Kalau ikut perkiraan doktor, sepatutnya hari ni barulah aku dapat can jumpa dengan Bb&Ling Jr.
Ammar Zafran bin Isma Shamsul |
Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Mixed feelings yang aku dok rasa especially menjelang hari-hari akhir menunggu Ammar akhirnya dah berakhir hari itu, 10.11.10 (nice date heh?). The feeling saat 1st time aku tatap wajah Ammar bila nurse letak dia atas dada aku lepas bersalin untuk diazankan, indescribable.
Perasaan itu adalah
Happy..tapi lebih dari itu.
Thankful..tapi lebih dari itu.
Touched..tapi lebih dari itu.
Relieved..tapi lebih dari itu.
Erm, rasanya macam apa ek? Ha! Senang cerita, rasa dia macam tiba-tiba ada orang datang hulur fresh orange gelas besar time tengah panas terik padahal masa tu baru jek terdetik dalam hati nak minum fresh orange. Demn! Lama lagi aku nak habis berpantang ni oiii!
Pengalaman bersalin? Ala, kalau aku cerita pun bukannya pengalaman korang sama ngan pengalaman aku pun kan? Haha! Kalau nak tawu camane pengalamannya, sila mengandung dan bersalin sendiri. Hehe. Cerita pasal pengalaman aku, alhamdulillah. Boleh dikatakan agak mudah jugak.
8.11.2010
1st day aku keja kat tempat baru. Pegi jumpa bos pastu terus mintak izin nak setel pasal rumah sewa. Makanya aku belum officially keja lah arituh. Ha! Pagi tuh la aku detect ada brown spot. Masih berlagak rilex padahal risau jugak dalam hati bila terngiang-ngiang orang cakap "kalau turun darah dulu time bersalin, sakit lagi dari turun air ketuban". Whohooo..neves! Neves! Bagitaw kat Bb, tapi selambe die cakap "ish, bukan tu. Takde ape tu". Okek fine. Aku pun rilex jek la. Lagipun takde sakit ape kan. Kalut buat ape?! =) Pegi spital pon die soh tengok dulu. Kalu spot tu still ade malam nanti, esok kena pegi spital semula.
9.11.2010
Okek. Masih ade brown spot. Tiba-tiba perasan perut macam dah ke bawah sikit. Ilusi kah? Masih ke ofis macam biasa. Balik keja, call Kak Lina (sebab dia experienced turun darah dulu time 2nd pregnancy). Alamak! Tanda yang die dapat exactly macam ape yang aku experience. Time tu memang neves. Betoi punya neves. Call Bb soh amik. Makanya malam tu jugak balik ke SP. Later that night, kul 2.30am there was the sign which I know, I'm getting nearer. Owh my!~
Lepas 3x hit, gerak Bb nak cargas ke spital. Sampai kat spital, cek2 dah bukak 6 cm. Dalam hati "alhamdulillah, tak lama lagi jek ni". Aah, iyer la tak lame. Kul 4.30am masuk labor room. Kul 7.17am baru selamat bersalin. Ramai yang cakap, senang la jugak kiranya proses nak bersalin aku tuh. Hoho! Kalau la macam tu dikatakan senang, aku tak dapat nak bayang camane la kalau yang payah prosesnya tuh. Tapi aku rasa aku cukup bertuah sebab dipermudahkan pengalaman bersalin aku.
Kalau orang tanya aku apa rasanya bersalin, aku akan jawab best! Haha. Bersalin tak sakit pun, bagi aku la. Yang sakit tu time nak tahan contraction. Gilak ah dingdong! Memang betul orang cakap, rasanya macam nak tercabut pinggang time tuh! Memang aku bergantung harap pada gas yang nurse tu bagi jek. Kejap membantu, kejap tidaklah sangat. Yang banyak bagi aku kekuatan, bila Bb dok kat sebelah sambil genggam tangan aku & ingatkan aku untuk terus beristighfar. Nasihat aku, kalau korang nak bersalin, kalau laki korang jenis yang tak takut tengok medikTV, jemputlah beliau masuk dalam labor room skali. Saaaaaaaaangaat membantu time nak bersalin. Serius!
Pastu part meneran, serius aku memang tak reti. Dah camane. Semua pun baca dari buku-buku jek. Nak sign-up kelas antenatal asyik tak match jek ngan jadual Bb balik. Sudahnya tak pegi pun. So, aku main teran jek la. Nurse tu dok cakap soh teran macam sembelit, memang itula yang aku buatwalaupun aku macam ingat tak ingat bila last time aku kena sembelit. Pastu nurse dok cakap aku asyik teran kat muka. Haih. Payah jugak kan? =) Oh, tapi aku sempat pesan kat Bb "Bb, tolong tekan lutut Ling tau!". Takut terangkat bontot, nanti kena guna mesin jahit pulak nak jahit luka yang banyak. Ngeri. Tapi, jahit tetap kena jahit. Time mula jahit, aku masih melayan kepala yang nenoneno effect gas yang aku dok sedut tuh. Tapi dah hujung-hujung, nenoneno aku dah pegi main jauh-jauh makanya bermulalah episod ngilu. Nasib baik cepat jek settle urusan jahit menjahit. Huhu.
Aku masih terbayang-bayang muka Bb masa Ammar selamat diteran keluar. Berseri-seri sungguh muka dia sambil tersenyum lebar cakap kat aku "lelaki"..Pastu diciumnya dahi aku. Auw sweet!~ =)ooopsss, terlebey sudah!
Pastu part meneran, serius aku memang tak reti. Dah camane. Semua pun baca dari buku-buku jek. Nak sign-up kelas antenatal asyik tak match jek ngan jadual Bb balik. Sudahnya tak pegi pun. So, aku main teran jek la. Nurse tu dok cakap soh teran macam sembelit, memang itula yang aku buat
Aku masih terbayang-bayang muka Bb masa Ammar selamat diteran keluar. Berseri-seri sungguh muka dia sambil tersenyum lebar cakap kat aku "lelaki"..Pastu diciumnya dahi aku. Auw sweet!~ =)
So, centu la pengalaman bersalin seorang aku. Sekian. Hehe.