Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 23, 2010

HATI BERNANAH


Tolong amik hati saya. Bagi jerung makan. Saya taknak punya hati lagi kalau hanya untuk rasa sakit. Please?

Saturday, February 20, 2010

Edisi bersawang : Bermain kawen² sempena monthlyversary part 1

Kekekekekekekekekekekek..lama punya cerita, skarang juga baru mawu apdet. Sampai ada orang tinggal pesan suruh apdet la..haha! oOoOoO..blog dia apdet, siap kasik private, die soh orang apdet plak kan..hehe..rindu kat ai ke kak? *wink*

Yadayada..bermain kawen di sini bukanlah dok bersanding atas pelamin sekali lagi sempena monthlyversary 8 bulan kitorang yang nih cadang nak buat bila 5th anniversary nanti..hehe!. Tapi kitorang pegi honeybulan tak honeybulan sangat la! macam orang baru kawen seminggu. Cuma tak sempat nak topup inai di jari jek. Haha!

Kitorang pegi tak jauh pun..Langkawi jek. Kinda ad-hoc la sebenarnya sebab last minit baru Bb bagitaw nak pegi sana. Last minit jugak la buat booking segalak. tapik seronot jugak rupenye last minit plan nih..thrill!

Seawal pagi dah gerak ke jeti Kuala Perlis. Naik dari situ dekat sikit la kot. Takyah nak dok lam feri lelama. The weather was fine. Tapik sampai kat jeti Langkawi, owh my! The weather was so very fine sampai sunburnt la kitorang. Panas gillak okek! Pehtu, sampai kat sana baru nak booking keta. Kununnya nak mintak tolong Toron la since dia pon memang dok Langkawi dah lama. Alih² keta ke mana, Toron ke mana. Hampeh sungguh! Seb baik la dekat Jetty Point tuh terrrramatlah senang nak dapat keta sewa. Cumanya, hasrat di hati nak pusing Langkawi naik keta gempak² tak kesampaian..tssk! Yer la, kalau nak pakai sendiri memang ntah tahun bila la kan. Haha! Last² Sentra jek la kitorang rembat. Pehtu beli tiket untuk underwater world ngan keta kabel siap². Woah! baru ku tahu, rupaknya kalu beli ngan agen, the price is much cheaper beza la jugak RM3 - RM5 Okek la tuh kan! Bole buat beli air kelapa di kehangatan tengahari @ Langkawi tuh. Cadang nak amik pakej island hoping, tapi risau tak sempat since trip kitorang kali ni just untuk 1 night jek. So, kena la KIV untuk next trip. Bb takleh nak cuti lama², nanti tadek orang kat kedai. Haih~ Lagipon memang target 3 tempat WAJIB PEGI jek untuk trip kali ni shopping idok la termasuk sekali..shopping itu MESTI! Hehe:
1. Keta kabel
2. Underwater world
3. Island hoping
Alhamdulillah. Sempatla buat the 1st two. 

Penginapan tajaan sendiri kali ni adalah Awana Porto Malai. Last minit deal jugak! Kebetulan ada promo, maka kitorang boleh la dianggap lucky! Haha! Dengan tak buang masa, kitorang terus berdesup ke hotel lepas setel pasal keta sewa. Dapat pulak seaview room. Oh my! The view was spectacular..Subhanallah! Memang tak nyesal la topup RM80 on top of room rate tuh. Haha! Biar puas hati kan. Guling² kejap..solat kejap..mandi² kejap, lepas tuh acara memenuhkan sisa hari @ Langkawi la, apa lagi!

Aktiviti 1 : Keta kabel
Jauh rupaknya nak sampai sana. Jenuh belek map free yang dapat time sampai kat jeti tadi. Rasa macam dah jalan berkilo²meter tapi idok la jugak sampai²nya. Seb baik naik keta. Kalu ikut plan asal nak naik easy-rider, rentung la jawabnya. Memang panas gillak! Orang Langkawi sendiri cakap memang panas, maka tak disangkal lagi la kan! 

Yang ni haruslah laki bini ni jakun. Sebab memasing 1st timer. Haha! Bb pon sampai tak ingat la the fact that dia adalah seorang penggayat. Dah sampai separuh perjalanan naik atas, tibe² keta kabel adalah statik tak bergerak². Rupaknya angin adalah sedikit kuat. Haa! Time ni tibe² aku pon jadi gayat. Mawu tak gayat. Kabel tuh keep moving up & down yang mana aku pon tataw apakah motifnya. Cuma berandaian diorang nak kurangkan rintangan angin. Time tuh laki bini senyap weh! Bb apatah lagi. Memang tak bergerak. Siap soh aku diam, jangan bising. Kalu dah lagik diam, lagik la aku ketaq. Maka aku buat bising jugak. Haha! Ade la beberapa minit scene tuh. Tensen gillak aku! Ter'gayat' pulak tibe²! Haha.
Tapi bila dan sampai 1st check point, dah tak hengat dah gayat ke hape ke. Bangga lagi ada! Apa korang ingat semua orang berani ke nak naik atas sinun? Hehe. Tapi rasanya, tuh 1st & the last kot Bb ikut aku naik atas tuh. Sebab dia siap dah berikrar tanak naik dah. Haha! Alkisahnya..laki ku seorang penggayat! Haip! Bukan pengayat yek!

Pehtu naik final check point, lagi la tak hengat dunia! Haha..kesahnye, nak singgah minum air kelapa tepi pantai dekat ngan airport, alih² kitorang ke mana, air kelapa ke mana. Bole pulak laki bini ni lepak kat atas sinun sampai nak dekat kul 8 malam! Kiranya kitorang la among few last couples yang turun dari atas nun. Sampaikan kaunter tiket kat bawah tuh dah gelap senyap sunyi macam hentian berhantu jek kekdahnya. Haha! Tapi ada sorang brader yang jaga kat atas sinun, sangatlah prihatin + sporting. Siap soh kitorang habih buat keja apa semua dulu. Tak halau pon. Memang understanding btoi! Haha. Nak taw keja apa kitorang buat kat atas sinun? Jeng..jeng..jeng!

(Tunggu la aku aplod gegambaran nanti yek! Haha!)

Turun² bawah. Tibe² terus semua rasa menyerang. Lapar la. Dahaga la. Lalu menyinggah kedai kat bawah area hotel tuh. Tengok² menu, mak aih! Air tin saja dah RM7. Giller hapa! Trus kensel. Singgah petronas jek beli. Haha! Ini bukan kategori kedekut. Cuma tak berbaloi bayar mahal² macam tu bila tak jauh dari situ boleh dapat menda yang sama dengan harga 3 kali ganda lebih murah! Maka, sila contohi kami. Haha!

Pehtu singgah la dekat kedai² area Pantai Chenang tuh. Nak pegi uptown sebenarnya. Tapi tersilap sangka. Rupaknya uptown adalah ke depan skek. Pehtu siap tapau nasik goreng kampung kedai brader-tukang-masak-prihatin. Haha! panjang tak nama brader tuh? Tapi serius u'olls! Memang salute la brader tuh. Agaknya die dok ulang alik ke belakang tengok aku tak berganjak², lalu dia tanya aku "dah order ke kak?"..Aku jawab la "dah tapi tak dapat lagik". Rupaknya order kitorang ntah dah ke mana dah. Kalu la brader tuh tak tanya, mesti sampai kedai tutup pon belum tentu lagi kitorang dapat nasik goreng kampung tuh. Bagus kan kalau semua peniaga kat Malaysia ni macam tuh??

Aik? Takkan 1 aktiviti jek untuk 1 hari? Memang btol u'olls. Jakun dok kat keta kabel, sampai tak ke tempat lain dah. Haha! Malam tuh plak, cadang nak lepak kat balkoni sambil makan kuaci. Sudahnya, laki bini tergolek atas katil..pengsan sampai pagi! Haha!

To be continue...

Nota kakitangan : Entry tanpa gambar memang sangat bosan kan? Gambar akan di'aplod' kendian sebab semuanya dalam lappy Bb. Huhu!