Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 8, 2010

Kisah pagi Jumaat di bulan Oktober

Pagi² sebelum pegi kerja memang dah jadik rutin aku sejak pregnant 6 bulan..makan madu sesudu + 1 gelas DL low-fat milk (since tekak aku adalah tidak lalu nak minum Anmum). Tapi adalah jugak rompong² jadualnya. Especially kalau balik kampung. Haha!

Tapi pagi ni lain ceritanya. Aku tetiba teringat dengan air zam² dalam kabinet dapur. Dah lama rasanya aku tak teguk. So pagi ni sajalah ubah selera. Makan madu 1 sudu + teguk 1/2 gelas air zam². Dan² perut aku terus bergelodak macam volcano nak menghambur lava. Panik jugak sekejap. Bukan sebab nak pegi b***k tapi sebab baby dalam perut semacam seronok terlompat² terpusing² dapat minum air zam². Memang diluar kebiasaan perangainya pagi ni. Sepanjang perjalanan nak ke ofis masih begitu. Tapi dalam hati aku, alhamdulillah sebab pagi² lagi baby dah aktif. Hehe.

Tapi persoalannya, kenapa ek baby berkelakuan sedemikian rupa lepas teguk air zam²? Andaian aku, dia seronok dapat minum air dari tanah suci =) So, lepas ni aku nak tambah satu menu lagi dalam rutin pagi² aku..1 sudu madu + 1 gelas DL low-fat milk (aku mungkin akan mula cuba minum fresh susu kambing pulak. dah pesan kat ofismate mintak tolong bawak. aku nak try. walaupun tekak agak kembang bila dengar namanya susu "kambing")

0hearty-hearts:

Post a Comment