1. Bila kali terakhir anda cuci toilet
Hari rabu lepas. Sekali harung selepas handwashed tudung.
2. Pencuci apa yang anda guna?
Saya guna krim pekat sental ZIP untuk keseluruhan bilik air + HARPIC lemon zest untuk cuci mangkuk hayun.
3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?
Kalau rajin, setiap hujung minggu tapi selalunya saya adalah malas..haha! Maka..2 minggu sekali adalah paling baik.
4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
Gosok baju untuk ke pejabat..kalau di hujung minggu, saya akan bertenet sampai lebam.
5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?
Minum jus tembikai..adakah itu termasuk?
6. Minuman yang anda buat setiap pagi?
Mengikut tahap keinginan anak tekak..tetapi selalunya kalau di pejabat saya suka minum milo 3 dalam 1.
7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan?
Baca doa (takut mimpi ngeri). Tarik selimut sampai paras pinggang. Menghantar pesanan ringkas pada encit suami yang jauh di mata. Huk! Huk!
8. Harus menjawab tag ini?
Sukacita menjemput pengikut (follower) yang saya jangka akan rajin membuat tag ini. Dan saya rasa kakak ipar saya juga rajin bermain tag.
Gurupushyamrut Yoga 2021
2 months ago
0hearty-hearts:
Post a Comment
Post a Comment