIDAK! Huwaa...cuak seyh. Memang kalu ikut hati malas nak pikir. Tapi nak taknak kena pikir la jugak kan. Lagi pikir bila dok basuh baju² baby itu hari. Dalam syok² berangan peluk baby sendiri, mesti ada adegan 'potong stim' bila teringat dah nak dekat time bersalin. Seriyau!!!!!


Alhamdulillah barang² basic untuk baby dah dapat beli. Ada la nak tambah sana sikit, sini sikit lagi..

Clothing
Baju Lengan Pendek - 4
Baju Lengan Panjang - 3
Seluar Pendek - 3
Seluar Panjang - 4
Barut - Mak dah tempahkan 3 saiz..7pcs for each size..
Pending Handkerchief - weekend ni baru nak pegi beli
Jumpersuit/Romper - 2
Mittens & Booties - 5 set
Pending Hat - 1 (nak kena tambah lagi kot!)
**Untuk baju n seluar campur² saiz (New Born/Size 12/Size 14) tapi macam nak kena tambah sikit lagi 


Feeding 
Breast Pump - 1 (belum dapat)
Termos - 1
Feeding Bottle 2 oz - 1
Bottle and Teat Brush - 1


Nursery 
Pending Baby Cot
Pending Spring - untuk spring cot
Pending Mattress - nak beli 1 set lagi..yang kecik skek untuk letak dalam spring cot..yang sedia ada Mak tempah saiz besar
Baby Pillow & Bolster - 2 set lain² saiz
Pending Baby Pillow & Bolster Case - dah tempah tapi belum dapat
Pending Mosquito Net - weekend ni baru nak pegi beli
Receiving Blanket - 2
Blanket - 1


Bathing
Pending Bath Tub - mak kata tak payah beli lagi..time baby kecik ni mandi dalam besen kecik jek dulu..haha!
Toiletries (Travel Pack)- 2p (free gift time beli barang² baby arituh..pakai travel pack jek dulu)
Towel - 2
Cotton Balls - 2p
Cotton Buds - 2p
Pending Baby Comb/Brush - 1
Pending Baby Manicure Set
Pending Nasal Aspirator


Diapering 
Changing Mat - 1
Baby Wipes (Pureen) - 2p
Disposable Diaper (Drypers Newborn) - 1p
Napkins - 1p
Pending Diaper Rash Cream - tengok condition baby dulu, lagipon menda ni boleh beli kat mana² pun..senang carik!


Traveling
Pending Stroller* - tengok condition baby dulu camne
Pending Infant Car Seat - yang ni macam perlu beli cepat jek sebab memikirkan kemungkinan nak kena berulang di persekitaran baru
Diaper Bag - 1
Pending Baby Carrier


Others
Nappy Kleen - guna yang free gift jek dulu..haha!
Pending Bakul Baju Baby - weekend ni baru nak pegi beli
Minyak Telon/Yuyi - 1
Baby Oil (J&J) - 2
Album - Ada lagi album yang belum guna kat rumah tuh!
Pending Toys


Ibu Care
Socks - 3
Pending Nursing Bra - 1 (weekend ni nak pegi tambah lagi..huhu)
Pending Nursing Pad (Disposable/Washable) - weekend ni baru nak pegi beli
Maternity Pad (Pureen/Kotek) - 2p
Disposable Panty - 1p (yang nih spare jek)
Nipple Cream (Cocoa Butter) - 1


Untuk barang² yang pending minggu ni nak pergi settle kan semua. Pastu dah boleh packing barang² masuk beg. Huwaaa. Kalu dah packing bagai nih, lagi la terasa ke'seriyau'an nak bersalin. Cerita pasal bersalin, masih undecided hospital mana yang nak tuju. Depends on di manakah bumi dipijak waktu itu. Kalau nak ikut senang, bersalin kat kampung jek sebab lepas tu terus berpantang dekat sana. But, will look and see. List of hospitals tu dah ada yang shorlisted la. Semoga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah..