Ucapan sempena tahun baru 2010? Hurm..esok lah! Kalu tak nanti, tadek modal plak nak hapdet blog..kekekekekekekek
Thursday, December 31, 2009
Berakhirlah sudah
Ucapan sempena tahun baru 2010? Hurm..esok lah! Kalu tak nanti, tadek modal plak nak hapdet blog..kekekekekekekek
Saturday, December 26, 2009
Harap maklum
Tolong abaikan muka saya yang penuh skrin di sini kerana saya hanya memenuhi kriteria untuk sukasuki merehatkan diri dari kerja² pejabat.
Thursday, December 24, 2009
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Bukan! Jangan pecaye! Tipu semate²..haha!
Adalah tidak bersesuaian haku menunjuk ajar Bahasa Melayu sedangkan bahasa sendiri pon berterabur berciciran
Ekceli entry nih akan genap sebulan krismas nanti..haha!
Matik la asek entry bersarang lelabah jek weh~
Maleh dowh nak hapdet sejurus kejadian
Kebetulan pulak time tuh mood nak 'berkorban-apa-saja' (read:raya haji)
Perihal kejadian : Tuntutan @ Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Putra Place
Nama penuntut : Empunya blog
Nama penentang : A*ir A*sia
Kronologi kejadian bermula biler haku booking tiket untuk family trip ke Padang back on Valentine's Day 2009
Total for 8 pax (KUL-PDG-KUL & PEN-KUL-PEN tix)
RM790 jugak la semua
Dah syok² berangan nak shopping sakan kat Padang semua, haku booking plak untuk ground package with a total of RM3680
Nak jadik cerita, aku bayor untuk ground package tuh on the 29/10/2009 dan ditakdirkan earthquake strokes Padang the day after, 30/10/2009.
Kalu korang nak tawu, haku nih bukan lah jenis yang rajin nak tengok berita sangat
Tambah plak time tuh haku masih ber'tv' lama yang siarannyer menyakitkan mater ngan gelombang²-ketidakjelasan-siaran
Mak call haku pagi tuh inform pasal earthquake tuh
Tokojut bewak den! Camno nih..ground package baru jek setel smalam
Mintak² la boleh refund!
Sepagi² morning..sesampai kat opis trus haku menyelam dengan encit Google pasal kejadian earthquake tuh
Memang 'kenyang' disajikan all the news pasal tuh from encit Google
Owh my! It happened to be hotel yang runtuh kat Padang tuh was the hotel yang kitorang arrange dengan travel agent..Ambacang Hotel..total lost!
Haku syukur sangat² semua nih jadik before kitorang ke sana
Kalu tak, tak dapat tergambar camana keadaan kitorang!
Start² jek business hours at 10 a.m. haku trus kontek dengan agent..
Haku : Assalamualaikum, selamat pagi! Agent..this is me..Bb & Ling, the one yang booking for Padang
Agent : Waalaikumsalam..owh yer, Bb & Ling
Haku : Agent..the earthquakes smalam..have you heard?
Agent : Of cos. Do not worry. It can be fully refunded (I repeat..FULLY-REFUNDED okek!). Actually kitorang pon risau keselamatan customer. Yeah, maybe the date is a month from now. But we'll refund you accordingly. Plus, we haven't wired the booking payment to our local agent there.
LEGA!!!
Can you imagine how much have I paid for that?
And Alhamdulillah syukur sangat² the agent would refund..FULLY..to me.
And now, getting refund for the air tix plak.
Kalu tak dapat refund, at least bole dapat penalty-free-route-change
Lalu..on the 12/10/2009, kitorang pon serbu la LCCT
Senang cakap face2face sebab sebelum² tuh diorang buat layan tak layan jek biler call customer careline (care la sangat kan!!)
Dengan harapan menggunung kitorang dapat la refund tuh tapik..HAMPA!
Haih..tak boleh jadik nih!
Direject mentah²..serius tercabar!
Atas nasihat seorang uncle, maka kitorang telah memfailkan tuntutan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Makanya, dengan rasmi hearing will be held on the 25/11/2009 (esoknyer nak raya u'olls!)
Dengar jek ade hearing..kat MAHKAMAH tribunal..haku jadik cuak..gulp!
Mak maner pnah naik turun MAHKAMAH nok!
Makanyer dengan hati berdebar² ditemankan opismate, masuk ke kamar perbicaran (chewahhh!)
Ler..begitukah rupenyer..idokla haku cuak lagik!
Namenyer gah..MAHKAMAH..tapik serupe bilik tutorial kt uni dulu jek..hehe
Dok menunggu la dari 1030 a.m last² turn haku last skalik..ceit!
Kul 12 lebih gak la baru aku nyer turn..but worth waiting sebab bole gak la dengar kes² orang lain dulu untuk dijadikan panduan
Dari kes gores dan menang (kes biase kat mahkamah tribunal nih..Presiden sempat menyatakan rase kesal sebab it keeps happening over and over again), kes tukar enjin kete, kes jiran tak puas hati sesama jiran sebab kes renovate rumah, kes beli perabot, kes salun rambut, kes maid-agent..macam²..tak ketinggalan kes haku nih..
Tettibet..baru nak start hearing..presiden tanya A*A punyer rep
Presiden : Pihak penentang tadek fail ape² ke atas tuntutan nih?
...Silence...
Lalu A*A rep tuh pon discuss la ngan haku pasal their concern and her management's proposal. And I said "That's exactly what I was asking when I came to see your officer at LCCT but they strictly say no to me!"
She did explained why this, and why's that
After a short discussion then I've finally agree to the proposal
Lalu, Presiden declared mutual agreement to the proposal; a credit shell created for me for all the amount claimed (excluding flight tix for PEN-KUL-PEN) and must be used within a period of 3 months after it was created.
LEGA berganda!!!
It's quite okek for me tho'..better than nothing! It's worth fighting for than redha & pasrah jek dengan aper yang berlaku..
P/s : So kengkawan, moral of the story is never fear to fight for our right. Kalu korang ader any claim yang berkaitan dengan ini jangan malu jangan segan. Korang boleh refer to the website for more sample of cases. Bole jugak mintak tolong kat Encit Google carikkan lain² cases published kat blogs..sebab haku pon buat begituh! At least we try. Menang tak menang..itu blakang kire!
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?
Sunday, December 20, 2009
KetentuanNya
Lebih² lagik biler dah few weeks kebajikan rumah nih terabai dek memenuhi tanggungjawab sebagai penjawat awam
Outing? Hurm..macam malas giller
Lagi² biler dah 5 hari berpenatan di pejabat
Tambahan, biler Encit Suami tidak di sisi, terasa beeeeeraaaaatttt sangat kaki nak keluar *mode:mengada²*
Tapik semalam sempatlah menyerbu IKEA dengan Fieza
Itupon, menyesal tak sudah!
Bukannyer tataw smalam cuti Awal Muharram
Tapik sendirik meletakkan diri dalam kesesakan di IKEA nun
Tuhan jek yang tahu betapa hebatnyer keadaan menyesak
Parking full weh!
Akhirnyer dapat la jugak parking kat Tesco seblah tuh
Sepanjang hayat menjejak kaki di IKEA nun, itulah kali pertama haku menyaksikan kesesakan yang tersangatlah hebat..hohoho!
Titik.
Haha..entry kali nih bukanlah nak sangat membutirkan kesesakan di IKEA
Tapik sebenarnyer nak membutirkan entry ini
Tuk menjawab feedbacks from those who care
Thanks for your concern
Terasa diri disayangi..auuuwww! *touching*
That day, the night has been the most critical point..
Perasaan ni rasa macam tak keruan
Ke kiri gelisah, ke kanan pon gelisah
Hati ni rasa macam sebak semacam
Sepanjang hari u’olls!
Bayangkan menahan gelombang tsunami perasaan dari bangun tido sampai la nak tido semula..SEKSA!
Sebak yang ditahan² akhirnya berpenghujung
Maghrib itu, sesudah diri sujud menyembah Yang Esa
Di saat menadah tangan memohon kepadaNya “Ya Allah, Kau tempatkanlah aku di sisi suamiku secepat mungkin”
Tak semena²..air mata bercucuran tak berhenti
Tersangatlah hebat rase rindu pada Encit Suami malam itu
I was crying like hell..tersedu²
Sedih teramat time tuh macam beliau kena pergi bertugas kat Afghanistan!
Padahal weekend tuh beliau dah nak pulang ke sisi
Menangis..berenti kejap barang 10 saat..pastu kembali menangis
Bermacam cara haku cuber untuk bertenang diri
Amik wuduk..baca Yaasin..beristighfar..minum air Yaasin..minum air zamzam
Tapik tetap, malam itu haku menangis sambil menidurkan diri
Sayu kan?
Menangis sorang diri sampai tertidur
Tanpa ada yang memujuk hati..huhu
Itulah ketentuan Allah untuk kami..buat masa ini
Macam orang selalu cakap “Sabar itu ada batasnyer”
Haku raser tuh la penyebab kejadian
Selama nih dok bersabar dan tahan jer perasaan biler berjauhan dengan Encit Suami
Tahan perasaan bila dengar kawan² cerita pasal betapa bahagianya hubby diorang hantar pegi ofis pagi² *nangis*
Tahan perasaan bila dengar kawan² cerita pasal betapa bahagianya diteman makan malam dengan hubby diorang *nangis*
Tahan perasaan bila dengar kawan² cerita makan popcorn sambil tengok wayang dengan hubby diorang *nangis*
Tahan perasaan bila dengar kawan² cerita bersenda gurau dengan hubby diorang *nangis*
Tahan perasaan bila..ahh..banyak lagik la ceritanya!
Kedengaran mengada²..tapik korang rase la dulu apa yang kami rasa baru korang boleh judge kenape aku ‘mengada’. Huhu!
T.E.K.A.N.A.N perasaan okek!
Serius..dulu tak terbayang pon boleh rase seteruk ini biler berjauhan dengan Encit Suami memandangkan we’ve been used to long distance relationship since time awal² berchenta dolu
Dulu waktu berchenta..orang selalu cakap “Besar dugaannya berchenta dok jauh² nih”..Alhamdulillah, kami berjaya atasinya
Dulu waktu bertunang..orang selalu cakap “Lagik teruk dugaannya waktu bertunang nih..lagi pulak biler dok jauh²”..Alhamdulillah, kami kawen akhirnya
Skang..haku sendiri yang berkata “Ya Allah, sesungguhnya besar sungguh ketentuan yang Kau tetapkan untuk kami tanggung”
Dan haku harap, kami akan terus kuat bertahan hingga kami dapat merasa detik menjadi ‘betapa bahagianya’ seperti yang kawan² selalu cerita tuh
Ya Allah
Semoga terlindung 1001 hikmah di sebalik ketentuanMu ke atas kami ini
Semoga berbaloi kesabaran kami selama ini di suatu hari
Semoga ini petanda kebahagiaan hakiki untuk kami
Semoga segala ini mengeratkan lagi hubungan kami
Semoga Kau hindarkanlah perasaan yang sama untuk pasangan yang lain
Semoga mereka sentiasa kecap bahagia
InsyaAllah..
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah 1431H
Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. |
BLACK & WHITE PHOTO Contest
P/s : Hey thecamerajunkie-babe..we do share same interest..haha! Thanks for visiting..
flymas.mobi - as Easy as 1, 2, 3
Flight Status
Hah? Luggage hilang? Tak hilang ke mane tuh. Mebi delay skek kot. Takper²..pegi buat report kat kaunter lost & found
Makanya dengan ini tamat sudey entry mengambil hati Nuffnang
Because you're mine..I walk the line
It's just my new baby that I've been longing for soooOOOoooOOooOOooo long!
Merate okek ai carik yew..mane² butik ai singgah..last² jumpe jugak
Itu pun last pair
Betul lah kata orang..Kalau dah jodoh, tak ke mana *touching*
Ai tak kesah
Janji yew..ai yang punya!
*Malam itu ai jalan keliling rumah pakai ini baby yew!
Ahh...puas!~
P/s: *Malam itu adalah pada 7/12/2009..haha! Matik la entry bersarang lelabah~
Thursday, December 17, 2009
Saya pemurah
Seperti masuk dalam bakul kendian mengangkat sendirik..
Iyer..memang haku pemurah!
Haku adalah golongan 'penderma' universal
Golongan berdarah O +ve
Pendermaan darah
Siapakah yang boleh menderma darah dan kepada siapa ? Untuk menjawabnya, anda perlu memahami konsep di bawah ini.
Selepas kelahiran, manusia mula membentuk antibodi di dalam badannya. Antibodi ini melindungi badan dari bahan-bahan asing seperti kuman yang memasuki sistem badan manusia. Bahan-bahan asing seperti kuman ini dipanggil antigen.
Antibodi terhadap antigen darah juga berlaku. Sebagai contoh, seorang bayi yang berdarah O akan membentuk antibodi terhadap antigen darah A dan darah B sebaik sahaja dia mula makan makanan. Ini kerana antigen ini dijumpai di dalam makanan. Oleh itu seseorang yang berdarah O tidak boleh menerima darah daripada jenis A, B dan AB. Sekiranya diberi satu proses dikenali sebagai “haemolytic transfusion reaction” akan berlaku, di mana darah yang diberi itu akan dimusnahkan.
Proses ini boleh membawa maut dan kerosakan anggota badan dalaman.
Jenis darah | Genotype | Antigens | Serum Antibodi |
---|---|---|---|
A | AA, Ao | A, H | anti-B |
B | BB, Bo | B, H | anti-A |
AB | AB | A, B, H | - |
O | oo | H | anti-A, anti-B |
Sebagai panduan :
- Jenis A – Ada antibodi terhadap B. Boleh menerima A dan O.
- Jenis B – Ada antibodi terhadap A. Boleh menerima B dan O.
- Jenis AB – Tidak ada antibodi. Boleh menerima A, B, AB dan O. Dipanggil universal recipient kerana boleh menerima semua jenis darah lain.
- Jenis O – Ada antibodi terhadap A, B dan AB. Boleh menerima O sahaja. Dipanggil universal donor kerana boleh menderma kepada semua jenis darah lain.
Tapik sangat kasihan..boleh menerima sumbangan dari darah sejenis jek..hoho..rerakan O yang lain..jangan lupakan saya yek bila timbul kesusahan nanti..huhu
Organ penderma juga bergantung kepada jenis darah seperti di atas. Contohnya, buah pinggang penderma dari jenis darah B tidak boleh diberi kepada pesakit berdarah A. Bagaimanapun, didapati pemindahan organ hati (liver) tidak bergantung kepada sistem darah ABO ini.
Source : Intro2u BlogSumpah!
Sepanjang 25 tahun hari hidup di muka bumi..sekalipun haku tak pnah tawu jenis darah haku sehinggalah arinih..
Tuh pon seb baek K*KR ada buat so-called Program Mengenali Kumpulan Darah untuk hapdet H*RMIS
So dapat lah haku turut memeriahkan majlis
Nak tunggu spital gomen..memacam alasan diorang kasik
Bukannyer haku tak pnah test blood sebelum nih
But tetiap kali nak test blood, haku cube menyatakan hasrat untuk buat test jenis darah skalik
Bole nurse tuh cakap.."Eh..tak boleh tuh! Kena buat test asing"
Elleh..aper yang payahnyer..tick la skalik kotak untuk blood identification sebelum anto sample pegi lab untuk testing kan?!
Haih..udahnyer..berjaman² hidup dalam dilema jenis-darah-apakah-haku-agaknyer!
Pnah jugak tanyer mak..mak cakap tak sure tapi rasenyer darah jenis O
Sebabnyer pas buat kire²..Abah (O) + Mak (A) = Haku (?) + Apiz (A)
Makenyer kompem la haku O kan..takkan AB plak..
Yang sedihs tuh..bole plak Mak tawu Apiz darah jenis A..tapik darah haku Mak tataw! Sobs..
So tadik sebelum buat blood test..haku pon berdoa banyak² dalam hati
"Ya Allah..janganlah Kau perdengarkan keputusan yang bukan² pasal blood test nih nanti..Amin"
Yer la..matik mak nok..tiber² blood test darah AB..
Maner datang plak 'B' tuh kan..kompem anak angkat!
Sudahnyer..O +ve..kompem!
Buktinyer..
Saya pemurah..mari² menderma
Friday, December 4, 2009
Back2Back
And I'm a huge fanpire now..seriously!
The way Bella was hurt without Edward by her side..it hurts me too..sob (~_~)!
Am not gonna make any review on it..so go & watch it yourself..haha!
Lamenyer nak tunggu next chapter of twilight screening..huhu
Credit
Those 18SG scenes makes me wanna puke..demn!
Not up to our expectation..so not worth buying the RM9 tix
"Hai..nama saya Rain"..He's one jambu-ninja-assassin!
Tuesday, November 24, 2009
Friday, November 20, 2009
100% BOAR!
Dapat email nih kejap tadik..hoh..horror!
saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN
masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN
SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN
I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL
However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush
Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.
The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL
Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam i TERTIPU and i rasa AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN
Thanks for reading and please inform others
Cukup la pengalaman beli pig-skin pump from VISS dulu
Jenuh carik tanah nak samak bebarang haku selama maner yang ntah haku pon dah lupe baper lamer haku dok sarung pump tuh..huhuuhuhuhuh~